Pages

Sunday, July 4, 2010

berjaya..gembira

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari yang tidak dinanti-nantikan menjelang tiba.lagi 5 hari saya akan pulang ke tempat belajar.Suatu perkara yang agak berat untuk dilakukan tatkala 'memberatkan' diri di rumah.
'comfort zone to combat zone'
Positifkan minda..
Saya teringat satu kata-kata,
Ayatnya mudah tapi mendalam maksudnya.Keep moving forward! (teringat cerita meet the robinson :)

Saya mahu berjaya!saya pilih untuk berjaya!
Jika tidak memburu kejayaan,apa sebenarnya makna kehidupan?
Jika tidak memburu kebahagiaan, apa sebenarnya makna kehidupan?

Saidina Ali k.w pernah berkata,
Orang yang hari ini lebih teruk dari semalam adalah orang yang celaka,
Orang yang hari ini sama seperti hari semalam adalah orang yang rugi,
Orang yang hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang beruntung.

Semasa azan berkumandang juga,diseru seluruh umat manusia, 'haiiya a'lal falah', bermaksud mari menuju kejayaan.
ALLAH s.w.t juga suka dan menggalakkan hambaNya memburu kejayaan/kurnia.
'apabila solat telah dilaksanakan,maka bertebaranlahkamu di bumi;carilah kurnia ALLAH dan ingatlah ALLAH banyak-banyak agar kamu beruntung'(surah al-jumu'ah:10)

jadi,ikhlaskan diri,bulatkan tekad untuk laksanakan tanggungjawab sebagai anak,pelajar,hamba dan khalifah..
(walaubagaimanapun, ada hikmahnya berhibernasi di rumah jika kita berbakti pada mak dan keluarga.:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...