Pages

Sunday, July 4, 2010

aku nak jadi apa??

Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini saya berada dalam dilema lagi.Selepas baca kisah-kisah org berjaya dan buku 7 Habits,terfkir-fikir,aku nak jadi apa sebenarnya?Apa matlamat hidup @ misi peribadiku sebenarnya?


Dalam hati memang tak mahu Audio.Bukan apa,tak dapat nak bayang audio ni keje macamane.Sebab kepakarannya seperti Dr.ENT..Kalau begitu,lebih bagus amik degree ENT,lagi mantap.(sekarang,saya sedang mencari lagi kelebihan sebagai Audiologist)


Antara Homoeopathy dan Audio,di mana aku?


Ia sangat merumitkan.tidak nampak jalan.Malam ni saya meluahkan perasaan pada mak


Saya: mak,angah taknak audio.taknak jadi audiologist
Mak: angah nak jadi apa sebenarnya?
Saya: Dr Homoeopathy.
Mak: angah kena juga teruskan belajar audio ni.
Saya: kenapa? kalau belajar homoeopathy di kolejnya,sama juga pembelajarannya.anatomy,physio..
Mak: angah,homoeophaty ni,dr allopathy menekan mereka sekarang di malaysia.selalu timbulkan isu dan tak mengiktiraf mereka.Jalan berliku dan berduri sebenarnya.Sekarang baru ada dengar tentang fakulti homoeopathy yang akan dibuka di USM.
Cuba angah tengok pengamal perubatan homoeopathy,ada dalam kalangan meraka adalah dr allopathy,.mereka ada kerjaya yang kukuh.
Saya: (dalam hati)kalau begitu,homoepathy tak boleh dijadikan profesion.ia sebagai option.Maksud    mak,angah jadi audiologist + homoeopathy(pilihan perubatan untuk diri dan keluarga~org lain juga.

teringat kata-kata abah,"berpengetahuanlah dalam semua perkara dan jadilah pakar dalam satu perkara"
begitu lama abah meluahkan kata-kata ini,hari ini saya terasa maksud disebaliknya.

Ya Allah,hari ini terlalu banyak pengajaran dan hikmah yang Kau berikan kepadaku.


Masa lapangku yang banyak rupa-rupanya memuhasabahkan diriku untuk berfikir tentang misi peribadiku,mendekatkan diri kepada ALLAH untuk memilih jalan yang patut diambil,memberi peluang aku menambah ilmu dengan membaca buku.
(7 Habits of Influence people,12 wanita tauladan dunia akhirat, 9Nyawa,readers digest)

Ya Allah,segala perkara,perbuatan,masa dan sebagainya tidak akan jadi sia-sia bagi orang yang berfikir dan berusaha untuk menjadi lebih baik.
Hebatnya ciptaanMu,ALLAH Yang Maha Hebat..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...