Pages

Thursday, March 29, 2012

bismillahirrahmanirrahim,
My very 1st poster!!!!
buat sendiri!! rasa macam nak lompat sampai ke bintang!!
tak pernah terfikir akan terhasilnya 1 poster dari tangan sendiri..Ya Allah..
 dengan sokongan dan motivasi dari kawan-kawan dan semangat nak mencuba, AKHIRNYA... 



sangat ringkas, guna PowerPoint je..:) :) :)

subhanallah..

Aura Tamrin Qiyadi

       Bismillahirrahmanirrahim.
Subhanallah, aku masih dalam dakapan kasih sayang Allah
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah

Ya Allah, Ya Allah
Engkau Maha Hebat mengatur hidup hambaMu, Disaat aku terkapai-kapai mencari petunjuk,di saat aku lelah mencari cita-cita hidup, di saat aku penat berfikir dan terus berfikir jalan mana harus diambil, Kau beri petunjukMu dalam cara yang sangat halus, cara yang sangat indah, cara yang sangat membekas di jiwa.
Ya Allah, Kau jemput aku ke TQ, Kau temukan aku dengan sahabat-sahabat seperjuanganku, Kau aturkan  pengisian dan kata-kata dari abang-abang dan kakak-kakak, Kau buka pintu hatiku di malam yang hening dengan alunan lagu "Engkau ingin berjuang,tapi….."
Astaghfirullah, Ya Allah, Engkau tak pernah tinggalkan aku. Engkau tak pernah tinggalkan aku. Engkau tak pernah tinggalkan hambaMu. Maha Suci Ya Allah.

Sahabat-sahabat, pernah tak alami satu saat di mana kita tidak tahu jalan mana yang harus diambil?
Kehendak orang muda, semua dia nak. Semua dia nak tahu sampai jadi keliru,pilihan mana yang terbaik??kadang-kadang, aarrrgghh!!! Nak ambil jalan mana ni?
Tiba-tiba, petunjuk datang tidak disangka-sangka.Subhanallah. Ya Allah, waktu itulah saat dimana tiada kata yang boleh diucap, hanya ALLAH,ALLAH,ALLAH..

TAMRIN QIYADI (KEM KEPIMPINAN WAJA) PKPIM KUANTAN
10-12/2/2012
KEM CENGAL, TAMAN PERTANIAN, KUANTAN, PAHANG

Objektif
  1. Memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepimpinan dalam erti kata yang sebenar


Jumaat (10/2/2012)

Bermula selepas isya', A.Ukasyah memberi tazkirah mengenai Ashabul Ukhdud. Setelah itu, perkongsian menarik dari A.Muiz tentang jalan kehidupan.dilahirkan belajar, kerja, kahwin, mati. Putaran yang sama untuk insan tapi apa yang membezakan? Ya, mencari keredhaan Allah.
Bila fikir-fikir, kita kena jadi luar dari kebiasaan. Orang yang luar biasa. Masa orang lain syok study, kita syok datang program, tadah ilmu. Masa orang lain syok membeli-belah, kita syok bagi risalah. Be extraordinary
Seperti biasa, perlantikan ketua dan ketui (Amir& Amirah). Alhamdulillah, secara syura, Abdul Qahhar & Che Farhana menjadi ketua kami. Penubuhan biro disiplin, ibadah dan riadhah untuk program ini juga dari para peserta. Kamilah mencipta budaya program, kamilah mengatur masa, kamilah mencipta trademark, kamilah melaksanakan modul riadah, kamilah MC, kamilah pemberi hadiah kepada penceramah. Mudah kata, program ini dari kami, untuk kami. (Dari situ, kepimpinan dilatih sedikit demi sedikit)

Lagu Rukun Baiah diperdengarkan kepada kami oleh A.Ukasyah. Wow, ni wajib rekod! (tapi, nasib baik semua sami'na waatho'na). Kebanyakan dari kami tak pernah dengar lagu ini sehinggakan tersentak hati pabila A.Ukasyah kata," isy, bia betul. Jauh betul kita. Ni berat ni"
Ya Allah, rupanya banyak lagi yang aku tak tahu.
Sepanjang program ini, lagu Rukun Baiah dinyanyikan. Biar ia lekat di minda dan hati.

Sabtu (11/2/2012)

Jam 4.30 pagi, semua bangun dan bersedia untuk Qiyamullail bersama-sama. Selepas solat subuh dan mathurat, Afiq berkongsi tentang sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, mengambil semangat Maulidurrasul minggu sebelumnya. Subhanallah, walau diminta untuk memberi tazkirah on the spot, Afiq berkongsi dengan baik sekali. Syabas!!
Kemudian, riadah dengan permainan Cap kalicap. K.Athirah pula membawa modulnya dengan permainan sebut trademark+ emosi dan sambung ayat.
Ya Allah, indahnya ukhwah keranaMu.
Saya tersedar dari kegembiraan semasa riadah pabila Amirah berkata," pelikkan, sekarang ni kita bagai dilambung-lambung. Mila menyambung, "kita tunggu je bila mereka nak smash".
Ya Allah, jalan dakwahMu bukan sembarangan. Jalan dakwahMu perlukan kekuatan jiwa dan mental dan fizikal yang utuh. Jalan dakwahMu ialah jalan para anbiya'.

Disambung dengan perkongsian dari Ustad Rasid Muhamad, WADAH. Menceritakan tentang apa sebenarnya perjuangan, jalan dakwah, rukun-rukunnya, haluan perjuangannya dan banyak lagi sehinggakan diri ini berasa sangat kerdil kerana masih banyak lagi ilmu yang tidak diketahui.
Selepas itu, perkongsian dari pak wawan tentang Rukun Baiah dan ibrah dari episod dalam Naruto. Dari dahulu lagi sudah tahu tentang usrah, kepentingannya dan peringkat-peringkatnya,tapi di TQ ini baru dapat kesedaran. Syukur..
Selepas zohor, kami diberi penanda buku dan diminta berkongsi apa sahaja tentang Islam di MegaMall. Ya Allah, outreach!!!!! Pelbagai perkara bermain di fikiran, pelbagai perasaan di dalam hati, pelbagai pujukan syaitan untuk tak pergi. ALLAH,ALLAH,ALLAH.

Masing-masing punya ceritera tersendiri. Masing-masing punya emosi tersendiri. Masing-masing punya gaya tersendiri. Suatu kenangan yang pasti tidak akan dilupakan. Pengajaran paling hebat, baru ku tahu betapa Islam sangat terasing sekarang, ramai orang boleh menghulurkan salam perkenalan, tapi tak ramai orang boleh berkongsi tentang Islam. Kelu lidah!
Walaubagaimanapun, alah bisa tegal biasa. Sahabat, jom buat outreach  lagi!

Islam tak perlukan kita, tapi kita perlukan Islam.Ayuh, islah diri dan islah masyarakat seiring!  

Malam yang sangat mengharukan dan menyentap rasa. Dendangan lagu "Engkau ingin berjuang" dan kata-kata dari Pak Wawan memberi nafas baru kepadaku dan sahabat-sahabat tentang perjuangan. Ya Allah, engkau menegur kami dengan lemah lembut supaya kami menjadi lebih baik dan terus istiqamah di jalan ini. Ya Allah, Engkau Maha Hebat!

lagu ni memang menusuk di kalbu

Ahad (12/2/2012)

Bangun awal pagi untuk Qiyamullail walaupun diri kepenatan sehari suntuk semalam ialah tarbiyah yang sangat hebat. Digagahkan diri untuk terus solat subuh, al-mathurat dan mendengar kuliyah Subuh, "Kepimpinan Rabbani" oleh A.Hisyam.
Pagi-pagi lagi, kami diuji dengan aktiviti fizikal, jungle trekking. Walau sudah banyak kali melalui jalan yang sama, tapi impaknya berbeza. Kesedaran tentang perjuangan dan dakwah serta  penyatuan hati dengan sahabat-sahabat, bagaikan ada aura.
Hari ini hari terakhir TQ tapi rasa sekejap sangat, rasa nak lagi, nak lagi.Syukran Allah atas rasa ini.

Untuk akhirnya, ingatlah bahawasanya Allah tidak pernah tinggalkan kita. Walau kita semakin jauh dari Allah, Allah tetap tidak tinggalkan kita. Mintalah petunjuk dan optimislah, pasti kita akan dapat. InsyaAllah.

Hidup kita bukan menjaga diri sahaja kerana ada hak orang lain ke atas kita. Tunaikan hak tersebut, turun ke masyarakat, lihat apa yang berlaku di sekeliling dan bertindak! Biar kita bersama gelombang perubahan, gelombang mengembalikan kegemilangan Islam, bukan hanya duduk di tepi, melihat dan terus melihat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...