Pages

Wednesday, October 13, 2010

Leaders are Readers

Bismillahirrahmanirrahim

Sekarang saya sedang membaca sebuah buku Stephen R.Covey yang bertajuk,The Leader In Me. Buku ini mengisahkan tentang kejayaan sekolah-sekolah yang mengamalkan 7 Habits dalam sesi pembelajaran dan pengajaran mereka. 7 Habits dicetus oleh Stephen setelah beliau membaca beratus-ratus buku,rencana, esei dalam bidang pembinaan kendiri pada tahun 1776 dan mengkaji tentangnya. Kajian tersebut telah membawa beliau melalui 200 tahun penulisan tentang kejayaan oleh bangsa-bangsa terdahulu. Beliau dapat mengesan pola yang sangat berlainan antara orang terdahulu dan terkemudian. Beliau mengatakan hampir semua penulisan dalam 150 tahun pertama berfokus tentang etika Akhlak sebagai dasar kejayaan-perkara seperti rendah hati,kejujuran dan sebagainya. Tetapi setelah perang dunia pertama, pandangan asas tentang kejayaan telah beranjak kepada etika personaliti-perkara seperti imej, kemahiran, tingkah laku.

Etika Akhlak berfokuskan siapa kita yang sebenarnya atau dalam kata lain, from inside to outside. Berlainan pula dengan etika personaliti yang boleh diiertikan dengan suasana yang membentuk diri kita atau from outside to inside. Bagi saya, etika Akhlak adalah yang utama bagi diri seseorang kerana kita menjadi 'kita' dan kita yang megubah suasana,bukan sebaliknya.(Stephen pun cakap begitu:)) Ini kerana kita tidak hipokrit dengan suasana yang sentiasa berubah dan mencabar, contohnya A berpakaian segak, datang awal, rajin demi menonjolkan imej yang baik di hadapan ketuanya walhal dirinya yang sebenar adalah sebaliknya. Ingin saya katakan bahawa etika akhlak lebih utama dari etika personaliti kerana jika seseorang itu baik di dalam, kebaikan itu dengan sendirinya akan terpancar melalui perbuatannya. Malah secara tidak langsung, suasana juga akan berubah dan bahagia.
Tambahan lagi, jika kita ingin megubah sesuatu dan memastikan ia kekal, perubahan itu mesti datang dari dalam. Stephen berkata, "untuk mengubah situasi, kita perlu ubah diri sendiri dan untuk ubah diri, kita mesti ubah persepsi (mind)". Yes! From inside to outside is the best.

7 Habits of Highly Effective people;
1- Be proactive
2- Begin with the end in mind
3- Put first things first
4- Think win-win
5- Seek first to understand, then to be understood
6- Synergize
7- Sharpen the saw

Buku Leaders in Me ini memaparkan tema kepimpinan diaplikasi di tadika dan sekolah rendah, iaitu sekolah A.B. Combs. Sekolah yang dahulunya agak merudum pencapaian ujiannya, masalah disiplin yang semakin ketara dan pembelajaran yang berfokuskan peperiksaan semata-mata telah berubah menjadi sekolah yang hebat dari segi markah ujian, akhlak pelajar dan potensi pelajar dicungkil, diasah dan dijaga untuk menjadikan mereka adalah pemimpin yang sebenar. Saya amat kagum dengan budaya di sekolah ini yang sentiasa meraikan dan menyokong pelajar yang lemah bukannya meminggirkan malah memarahinya. Ini kerana semua ahli sekolah percaya bahawa setiap orang mempunyai potensi dan bakat istimewa.
Visi sekolah ialah 'to live, to love, to learn and to leave a legacy' manakala misi sekolah ialah 'to develop leaders one child at a time'. Seorang motivator pernah berkata, ' the best legacy is upon the greatest descendent'. Maksudnya, seseorang itu tidak akan dikatakan hebat jika dia tidak melahirkan seorang yang hebat, atau lebih mudah, mereka perlu mengajak orang lain juga untuk sama-sama menjadi hebat.

Selain itu,segala perkara yang berlaku di sekolah semuanya berkaitan dengan kepimpinan hatta mangajar huruf 'P'. Seorang guru, Debbie Falkner memperkenalkan 7 Habits kepada muridnya melalui aktiviti yang disukai murid tadika. Beliau bercerita tentang piza dan membahagikan kelas itu seperti kilang pegeluaran piza. Dari aktiviti itu, murid-murid dapat belajar tentang kerjasama, penentuan matlamat, menang-menang, bersenergi dan sebagainya. Dalam jangka masa panjang, murid-murid ini bersedia menghadapi dunia yang sebenar.

Semasa saya membaca buku ini, sudah banyak kali saya mengucapkan Subhanallah, kerana akhirnya menjumpai cara pendidikan yang berkualiti dari sebelum ini. Bila direnung kembali, tema kepimpinan ini sangat kena dengan Islam. Allah menjadikan kita KHALIFAH/PEMIMPIN untuk mentadbir alam ini. Khalifah yang bertanggungjawab dengan segala sebab dan akibat, bersedia dan tabah menghadapi cabaran, profesional dalam mengendalikan sesuatu dan boleh membuat keputusan. Saya terfikir, kenapa kita mengetahui tentang kepimpinan dan ia diaplikasi sebenar-benarnya pada peringkat menengah, universiti dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh jadi pemimpin seperti ketua kelas, pengawas, ketua murid dan sebagainya? Kenapa bukan semua peringkat umur dan setiap orang? Mungkin sudah masanya kita membuat anjakan paradigma bermula dari diri sendiri. Ayuh, jadi lebih baik dari semalam dan amalkan 7Habits ini.

Semoga yang baik ini dapat kita jadikan teladan dan saya sangat mengesyorkan semua orang hatta tukang kebun sekalipun membaca buku ini kerana setiap orang adalaah pemimpin.:)

p/s: apa yang datang dari Barat, kita islamisasi ilmu tersebut, jangan terus menolak

LEADERS IN ME…..LEADERS ARE READERS…READERS ARE CHANGE AGENT…I CAN CONQUER THE WORLD…WE ARE ONE

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...