Pages

Friday, October 22, 2010

Kenapa Afifah suka berprogram?

Bismillahirrahmanirrahim

Saya suka program.saya suka keluar pergi jalan-jalan.saya suka berkenalan dengan orang ramai.
Live it life!!

Mungkin ada yang akan bertanya,kenapa Afifah suka program? Kenapa Afifah suka jumpa dengan orang? Kenapa ???

Kenapa ye saya suka program? Program sudah la mengambil masa, banyak masalah, jadi susah nak fokus study, bilik selalu ditinggalkan, susah pula nak balik rumah, rasa macam membuang masa. Tapi kenapa Afifah suka juga berprogram? Program ni pula datang bila-bila masa, kerja dengan orang lain, masalah salah faham, terasa dengan orang lain, penat, letih, tiada masa untuk rilek, kena rushing, banyak sangat lagi. Tapi kenapa Afifah suka juga program?


Yup, saya suka program apabila di situ saya dapat mengenal alam, secara tidak langsung dapat mengenal Allah. Segala masalah yang dihadapi adalah asam garam kehidupan, ujian yang saya pilih untuk tempuhi kerana ia mematangkan saya untuk lebih sedar bahawa Allah Maha Indah, Maha Perkasa, Maha Bijaksana. Tak best ke bila kita dapat mengenal Allah? Tuhan Pemberi Kurnia,Pencipta kita. Semestinya best.

Saya suka program apabila masa saya diluangkan dengan perkara-perkara berfaedah. Membantu orang, menambah skil hidup aka mengurus, memimpin, membuat keputusan, berkongsi ilmu, komunikasi berkesan dan sebagainya. Ada orang kata, "kamu perlu berpersatuan supaya semasa kerja nanti tidak kekok apabila bekerjasama dengan orang". Saya setuju dengan kata-kata itu, tapi saya suka kerja berdikari,maksudnya I'm the boss for my life. Jadi bagaimana? Program memberi manfaat kepada saya ke? Jawapannya, ya!..kerana kita atas dunia bukan hidup berseorangan. Pelanggan kita nanti pun orang juga kan?:).kita mesti perlu berkenal-kenalan kerana Allah berfirman,

Wahai manusia! Sungguh, Kami telah jadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.

                                                                                                      (Al-hujuraat:13)

Pasti ada yang berkata, tak berprogram pun boleh kenal orang. Betul, tidak dinafikan. Tetapi adakah sama nilai, pengajaran, motivasi, keluasan ilmu yang kita dapat? Lagi satu, bagaimana ingin kita ketahui potensi diri jika tidak mencuba sesuatu yang baru? Walaupun begitu, tidak dinafikan study adalah perkara yang sangat berfaedah tetapi adakah study perlu dilaksanakan sepanjang masa dan ia dapat membantu kita menjadi orang yang lebih baik dari semalam?

Tambahan lagi, saya suka program kerana saya ingin menjalankan tugas sebagai Hamba dan Khalifah Allah s.w.t,.Tuhan sekelian alam. Saya tidak tahu bila saya akan mati, dan saya tidak tahu adakah amalan saya selama ini cukup dan adakah Allah redha dengan segala yang saya buat. Ingatlah, Allah dan Islam tidak pernah memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan keduanya. Allah berfirman,

Kalau Allah menghendaki, nescaya dimusnahkanNya kamu semua wahai manusia! Kemudian Dia datangkan (umat) lain( sebagai penggantimu). Dan Allah Mahakuasa berbuat demikian.

                                                                                                       (an-Nisa' :133)

Lagi pula, Allah menyuruh hambaNya berjihad (no optional) , berjuang di jalanNya seperti dalam firmanNya,

Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) utnuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah ( berjuanglah) di jalanNya, agar kamu beruntung.

                                                                                                      (al-Mai'dah:35)

Semua orang di dalam program mempunyai niat yang berbeza tapi bagi saya, saya ingin mendekatkan diri dengan Allah kerana saya tahu study, duduk dalam bilik sahaja, kurang bergaul dengan orang kurang memberi impak kepada iman saya. Saya tahu saya bukan orang yang kuat apabila berseorangan.

Lagi pula, Allah sudah katakan kepada saya, "Afifah,

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah(buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-benar iman.

                                                                                                     (ali-imran: 110)

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan ALlah), sama ada dalam keadaan ringan, (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggung-jawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (dalam membela Islam), yang demikian amat baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.                                                                                                  (At-Taubah : 41)



tanya pada diri, adakah dakwah bagiku telah dilaksanakan?

Akhir sekali, kenapa Afifah suka berprogram? Sebab saya ingin menjadi salah satu bata dalam pembinaan untuk mengembalikan kegemilangan Islam di atas muka bumi ini dan ingin dicintai Allah Taala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...