Pages

Friday, August 6, 2010

1 minute talk

Bismillahirrahmanirrahim
       Buku 'The Quick and Easy Way of Effective Speaking' oleh Dale Carnigale sangat memberi makna dan motivasi kepada saya dalam jangka waktu ini. Krisis keyakinan dan merasakan diri kekurangan ilmu berbanding orang lain menyebabkan saya selalu berfikir tetapi kurang bertindak.Banyak buah fikiran,kritikan, pandangan yang saya ingin kongsi dengan orang lain terbantut kerana menganggap diri kurang mampu dan lemah. Lagi pula, dengan keadaan dunia sekarang yang sedang berlakunya perang pemikiran a.k.a ghazwatul fikr ini memerlukan pemikiran dan idea-idea yang kritis lagi membina.
Alhamdulillah, buku ini tiba pada waktunya.Alhamdulillah.

       Terlalu banyak tips yang diberikan tetapi salah satu tip yang paling saya suka adalah,"project yourself into the future and then worked toward bringing that projection into reality"

Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Saya bercita-cita menjadi seorang public speaker yang dapat menarik perhatian semua penonton dengan cara yang berhemah dan berhikmah.Mutiara kata keluar dari bibir bagai air sungai yang suci,jernih,bersih mengalir tenang tapi hebat merempuh batu-batu yang merintanginya..

saya bercita-cita menjadi public speaker yang menceritakan kebenaran dan berkongsi pandangan secara kritis dan mantap pengisiannya demi menegakkan kalimah Lailahaillah.

Segalanya bermula dari sekarang.1 MINUTE TALK.
saya dapat idea ini dari pembacaan buku ini dimana ia menceritakan pelbagai rahsia kejayaan dan kisah suka duka yang dapat dijadikan pengajaran.teringat satu kata-kata,"kadang-kadang kita tak perlu melalui pengalaman,kerana pengalaman orang lain boleh kita ambil sebagai iktibar."

Signifikan 1 min talk ini adalah;
1)melatih seseorang untuk bersedia dengan apa sahaja soalan,maksudnya kita perlu sentiasa mencari dan menggali ilmu
2)melatih seseorang untuk berkomunikasi secara efisian,iaitu menyampaikan mesej dalam masa 1 minit sahaja tetapi pengisiannya ringkas,padat dan tepat.( Diri sendiri,Islam boleh dipelajari dari alam)
3)menghilangkan stage fright, kerana the top list of fear in the world is stage fright :)

berlatih..berlatih..berlatih..berlatih...dan terus berlatih
semoga kita semua berusaha menjadi seorang yang hebat skil komunikasinya seperti Rasulullah s.a.w..amiinn..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...