Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini ada seorang makcik datang jumpa mak bertanyakan ubat homoeopathy untuk anaknya.Anak yg baru berumur 3tahun setengah sudah lama mengidap tonsil.
Makcik : saya dah pergi klinik banyak kali sampai doktor sendiri larang untuk ambil antibiotik lagi.
Mak : ya, antibiotik bukan ubat. perubatan allopati tiada ubat.ia hanya melegakan sakit hanya untuk sementara.sakit itu akan datang lagi.
Makcik : saya setuju.lega sekejap je.nanti lepas 3-4 jam datang semula.Makcik sebenarnya tahu cikgu dari makcik mah.anaknya kan dulu sakit lama juga.Lepas itu,dia dah sihat.lama juga nak sembuh,kan? Tapi sekarang ok dah,tak sakit-sakit. Katanya,ambil ubat dari Dr.Mat.Ingatkan ubat dah takde sebab klinik dah takde.
Mak : (senyum) saya boleh tolong yang sakit biasa je macam demam,selesema,batuk.Yang kronik,kena tanya kawannya (kawan abah) dulu atau pergi ke kawan je.Kalau di sekolah, kawan-kawan minta ubat juga kalau sakit biasa ini. Aah, ubat ini ambil masa untuk sembuh, tapi alhamdulillah terus sembuh.
Makcik: itulah.saya pun tak suka nak ulang alik pergi klinik tapi ada juga sakit tersebut.
Mak : kalau allopati,ia tidak membawa kepada kesembuhan hanya merawat. Lagi pula, tidak mengapa ambil masa untuk sembuh daripada kita terus bergantung kepada ubat sepanjang hayat.
Makcik: (setuju) Dr (allopati) pun tidak galakkan sangat ambil ubat.
Mak : sebab dia pun tahu ada side effects.
Makcik: terima kasih ye cikgu.nasib baiklah dekat je kan.
Mak : Sama-sama.alhamdulillah.
----------------------------------------------------------------------------------------
Mak: angah,kalau bengkak,sakit,merah …belladona
Saya: (senyum) oh,alhamdulillah mak,semakin ramai orang sudah menyedari hakikat ini.Kebenaran pasti terserlah.
Mak: yup,insyaAllah. Alhamdulillah, abah tinggalkan kita dengan perubatan yang mengikut sunnatullah ini. (senyum dalm syahdu)
Saya: aah,mak..alhamdulillah.
-------------------------------------------------------------------------------
Abah, walaupun abah sudah pergi jauh,namun ilmu yang ditinggalkan sangat memberi manfaat kepada kami semua.Teringat kata-kata abah,
"angah,abah tiada duit untuk tinggalkan hanya ilmu sahaja yang dapat abah bagi"
Syukran Ya Allah,kerana Engkau mengurniakan kami seorang insan yang tidak akan ada gantinya,Abah..
No comments:
Post a Comment