Pages

Thursday, June 13, 2013

Bingkisan tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini diri terpanggil untuk berkongsi cerita tentang diriku dan seorang adik. Diantara semangat dan halangan, diantara keyakinan dan putus asa, diantara harapan dan cita-cita, adikku ini berkongsi rasa.

Ianya bermula setelah beberapa lama kami berjumpa di Bengkel Daie Muda anjuran Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) di bangunan Majlis Belia, Pahang.

Satu malam, telefonku berdering.
Adik: Assalamualaikum kak, apa khabar? Ingat saya tak? Saya.......
Aku: Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat. Ingat,. Apa khabar?
Bermulalah ukhwah kami. Sampai satu waktu,
Adik: Akak,  saya nak buat program,ok tak? Tentang aurat.
Aku: Alhamdulillah, boleh saja. Kenapa tentang aurat?
Adik: Sebab saya sedih kak, tengok adik-adik, budak-budak sekarang yang tak tutup aurat dengan sempurna. Belajar agama di sekolah, tapi tak mempraktikkannya dengan baik. Sedih..Saya dah buat survey di sekolah tentang ini. Nampak kecik, tapi impaknya di akhirat nanti, macamana?
Aku: (dalam hati: subhanallah, terima kasih ya Allah kerana memberi jalan kepada adik ini untuk menyelesaikan salah satu masalah umat)
       Aah, betul. Bagus cadangan itu. Mungkin boleh bincang dengan ustaz dan kita boleh jumpa untuk perbincangan lanjut.
Adik: Saya nak jemput Ustazah Fatimah Syarha :)
Aku: Bagus, ok. :)

Malam itu, kami bercerita dan berkongsi pelbagai perkara. Dari bertanyakan khabar, apa nak jadi bila besar nanti, isu pendidikan, isu pelajar universiti sekarang dan lain-lain. Walaupun hanya dalam telefon, tapi ia bagai berborak secara realiti. Subhanallah, aku bermuhasabah sendiri, macam-macam cara Allah boleh atur dalam memulakan tali persaudaraan itu, walau apa jua halangan, bila Allah sudah tetapkan jodoh kita dengan sahabat, maka jadilah ia. Dalam pada itu, aku kagum dengan semangat adik ini yang tahu apa dia patut buat atau lakukan tatkala mendepani isu umat. Tahniah!


ustaz: YDP IKATAN aka ustaz adik

................................................................................................................................................................

Hari-hari mendatang, satu hari telefonku berdering lagi.
Adik: Assalamualaikum kak, saya nak minta tolong IKATAN. Ceritanya begini, saya nak adik-adik sekolah saya belajar cara mengendalikan program. Saya nak rekrut adik-adik untuk realisasikan program ini. Bukan apa, saya rasa sangat perlu untuk mereka tahu tentang jobskop dan cara berorganisasi yang bagus.
Aku: Waalaikumussalam, Bagus niat itu, alhamdulillah. Tapi, akak rasa kena bincang dengan ustaz dulu, bukan apa, IKATAN mempunyai kapasiti yang agak terhad, tapi kena bincang dulu.
Adik: Ok, boleh saja, nanti saya bincang dengan kawan-kawan dan ustaz.

..............................................................................................................................................................
Hari sabtu, pertemuan pertama IKATAN dengan sahabat adik. Kami memulakan perkenalan di sekolah mereka.
Kawan adik: Assalamualaikum kak, saya.............dan ini................Maaf kak, dia tak dapat datang sebab masih di tempat belajar. Saya dilantik untuk menjadi Penolong Pengarah dan sahabat saya menjadi setiausaha.
Aku: Waalaikumussalam, salam perkenalan :)
Ustaz: Alhamdulillah, bagus cadangan program ini. Niatnya nak ramai orang buat kerja baik.

Kami berbincang beberapa perkara demi memulakan langkah seterusnya. Kertas kerja dan penggerak perlu diatur dan disusun dahulu.
Kami berjanji untuk bertemu kembali, berbincang lebih lanjut tentang modus operandi, sasaran peserta, tempat, tarikh dan sebagainya.
.........................................................................................................................................................
Ada kala jatuh, ada kala bangkit. Begitulah semangat adik. Pelbagai cabaran dan halangan dihadapi olehnya demi menetapkan momentum dakwah dalam diri. Diri bagai dihempas, motivasi jadi luruh bila terlalu banyak tekanan. Semuanya dikongsi, aku hanya mampu mendengar dan berkongsi rasa dengannya. Keterbatasanku sebagai pelajar tahun akhir tidak mampu untuk membantu lebih. Projek tahun akhir, komitmen dengan persatuan, praktikal di klinik, kelas dan seminar kadangkala menyebabkan aku tidak sempat untuk meluangkan masa untuknya. Maafkan akak, dik. Akak bukan penolong terbaik, hanya Allah.
Aku hanya mampu mengingatkan adik tentang dapatannya dalam Bengkel Daie Muda. Kenali diri sebagai hamba dan khalifah Allah. Itu kunci kekuatan tarbiyah.
Aku hanya mampu berkata-kata, tapi adik ini berkata dan cuba sedaya upaya menyampaikan apa yang dia rasa dan fikir kepada sahabatnya dan adik-adik di sekolahnya. Aku kagum dengan kekuatannya. Walaupun jauh dia berada, tapi dakwahnya untuk Kuantan berkobar-kobar.

Terciptalah sejarah aku bersama adik. Pelbagai halangan, kerisauan, amukan emosi, kegusaran, tangisan dan macam-macam rasa dikongsi. Apa yang unik, kami jarang berjumpa, tapi telefon menjadi sahabat setia.
Adik sanggup menelefonku berjam-jam untuk meluruskan perbincangan. Wah, bukan mudah pengorbanan kredit telefon sementelah diri seorang pelajar. Aku belajar darinya tentang pengorbanan.

Kekangan adik-adiknya sebagai pelajar sekolah, pemergian sahabat seperjuangannya ke institusi pengajian, meninggalkan adik keseorangan. Ya, keseorangan. Tapi alhamdulillah, pertolongan Allah di mana-mana bila kita yakin seyakin-yakin denganNya. Itulah kekuatan adik. Pertolongan dari ibu bapa, saudara-mara, kenalan, dan lain-lain tidak adik duga. Syukran ya Allah. Hanya Engkau Pemberi rezeki dan bantuan terbaik. Adik ke sana ke mari menyelesaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilakukan oleh adik-adiknya. Adik juga sedaya upaya tidak mahu memberatkan adik-adiknya dengan tugasan ini. Niat adik supaya adik-adiknya mengenali dunia berprogram dengan gembira, kerana ini kali pertama. Adik merasai keperitan, kesusahan untuk semuanya.

Adik sentiasa menelefonku, memberi perkembangan terkini. Aku menghulurkan bantuan setakat yang termampu, aku mengajak sahabat-sahabat yang ada di sekitar Kuantan untuk berjuang bersama. Akak minta maaf atas salah faham, kesilapan yang tidak disengajakan dan apa sahaja.
Banyak sangat perkara boleh kita muhasabah bersama, banyak sangat memori kita dapat bersama, paling penting, terlalu banyak tarbiyah Allah kirim untuk kita meneladaninya.


Dalam hatiku, Ya Allah, aku sangat bersyukur kepadaMu kerana mengurniakan adik ini kepada bumi Kuantan. Aku bermohon padaMu semoga dia mendapat ganjaran yang setimpal dengan niat dan perlakuannya. Aku juga bermohon semoga adik-adiknya mempunyai semangat seperti dia atau lebih hebat lagi. Semoga Islam terus subur di Kuantan dan tersebar ke seluruh Pahang. Amiiinn.

Teringat Allah s.w.t berfirman,

Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. 
 (Surah al-Insan; 76: 28)


Ingatan untuk diri dan di luar sana,.
Islam pasti akan menang. Jika kita tak melakukannya, ada orang lain yang akan melakukannya. Allah ada pengganti kalau kita tak buat kerja. Jika Allah tak pilih diri ini, astaghfirullah, wallahu'alam apa akan jadi. Pilihan atas kita, samada ingin menjadi sebahagian dari gelombang kebangkitan ataupun tidak.
Di akhirat kelak, pabila ditanya, "apa yang kamu lakukan untuk Islam?" Harapannya kita ada jawapan untuk itu.

p/s: Akak sayang adik, dan adik-adik semua..demi Allah.
.........................................................................................................................................................

Hari yang dinanti semakin tiba.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...