Pages

Monday, June 21, 2010

impak maksima.

Saya takut,gerun,tak boleh duduk diam..

Ya Allah,banyak perkara yang difikirkan.takut kerana tidak tahu apa jawapan yang ingin diberi tatkala berhadapan denganMU nanti..
Ya Allah,saya sangat takut dengan soalanMU tentang tanggungjawabku.sangat takut.
Mesti lakukan sesuatu.mesti..
Ya Allah,Engkau Maha Hebat.
Angah takut dengan apa di dunia ini?kata-kata orang,tolakan orang,?apa?.tiada apa yang perlu ditakutkan kerana janji Allah itu pasti.

"wahai orang-orang yang beriman! jika kamu membantu (agama) Allah,niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."(surah muhammad;7 )

Angah mesti yakin itu.
Jangan melihat perkara yang angah tak dapat kawal.lihat perkara yang angah boleh kawal.
Diri sendiri.

Angah,hanya diri sendiri dapat membantu diri sendiri.walau ada orang mendesak angah melakukan sesuatu, diri angah yang akan membuat plihan.Tiada siapa yang boleh mempengaruhi angah sebab diri angah akan dengar kata diri angah sendiri.

Angah,Allah telah amanahkan kita untuk berdakwah,mengajak orang melakukan kebaikan,melarang orang melakukan kejahatan, jadi gunakan potensi diri semaksimum mungkin untuk realisasikan amanah itu kerana Allah pasti akan tanya.

Angah ingat kisah seekor burung,pada zaman Nabi Ibrahim a.s?

Setelah Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api sebesar gunung,ada seekor burung melihat kejadian itu,lalu ia terbang menceduk air menggunakan paruhnya dengan niat membantu Nabi Ibrahim a.s. Haiwan-haiwan lain mentertawakannya.
"wahai burung kecil,apakah boleh air kau yang sedikit itu memadamkan api yang sebesar gunung itu?..hahaha"
Lalu burung itu menjawab,"ini yang aku mampu buat untuk nabi Allah s.w.t. Aku tahu air ini tidak akan boleh memadamkan api itu, tapi ini adalah jawapan tanggungjawabku di hadapan Allah s.w.t nanti".

Angah lihatlah,seekor burung yang kecil mempunyai semangat yang kuat menjalankan amanahnya.

'You are as big as your dream'

Angah,kuatkan semangat,teguhkan hati,mantapkan iman.
Angah sudah ada wadah,maka gunakan ia sebaik mungkin untuk cita-cita dan amanah angah.

AllahuAkbar!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...