Pages

Monday, June 21, 2010

impak maksima.

Saya takut,gerun,tak boleh duduk diam..

Ya Allah,banyak perkara yang difikirkan.takut kerana tidak tahu apa jawapan yang ingin diberi tatkala berhadapan denganMU nanti..
Ya Allah,saya sangat takut dengan soalanMU tentang tanggungjawabku.sangat takut.
Mesti lakukan sesuatu.mesti..
Ya Allah,Engkau Maha Hebat.
Angah takut dengan apa di dunia ini?kata-kata orang,tolakan orang,?apa?.tiada apa yang perlu ditakutkan kerana janji Allah itu pasti.

"wahai orang-orang yang beriman! jika kamu membantu (agama) Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."(surah muhammad;7 )

Angah mesti yakin itu.
Jangan melihat perkara yang angah tak dapat kawal.lihat perkara yang angah boleh kawal.
Diri sendiri.

Angah,hanya diri sendiri dapat membantu diri sendiri.walau ada orang mendesak angah melakukan sesuatu, diri angah yang akan membuat plihan.Tiada siapa yang boleh mempengaruhi angah sebab diri angah akan dengar kata diri angah sendiri.

Angah,Allah telah amanahkan kita untuk berdakwah,mengajak orang melakukan kebaikan,melarang orang melakukan kejahatan, jadi gunakan potensi diri semaksimum mungkin untuk realisasikan amanah itu kerana Allah pasti akan tanya.

Angah ingat kisah seekor burung,pada zaman Nabi Ibrahim a.s?

Setelah Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api sebesar gunung,ada seekor burung melihat kejadian itu,lalu ia terbang menceduk air menggunakan paruhnya dengan niat membantu Nabi Ibrahim a.s. Haiwan-haiwan lain mentertawakannya.
"wahai burung kecil,apakah boleh air kau yang sedikit itu memadamkan api yang sebesar gunung itu?..hahaha"
Lalu burung itu menjawab,"ini yang aku mampu buat untuk nabi Allah s.w.t. Aku tahu air ini tidak akan boleh memadamkan api itu, tapi ini adalah jawapan tanggungjawabku di hadapan Allah s.w.t nanti".

Angah lihatlah,seekor burung yang kecil mempunyai semangat yang kuat menjalankan amanahnya.

'You are as big as your dream'

Angah,kuatkan semangat,teguhkan hati,mantapkan iman.
Angah sudah ada wadah,maka gunakan ia sebaik mungkin untuk cita-cita dan amanah angah.

AllahuAkbar!!

Saturday, June 19, 2010

simtom vs punca sakit

Assalamualaikum,..


“Medicine is designed for disease, not designed for health”.

When you see doctor, he will give you drugs, which has lots of effects, just react to the symptoms, not the root of the problem..

For example, you have diabetis, then the doctor give you insulin to control glucose level in your blood. only that, nothing more. High blood pressure is the symptom not the root of disease.

Kawan-kawan, cuba kita bayangkan ,jika kita mahu hapuskan pokok, adakah kita memotong rantingnya sahaja?..Jika ranting,sebahagian dari pokok itu ada lagi,iaitu batang dan akar.Jadi,bagaimana?.Ya, kita perlu buang akarnya.Cabut akar supaya pokok tersebut tidak menjalar lagi dan terus hilang dari tempat itu.

Penyakit juga seperti akar.Kita perlu mencari punca sakit itu.Aapa yang kita Nampak hanyalah petunjuk yang ingin memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena atau masalah dalam badan kita.

Malangnya, perubatan moden sekarang hanya merawat simtom,bukan mengubati sakit itu.

“the modern medicine only treat you, not heal or cure you”

Think about it..

Open our mind to seek other complementary medicine..

Thursday, June 10, 2010

Keliru...Confius..@_'

Bismillahirrahmanirrahim.
  Saya selalu tertanya-tanya kenapa ada juga penyakit yang tiada ubat.Perkara ini sentiasa diberitahu oleh doctor perubatan kepada masyarakat.Malahan di dalam banyak filem juga,ramai ‘doktor’ yang tidak dapat membantu hero dan heroinnya apabila mereka mengalami penyakit.Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya.Allah s.w.t juga telah berfirman tentang turunnya penawar dahulu barulah penyakit. Kadang-kadang saya jadi keliru tentang pernyataan yang kontra ini.Bagaimana seorang doctor lebih mengetahui tentang ‘tiada ubat’ sedangkan ALLAH s.w.t telah mengatakan sebaliknya.



 Penyakit-penyakit yang selalu dikatakan tiada ubat adalah asma,kanser,hiv,aids,dan banyak lagi. Jika diabetis pula,alamatnya hilanglah anggota badan yang semakin rosak itu kerana jawpan terakhir,”pakcik,kaki ni kena potong takut melarat ke bahagian lain"..Mengapa tidak dikatakan ubat belum ditemui lagi atau mungkin doctor mengesyorkan pesakit pergi ke perubatan-perubatan pilihan lain.malangnya,realiti tidak berlaku.

  Masyarakat pula percaya kata-kata doktor mereka kerana telah meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya.Walhal,di luar sana setahu saya banyak lagi perubatan lain yang mungkin lebih hebat atau sebaliknya.Setelah berfikir dan berbincang, saya dapat nyatakan bahawa masyarakat sebenarnya tidak didedahkan dengan perubatan alternatif dengan kata lain terdidik.Ada juga yang mengetahui tentangnya, malahan mungkin saudara sendiri yang belajar dan mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif,mereka menolaknya kerana salah anggap,menjustifikasi penyataan dari orang-orang yang tiada autoriti dan takut untuk untuk mencuba.

(penyakit)


(akupuntur)

(bekam)

(modern medicine)

(homoeopathy)

Masyarakat harus percaya bahawa Allah swt pasti memberi penyelesaian atas setiap musibah,jika penyakit musibahnya ubat adalah penyelesaiannya.Allah juga menjadikan setiap perkara berpasang-pasangan,contohnya malam pasangannya siang,kiri pasangannya kanan,lelaki pasangannya wanita.Maka,penyakit pasangannya ubat.Masyarakat harus percaya perkara ini kerana ia melibatkan iman kita.Seandainya ada penyakit yang dikatakan tiada ubat,maksudnya dalam perubatan tersebut tiada ‘pasangan ‘ penyakit itu,maka pasti pasangannya ada di dalam perubatan alternatif.
.

Semuanya bermula dari keyakinan dan kepercayaan.Jadilah orang yang berfikira terbuka dan berjiwa besar kerana dengan itu pintu-pintu peluang akan terbuka luas untuk kita menerokai apa di dalamnya.



wallahua'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...