Pages

Friday, October 22, 2010

Kenapa Afifah suka berprogram?

Bismillahirrahmanirrahim

Saya suka program.saya suka keluar pergi jalan-jalan.saya suka berkenalan dengan orang ramai.
Live it life!!

Mungkin ada yang akan bertanya,kenapa Afifah suka program? Kenapa Afifah suka jumpa dengan orang? Kenapa ???

Kenapa ye saya suka program? Program sudah la mengambil masa, banyak masalah, jadi susah nak fokus study, bilik selalu ditinggalkan, susah pula nak balik rumah, rasa macam membuang masa. Tapi kenapa Afifah suka juga berprogram? Program ni pula datang bila-bila masa, kerja dengan orang lain, masalah salah faham, terasa dengan orang lain, penat, letih, tiada masa untuk rilek, kena rushing, banyak sangat lagi. Tapi kenapa Afifah suka juga program?


Yup, saya suka program apabila di situ saya dapat mengenal alam, secara tidak langsung dapat mengenal Allah. Segala masalah yang dihadapi adalah asam garam kehidupan, ujian yang saya pilih untuk tempuhi kerana ia mematangkan saya untuk lebih sedar bahawa Allah Maha Indah, Maha Perkasa, Maha Bijaksana. Tak best ke bila kita dapat mengenal Allah? Tuhan Pemberi Kurnia,Pencipta kita. Semestinya best.

Saya suka program apabila masa saya diluangkan dengan perkara-perkara berfaedah. Membantu orang, menambah skil hidup aka mengurus, memimpin, membuat keputusan, berkongsi ilmu, komunikasi berkesan dan sebagainya. Ada orang kata, "kamu perlu berpersatuan supaya semasa kerja nanti tidak kekok apabila bekerjasama dengan orang". Saya setuju dengan kata-kata itu, tapi saya suka kerja berdikari,maksudnya I'm the boss for my life. Jadi bagaimana? Program memberi manfaat kepada saya ke? Jawapannya, ya!..kerana kita atas dunia bukan hidup berseorangan. Pelanggan kita nanti pun orang juga kan?:).kita mesti perlu berkenal-kenalan kerana Allah berfirman,

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah jadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.

                                                                                                      (Al-hujuraat:13)

Pasti ada yang berkata, tak berprogram pun boleh kenal orang. Betul, tidak dinafikan. Tetapi adakah sama nilai, pengajaran, motivasi, keluasan ilmu yang kita dapat? Lagi satu, bagaimana ingin kita ketahui potensi diri jika tidak mencuba sesuatu yang baru? Walaupun begitu, tidak dinafikan study adalah perkara yang sangat berfaedah tetapi adakah study perlu dilaksanakan sepanjang masa dan ia dapat membantu kita menjadi orang yang lebih baik dari semalam?

Tambahan lagi, saya suka program kerana saya ingin menjalankan tugas sebagai Hamba dan Khalifah Allah s.w.t,.Tuhan sekelian alam. Saya tidak tahu bila saya akan mati, dan saya tidak tahu adakah amalan saya selama ini cukup dan adakah Allah redha dengan segala yang saya buat. Ingatlah, Allah dan Islam tidak pernah memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan keduanya. Allah berfirman,

Kalau Allah menghendaki, nescaya dimusnahkanNya kamu semua wahai manusia! Kemudian Dia datangkan (umat) lain( sebagai penggantimu). Dan Allah Mahakuasa berbuat demikian.

                                                                                                       (an-Nisa' :133)

Lagi pula, Allah menyuruh hambaNya berjihad (no optional) , berjuang di jalanNya seperti dalam firmanNya,

Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) utnuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah ( berjuanglah) di jalanNya, agar kamu beruntung.

                                                                                                      (al-Mai'dah:35)

Semua orang di dalam program mempunyai niat yang berbeza tapi bagi saya, saya ingin mendekatkan diri dengan Allah kerana saya tahu study, duduk dalam bilik sahaja, kurang bergaul dengan orang kurang memberi impak kepada iman saya. Saya tahu saya bukan orang yang kuat apabila berseorangan.

Lagi pula, Allah sudah katakan kepada saya, "Afifah,

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman.

                                                                                                     (ali-imran: 110)

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan ALlah), sama ada dalam keadaan ringan, (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggung-jawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (dalam membela Islam), yang demikian amat baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.                                                                                                  (At-Taubah : 41)



tanya pada diri, adakah dakwah bagiku telah dilaksanakan?

Akhir sekali, kenapa Afifah suka berprogram? Sebab saya ingin menjadi salah satu bata dalam pembinaan untuk mengembalikan kegemilangan Islam di atas muka bumi ini dan ingin dicintai Allah Taala.

Wednesday, October 13, 2010

Leaders are Readers

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang saya sedang membaca sebuah buku Stephen R.Covey yang bertajuk,The Leader In Me. Buku ini mengisahkan tentang kejayaan sekolah-sekolah yang mengamalkan 7 Habits dalam sesi pembelajaran dan pengajaran mereka. 7 Habits dicetus oleh Stephen setelah beliau membaca beratus-ratus buku,rencana, esei dalam bidang pembinaan kendiri pada tahun 1776 dan mengkaji tentangnya. Kajian tersebut telah membawa beliau melalui 200 tahun penulisan tentang kejayaan oleh bangsa-bangsa terdahulu. Beliau dapat mengesan pola yang sangat berlainan antara orang terdahulu dan terkemudian. Beliau mengatakan hampir semua penulisan dalam 150 tahun pertama berfokus tentang etika Akhlak sebagai dasar kejayaan-perkara seperti rendah hati,kejujuran dan sebagainya. Tetapi setelah perang dunia pertama, pandangan asas tentang kejayaan telah beranjak kepada etika personaliti-perkara seperti imej, kemahiran, tingkah laku.

Etika Akhlak berfokuskan siapa kita yang sebenarnya atau dalam kata lain, from inside to outside. Berlainan pula dengan etika personaliti yang boleh diiertikan dengan suasana yang membentuk diri kita atau from outside to inside. Bagi saya, etika Akhlak adalah yang utama bagi diri seseorang kerana kita menjadi 'kita' dan kita yang megubah suasana,bukan sebaliknya.(Stephen pun cakap begitu:)) Ini kerana kita tidak hipokrit dengan suasana yang sentiasa berubah dan mencabar, contohnya A berpakaian segak, datang awal, rajin demi menonjolkan imej yang baik di hadapan ketuanya walhal dirinya yang sebenar adalah sebaliknya. Ingin saya katakan bahawa etika akhlak lebih utama dari etika personaliti kerana jika seseorang itu baik di dalam, kebaikan itu dengan sendirinya akan terpancar melalui perbuatannya. Malah secara tidak langsung, suasana juga akan berubah dan bahagia.
Tambahan lagi, jika kita ingin megubah sesuatu dan memastikan ia kekal, perubahan itu mesti datang dari dalam. Stephen berkata, "untuk mengubah situasi, kita perlu ubah diri sendiri dan untuk ubah diri, kita mesti ubah persepsi (mind)". Yes! From inside to outside is the best.

7 Habits of Highly Effective people;
1- Be proactive
2- Begin with the end in mind
3- Put first things first
4- Think win-win
5- Seek first to understand, then to be understood
6- Synergize
7- Sharpen the saw

Buku Leaders in Me ini memaparkan tema kepimpinan diaplikasi di tadika dan sekolah rendah, iaitu sekolah A.B. Combs. Sekolah yang dahulunya agak merudum pencapaian ujiannya, masalah disiplin yang semakin ketara dan pembelajaran yang berfokuskan peperiksaan semata-mata telah berubah menjadi sekolah yang hebat dari segi markah ujian, akhlak pelajar dan potensi pelajar dicungkil, diasah dan dijaga untuk menjadikan mereka adalah pemimpin yang sebenar. Saya amat kagum dengan budaya di sekolah ini yang sentiasa meraikan dan menyokong pelajar yang lemah bukannya meminggirkan malah memarahinya. Ini kerana semua ahli sekolah percaya bahawa setiap orang mempunyai potensi dan bakat istimewa.
Visi sekolah ialah 'to live, to love, to learn and to leave a legacy' manakala misi sekolah ialah 'to develop leaders one child at a time'. Seorang motivator pernah berkata, ' the best legacy is upon the greatest descendent'. Maksudnya, seseorang itu tidak akan dikatakan hebat jika dia tidak melahirkan seorang yang hebat, atau lebih mudah, mereka perlu mengajak orang lain juga untuk sama-sama menjadi hebat.

Selain itu,segala perkara yang berlaku di sekolah semuanya berkaitan dengan kepimpinan hatta mangajar huruf 'P'. Seorang guru, Debbie Falkner memperkenalkan 7 Habits kepada muridnya melalui aktiviti yang disukai murid tadika. Beliau bercerita tentang piza dan membahagikan kelas itu seperti kilang pegeluaran piza. Dari aktiviti itu, murid-murid dapat belajar tentang kerjasama, penentuan matlamat, menang-menang, bersenergi dan sebagainya. Dalam jangka masa panjang, murid-murid ini bersedia menghadapi dunia yang sebenar.

Semasa saya membaca buku ini, sudah banyak kali saya mengucapkan Subhanallah, kerana akhirnya menjumpai cara pendidikan yang berkualiti dari sebelum ini. Bila direnung kembali, tema kepimpinan ini sangat kena dengan Islam. Allah menjadikan kita KHALIFAH/PEMIMPIN untuk mentadbir alam ini. Khalifah yang bertanggungjawab dengan segala sebab dan akibat, bersedia dan tabah menghadapi cabaran, profesional dalam mengendalikan sesuatu dan boleh membuat keputusan. Saya terfikir, kenapa kita mengetahui tentang kepimpinan dan ia diaplikasi sebenar-benarnya pada peringkat menengah, universiti dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh jadi pemimpin seperti ketua kelas, pengawas, ketua murid dan sebagainya? Kenapa bukan semua peringkat umur dan setiap orang? Mungkin sudah masanya kita membuat anjakan paradigma bermula dari diri sendiri. Ayuh, jadi lebih baik dari semalam dan amalkan 7Habits ini.

Semoga yang baik ini dapat kita jadikan teladan dan saya sangat mengesyorkan semua orang hatta tukang kebun sekalipun membaca buku ini kerana setiap orang adalaah pemimpin.:)

p/s: apa yang datang dari Barat, kita islamisasi ilmu tersebut, jangan terus menolak

LEADERS IN ME…..LEADERS ARE READERS…READERS ARE CHANGE AGENT…I CAN CONQUER THE WORLD…WE ARE ONE

Wednesday, September 15, 2010

Konsep Kebahagiaan Dalam Islam

Bismillahirrahmanirrahim...


Ditulis oleh Ustadz Abdul Latief   

Kondisi senantiasa bahagia dalam situasi apa pun, inilah. yang senantiasa dikejar oleh manusia. Manusia ingin hidup bahagia. Hidup tenang, tenteram, damai, dan sejahtera. Sebagian orang mengejar kebahagiaan dengan bekerja keras untuk menghimpun harta. Dia menyangka bahwa pada harta yang berlimpah itu terdapat kebahagaiaan. Ada yang mengejar kebahagiaan pada tahta, pada kekuasaan. Beragam cara dia lakukan untuk merebut kekuasaan. Sehab menurtnya kekuasaan identik dengan kebahagiaan dan kenikmatan dalam kehidupan. Dengan kekuasaan sesrorang dapat berbuat banyak. Orang sakit menyangka, bahagia terletak pada kesehatan. Orang miskin menyangka, bahagia terletak pada harta kekayaan. Rakyat jelata menyangka kebahagiaan terletak pada kekuasaan. Dan sangkaan-sangkaan lain.

Lantas apakah yang disebut"bahagia' (sa'adah/happiness)?

Selama ribuan tahun, para pemikir telah sibuk membincangkan tentang kebahagiaan. Kebahagiaan adalah sesuatu yang ada di luar manusia, dan bersitat kondisional. Kebahagiaan bersifat sangat temporal. Jika dia sedang berjaya, maka di situ ada kebahagiaan. Jika sedang jatuh, maka hilanglah kebahagiaan. Maka. menurut pandangan ini tidak ada kebahagiaan yang abadi dalam jiwa manusia. Kebahagiaan itu sifatnya sesaat, tergantung kondisi eksternal manusia. Inilah gambaran kondisi kejiwaan masyarakat Barat sebagai: "Mereka senantiasa dalam keadaan mencari dan mengejar kebahagiaan, tanpa merasa puas dan menetap dalam suatu keadaan.

Islam menyatakan bahwa "Kesejahteraan' dan "kebahagiaan" itu bukan merujuk kepada sifat badani dan jasmani insan, bukan kepada diri hayawani sifat basyari; dan bukan pula dia suatu keadaan hayali insan yang hanva dapat dinikmati dalam alam fikiran belaka.

Kesejahteraan dan kebahagiaan itu merujuk kepada keyakinan diri akan hakikat terakhir yang mutlak yang dicari-cari itu — yakni: keyakinan akan Hak Ta'ala — dan penuaian amalan yang dikerjakan oleh diri berdasarkan keyakinan itu dan menuruti titah batinnya.'

Jadi, kebahagiaan adalah kondisi hati yang dipenuhi dengan keyakinan (iman) dan berperilaku sesuai dengan keyakinannya itu. Bilal bin Rabah merasa bahagia dapat mempertahankan keimanannya meskipun dalam kondisi disiksa. Imam Abu Hanifah merasa bahagia meskipun harus dijebloskan ke penjara dan dicambuk setiap hari, karena menolak diangkat menjadi hakim negara. Para sahabat nabi, rela meninggalkan kampung halamannya demi mempertahankan iman. Mereka bahagia. Hidup dengan keyakinan dan menjalankan keyakinan.

Dan apa saja yang diberikan kepada kamu, maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannva. Sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Apakah kamu tidak memahaminya?

Menurut al-Ghazali, puncak kebahagiaan pada manusia adalah jika dia berhasil mencapai ma'rifatullah", telah mengenal Allah SWT. Selanjutnya, al-Ghazali menyatakan:

"Ketahuilah bahagia tiap-tiap sesuatu bila kita rasakan nikmat, kesenangan dan kelezatannya mara rasa itu ialah menurut perasaan masing-masing. Maka kelezatan (mata) ialah melihat rupa yang indah, kenikmatan telinga mendengar suara yang merdu, demikian pula segala anggota yang lain dan tubuh manusia.

Ada pun kelezatan hati ialah ma'rifat kepada Allah, karena hati dijadikan tidak lain untuk mengingat Tuhan. Seorang rakyat jelata akan sangat gembira kalau dia dapat herkenalan dengan seorang pajabat tinggi atau menteri; kegembiraan itu naik berlipat-ganda kalau dia dapat berkenalan yang lebih tinggi lagi misalnya raja atau presiden.

Maka tentu saja berkenalan dengan Allah, adalah puncak dari segala macam kegembiraan. Lebih dari apa yang dapat dibayangkan  oleh manusia, sebab tidak ada yang lebih tinggi dari kemuliaan Allah. Dan oleh sebab itu tidak ada ma'rifat yang lebih lezat daripada ma'rifatullah.

Ma'rifatullah adalah buah dari ilmu. Ilmu yang mampu mengantarkan manusia kepada keyakinan. bahwa tiada Tuhan selain Allah" (Laa ilaaha illallah). Untuk itulah, untuk dapat meraih kebahagiaan yang abadi, manusia wajib mengenal Allah. Caranya, dengan mengenal ayat-ayat-Nya, baik ayat kauniyah maupun ayat qauliyah.

Banyak sekali ayat-ayat al-Quran yang memerintahkan manusia memperhatikan dan memikirkan tentang fenomana alam semesta, termasuk memikirkan dirinya sendiri.

Disamping ayat-ayat kauniyah. Allah SWT juga menurunkan ayat-ayat qauliyah, berupa wahyu verbal kepada utusan-Nya yang terakhir, yaitu Nabi Muhammad saw. Karena itu, dalam QS Ali Imran 18-19, disebutkan, bahwa orang-orang yang berilmu adalah orang-orang yang bersaksi bahwa "Tiada tuhan selain Allah", dan bersakssi bahwa "Sesungguhnya ad-Din dalam pandangan Allah SWT adalah Islam."

Inilah yang disebut ilmu yang mengantarkan kepada peradaban dan kebahagiaan. Setiap lembaga pendidikan. khususnya lembaga pendidikan Islam. harus mampu mengantarkan sivitas akademika-nya menuju kepada tangga kebahagiaan yang hakiki dan abadi. Kebahagiaan yang sejati adalah yang terkait antara dunia dan akhirat.

Kriteria inilah yang harusnya dijadikan indikator utama, apakah suatu program pendidikan (ta'dib) berhasil atau tidak. Keberhasilan pendidikan dalam Islam bukan diukur dari berapa mahalnya uang hayaran sekolah; berapa banyak yang diterima di Perguruan Tinggi Negeri dan sebagainya. Tetapi apakah pendidikan itu mampu melahirkan manusia-manusia yang beradab yang mengenal Tuhannya dan beribadah kepada Penciptanya.

Manusia-manusia yang berilmu seperti inilah yang hidupnya hahagia dalam keimanan dan keyakinan: yang hidupnya tidak terombang-ambing oleh keadaan. Dalam kondisi apa pun hidupnya bahagia, karena dia mengenal Allah, ridha dengan keputusanNya dan berusaha menyelaraskan hidupnya dengan segala macam peraturan Allah yang diturunkan melalui utusan-Nya.

Karena itu kita paham, betapa berbahayanya paham relativisme kebenaran yang ditaburkan oleh kaum liberal. Sebab, paham ini menggerus keyakinan seseorang akan kebenaran. Keyakinan dan iman adalah harta yang sangat mahal dalam hidup. Dengan keyakinan itulah, kata Igbal, seorang Ibrahim a.s. rela menceburkan dirinya ke dalam api. Penyair besar Pakistan ini lalu bertutur hilangnya keyakinan dalam diri seseorang. lebih buruk dari suatu perbudakan.

Sebagai orang Muslim, kita tentu mendambakan hidup bahagia semacarn itu; hidup dalam keyakinan: mulai dengan mengenal Allah dan ridha, menerima keputusan-keputusan-Nva, serta ikhlas menjalankan aturan-aturan-Nya. Kita mendambakan diri kita merasa bahagia dalam menjalankan shalat, kita bahagia menunaikan zakat, kita bahagia bersedekah, kita bahagia menolong orang lain, dan kita pun bahagia menjalankan tugas amar ma'ruf nahi munkar.

Dalam kondisi apa pun. maka "senangkanlah hatimu!" Jangan pernah bersedih.

"Kalau engkau kaya. senangkanlah hatimu! Karena di hadapanmu terbentang kesempatan untuk mengerjakan yang sulit-sulit melalui hartamu.

"Dan jika engkau fakir miskin, senangkan pulalah hatimu! Karena engkau telah terlepas dari suatu penyakit jiwa, penyakit kesombongan yang sering menimpa orang-orang kaya. Senangkanlah hatimu karena tak ada orang yang akan hasad dan dengki kepadamu lagi, lantaran kemiskinanmu..."

"Kalau engkau dilupakan orang, kurang masyhur, senangkan pulalah hatimu! Karena lidah tidak banyak yang mencelamu, mulut tak banyak mencacimu..."

Mudah-mudahan. Allah mengaruniai kita ilmu yang mengantarkan kita pada sebuah keyakinan dan kebahagiaan abadi, dunia dan akhirat. Amin


~credit to http://www.pesantrenvirtual.com/

Kisah buah kelapa

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..yahoooo!!!!!!hari ini dalam sejarah..dapat kupas kelapa tua.!!!

Ciri-ciri buah:
1) Besar,warna coklat,jatuh dari pokok
2) Liat,keras
3) Sangat mencabar untuk mengupasnya

Pada mulanya,mak minta kupas kelapa.okey..set..i try my best..tapi masyaAllah..susahnya.betapa liat kelapa itu..tengok mak kupas sebelum ni senang je nampak…bila buat sendiri,aduss..rasa nk tercabut tangan ni.mak cakap,"tak nampak rupa kupas pun"..haha..ye la,saya pun rasa macam 'bergaduh' je dengan kelapa itu..Akhir sekali,tak larat.saya bagi mak untuk menghabiskannya.

Kemudian,kelapa ke-2..saya bertekad buat sendiri.mak tunjukkan caranya dulu.Bermulalah cerita.

Saya berusaha sedaya upaya kupas kelapa,untuk buktikan saya pun boleh macam mak .Sementara itu, mak bercerita masa mak kecil-kecil dulu, inilah kehidupannya.mana ada main tuang saje santan yang dibeli macam zaman sekarang,.dan sesungguhnya dalam hati saya,betapa bertuahnya dapat mak yang serba boleh:) dari jaga anak sampai berkebun,masak pun best,pandai bawa kereta, apa-apa je.gelap pun tak takut.alhamdulillah..

Saya kupas punya kupas,makin cantik caranya..hehe..sukanya..kita kapak kelapa itu,tuih..kapak kelapa,tuih..begitulah seterusnya..akhirnya..berjaya!!!
Inilah kelapa saya..


Dan mak pun kagum tengok saya dapat buat walau tak sebaik dan sehebat mak..saya cakap," it's in my blood,mak :)"..dan "kalau mak boleh,anak pun boleh"…hehe...mak sambung," like mother,like daughter"..

Alhamdulillah..
Apa yang saya dapat dari 'KISAH BUAH KELAPA' adalah,apa sahaja yang kita nak jadi jangan cepat putus asa.Kita buat dan terus buat kerana practice makes perfect and nothing is impossible in this world because actually all in ours..tak dapat bayangkan kalau saya dah putus asa pada kelapa pertama...

Say," I can"" I can"" I can"" I can"" I can"" I can" berjuta-juta kali..dan I CAN CONQUER THE WORLD.

kelapa pun ada moral value ^_^

Thursday, August 19, 2010

note to God ^-^

If I wrote a note to God
I would speak whats in my soul
I’d ask for all the hate to be swept away
For love to overflow
If I wrote a note to God
I’d pour my heart out on each page
I’d ask for war to end
For peace to mend this world
I’d say, I’d say, I’d say
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it seems like so much is going wrong
On this road…… we’re on
If I wrote a note to God
I’d say please help us find our way
End all the bitterness
Put some tenderness in our hearts
And I’d say, I’d say, I’d say
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it looks like we haven’t got a clue
Need some help from you
Grant us the faith to carry on
Give us hope when it seems all hope is gone
Cause it seems like so much is goin wrong
On this road we’re on
No, no no no
We can’t do this on our own
So
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it looks like we haven’t got a clue
Need some help from you
Grant us the faith to carry on
Give us hope when it seems all hope is gone
Cause it seems like so much is goin wrong
On this road we’re on
No, no no no
We can’t do this on our own
So, So
If I wrote a note to God
-CHARICE-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s:  Kalau Allah menghendaki, nescaya dimusnahkanNya kamu semua wahai manusia! Kemudian Dia datangkan (umat) yang lain (sebagai penggantimu.Dan Allah Maha Kuasa berbuat demikian
(An-Nisa: 133)
sesungguhnya kita sangat-sangat memerlukan Allah.Allah tempat bergantung,Allah tempat mengadu,Allah adalah segalanya bagi kita.Jadi,sempena bulan Ramadhan ini, rebutlah peluang sebanyak mungkin kerana pintu-pintu syurga terbuka luas untuk kita dan pahala dibalas berlipat ganda dan paling utama,Allah menghadiahkan kita keampunan yang besar bagi sesiapa yang meminta. 

       Ramadhan ini akan memberi makna apabila kita memaknakannya dengan pelbagai ibadat yang segalanya kerana Allah azza wa jalla.
      Ya Allah,aku lemah, aku kikir, aku lupa.Sesungguhnya Engkau tuhanku, janganlah tinggalkan aku walau sedetik. Tiada daya upaya ku melainkan Engkau memberi mampu..
I LOVE ALLAH & RASULULLAH..

Monday, August 16, 2010

bukti di depan mata

Ahad(15/8/10)

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini ada seorang makcik datang jumpa mak bertanyakan ubat homoeopathy untuk anaknya.Anak yg baru berumur 3tahun setengah sudah lama mengidap tonsil.

Makcik : saya dah pergi klinik banyak kali sampai doktor sendiri larang untuk ambil antibiotik lagi.

Mak      : ya, antibiotik bukan ubat. perubatan allopati tiada ubat.ia hanya melegakan sakit hanya untuk sementara.sakit itu akan datang lagi.

Makcik : saya setuju.lega sekejap je.nanti lepas 3-4 jam datang semula.Makcik sebenarnya tahu cikgu dari makcik mah.anaknya kan dulu sakit lama juga.Lepas itu,dia dah sihat.lama juga nak sembuh,kan? Tapi sekarang ok dah,tak sakit-sakit. Katanya,ambil ubat dari Dr.Mat.Ingatkan ubat dah takde sebab klinik dah takde.

Mak     : (senyum) saya boleh tolong yang sakit biasa je macam demam,selesema,batuk.Yang kronik,kena tanya kawannya (kawan abah) dulu atau pergi ke kawan je.Kalau di sekolah, kawan-kawan minta ubat juga kalau sakit biasa ini. Aah, ubat ini ambil masa untuk sembuh, tapi alhamdulillah terus sembuh.

Makcik: itulah.saya pun tak suka nak ulang alik pergi klinik tapi ada juga sakit tersebut.

Mak     : kalau allopati,ia tidak membawa kepada kesembuhan hanya merawat. Lagi pula, tidak mengapa ambil masa untuk sembuh daripada kita terus bergantung kepada ubat sepanjang hayat.

Makcik: (setuju) Dr (allopati) pun tidak galakkan sangat ambil ubat.

Mak     : sebab dia pun tahu ada side effects.

Makcik: terima kasih ye cikgu.nasib baiklah dekat je kan.

Mak     : Sama-sama.alhamdulillah.

---------------------------------------------------------------------------------------- 

Mak: angah,kalau bengkak,sakit,merah …belladona

Saya: (senyum) oh,alhamdulillah mak,semakin ramai orang sudah menyedari hakikat ini.Kebenaran pasti terserlah.

Mak: yup,insyaAllah. Alhamdulillah, abah tinggalkan kita dengan perubatan yang mengikut sunnatullah ini. (senyum dalm syahdu)

Saya: aah,mak..alhamdulillah.

-------------------------------------------------------------------------------
Abah, walaupun abah sudah pergi jauh,namun ilmu yang ditinggalkan sangat memberi manfaat kepada kami semua.Teringat kata-kata abah,

"angah,abah tiada duit untuk tinggalkan hanya ilmu sahaja yang dapat abah bagi"

Syukran Ya Allah,kerana Engkau mengurniakan kami seorang insan yang tidak akan ada gantinya,Abah..

Friday, August 6, 2010

1 minute talk

Bismillahirrahmanirrahim
       Buku 'The Quick and Easy Way of Effective Speaking' oleh Dale Carnigale sangat memberi makna dan motivasi kepada saya dalam jangka waktu ini. Krisis keyakinan dan merasakan diri kekurangan ilmu berbanding orang lain menyebabkan saya selalu berfikir tetapi kurang bertindak.Banyak buah fikiran,kritikan, pandangan yang saya ingin kongsi dengan orang lain terbantut kerana menganggap diri kurang mampu dan lemah. Lagi pula, dengan keadaan dunia sekarang yang sedang berlakunya perang pemikiran a.k.a ghazwatul fikr ini memerlukan pemikiran dan idea-idea yang kritis lagi membina.
Alhamdulillah, buku ini tiba pada waktunya.Alhamdulillah.

       Terlalu banyak tips yang diberikan tetapi salah satu tip yang paling saya suka adalah,"project yourself into the future and then worked toward bringing that projection into reality"

Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Saya bercita-cita menjadi seorang public speaker yang dapat menarik perhatian semua penonton dengan cara yang berhemah dan berhikmah.Mutiara kata keluar dari bibir bagai air sungai yang suci,jernih,bersih mengalir tenang tapi hebat merempuh batu-batu yang merintanginya..

saya bercita-cita menjadi public speaker yang menceritakan kebenaran dan berkongsi pandangan secara kritis dan mantap pengisiannya demi menegakkan kalimah Lailahaillah.

Segalanya bermula dari sekarang.1 MINUTE TALK.
saya dapat idea ini dari pembacaan buku ini dimana ia menceritakan pelbagai rahsia kejayaan dan kisah suka duka yang dapat dijadikan pengajaran.teringat satu kata-kata,"kadang-kadang kita tak perlu melalui pengalaman,kerana pengalaman orang lain boleh kita ambil sebagai iktibar."

Signifikan 1 min talk ini adalah;
1)melatih seseorang untuk bersedia dengan apa sahaja soalan,maksudnya kita perlu sentiasa mencari dan menggali ilmu
2)melatih seseorang untuk berkomunikasi secara efisian,iaitu menyampaikan mesej dalam masa 1 minit sahaja tetapi pengisiannya ringkas,padat dan tepat.( Diri sendiri,Islam boleh dipelajari dari alam)
3)menghilangkan stage fright, kerana the top list of fear in the world is stage fright :)

berlatih..berlatih..berlatih..berlatih...dan terus berlatih
semoga kita semua berusaha menjadi seorang yang hebat skil komunikasinya seperti Rasulullah s.a.w..amiinn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...