Pages

Tuesday, September 30, 2014

K.A.M.I

Bismillahirrahmanirrahim

Jemaah,.   keperluan bagi setiap insan.
Jemaah .. kekuatan untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam.
Jemaah..  penting bila orang islam dimusuhi dan diperkotak-katik.
Jemaah..

Cuba  bayangkan satu lidi digunakan untuk menyapu lantai dewan seluas 50kaki*50 kaki, adakah lantai itu akan bersih? Mungkin bersih tapi mengambil masa yang sangat lama dan meletihkan.
Sekarang,bayangkan satu lidi tetapi dalam kuantiti yang banyak diikat bersama dan digunakan untuk menyapu lantai dewan yang sama, adakah ia mudah dan cepat?
Pasti semua setuju.

Satu lagi situasi, bayangkan seekor kambing biri-biri sedang leka meragut rumput di padang yang lapang dan luas. Dari kejauhan, terlihat seekor serigala mengintip dari jauh sambil menelan air liur dan matanya bersinar-sinar melihat kambing biri-biri yang gemuk,montel itu. Setelah berhati-hati melihat kiri dan kanan,serigala itu terus menerkam dan memakan kambing tersebut dengan lahapnya."wah,lazatnya".
Sekarang, bayangkan pula jika kambing biri-biri tadi leka meragut rumput di padang yang sama,rumput yang sama tetapi berada dalam kumpulan. Adakah serigala yang kelaparan berani menerkam kambing tersebut???
Pasti semua tahu jawapannya.
-------------------------------------------------------------------------

Dalam keadaan dunia dikatakan berada di hujung jari, semua orang tak kira tua muda,anak kecil,pedalaman,di bandar boleh mencari dan melihat segala apa yang berlaku di atas dunia ini. Dari bayi yang berada dalam rahim sehingga ke liang lahad, dari timur ke barat,utara ke selatan, segalanya boleh diakses dengan teknologi  canggih, terbaru dan terkini.

Remaja pula dikatakan seorang yang suka kepada cabaran, mencuba sesuatu yang baru, tidak tentu hala tuju hidup dan suka memberontak.

Jemaah, satu ikatan, satu badan yang terdiri daripada insan-insan biasa yang mempunyai impian luar biasa. Kekasih Allah,Rasulullah s.a.w juga berjemaah bersama sahabat-sahabat walau baginda dijamin Allah dari segi keselamatan, akhlak, agama.
Jemaah- keluarga, sahabat. Inniuhibullah (aku mencintaimu kerana Allah)
(jika memahami  nilai sebuah ukhwah,pasti kita takkan rela melepaskannya)

Dunia-remaja
 bagai magnet saling menarik antara satu sama lain. Jika bukan dunia yang diubah, pasti remaja itu yang berubah.
Jika baik, tak mengapa. Jika sebaliknya??

Jemaah-remaja-dunia
Jemaah menjaga remaja, remaja pasti memegang dunia.

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan ALlah), sama ada dalam keadaan ringan, (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggung-jawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (dalam membela Islam), yang demikian amat baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.                                                                                                                                                                                                                                                                                                       (At-Taubah : 41)



WE CAN CONQUER THE WORLD

"Audiologist,.naam toh suna hoga?”


Audiologist
Perkataan ini sangat jarang didengari khususnya orang Malaysia kita.

Bila ada yang bertanya, kerja apa?
Dengan senyuman, aku menjawab, “audiologist”
Pasti yang bertanya akan membalas,” apa tu?”
Meh tolong jawabkan.

Audiologist adalah seorang professional dalam barisan perubatan yang focus kepada pendengaran.
‘Audio’ –bunyi
Logy – belajar
Audiologist- orang yang belajar tentang pendengaran.

Ramai sangat yang belum maklum tentang audiologist kerana bidang ini memasuki Malaysia dan dimulakan bidang pengajiannya pada tahun 2001. Malaysia masih sangat muda berbanding Negara luar. Di dunia, audiologi telah bermula selepas perang dunia ke –II.  Pada masa itu, ramai tentera yang baru balik dari peperangan  mempunyai masalah pendengaran. Pastinya disebabkan oleh bunyi letupan yang SANGAT Kuat.


“owh, Doktor la kan?”
J
Bukan, audiologist atau dalam bahasa hospital, pegawai pemulihan perubatan (pendengaran). Depan nama kami, tiada pangkat Dr melainkan ambil pHD. Audiologist adalah seperti sayap kepada Dr untuk kes-kes berkaitan pendengaran.

Ini bezanya. 
 Jika Dr ENT (ear,nose and throat), mereka kendalikan kes penyakit telinga seperti jangkitan, gegendang telinga pecah, telinga masuk kumbang/kutu, banyak sangat tahi telinga, dan lain-lain. Audiologist pula kendalikan kes orang yang kurang pendengaran, pekerja yang sangat terdedah kepada bunyi yang sangat kuat, orang yang perlukan alat bantu dengar, dan lain-lain.

Mudah kan?
Dr- penyakit
Audiologist- pendengaran.

“ owh, audiologist ni macam Dr tapi bukan Dr la ye?”
“ hehe,  makcik……”


Saturday, September 20, 2014

SELAMAT KEMBALI BLOG!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ini harus dicoretkan. Hari ini aku berkesempatan menyertai KURSUS PENGURUSAN JENAZAH  yang dianjurkan oleh HELWA ABIM Pahang. Kursus ini sangat wajar diadakan kerana anak-anak muda sudah kurang pengetahuan tentang fardhu kifayah ini.
Jika ada kematian, pasti makcik-makcik yang tolong uruskan.
Jika jenazah itu badannya kus semangat, kesian makcik..

Banyak input hari ini.
Alhamdulillah.
Antara banyak-banyak input, aku msih terkesan dengan hadis,

Matinya anak adam itu, hapus semuanya kecuali 3 perkara;
1. ilmu yang bermanfaat
2. sedekah jariah
3. doa anak yang soleh

Allahu Akbar. 
Kubur kata mari, dunia kata pergi.
Mati itu tidak mengenal usia.
Mati itu pasti.
Mati motivasi terbaik untuk diri.

Pernah terdengar seseorang berkata, "orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati"
Betul, semestinya. Sebab dia sentiasa akan menilai, muhasabah diri untuk menjadi lebih baik. 

Blog ini mesti menjadi saham akhirat. Saham perkongsian. Bukti diri memberi sesuatu kepada dunia.
Berkongsilah apa sahaja kerana semua orang punya potensi, bakat, pengalaman, kenangan, buku dan macam-macam lagi.
Berkongsilah!

bismillahirrahmanirrahim..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...