Pages

Thursday, July 29, 2010

still searching..

bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini PBL(22/7/2010).Kes yang kami dapat berkaitan dengan Di-George syndrome..Pelbagai penyiasatan(investigation) yang doktor laksanakan ke atas pesakit yang berumur baru 6 bulan.Dari segi ujian fizikal,immunologi,mikrobiologi,simtom-simtomnya amat dahsyat sehinggakan instructor PBL kami ngeri untuk membayangkannya. Saya juga sampai terfikir adakah bayi itu boleh selamat?Kawan-kawan juga begitu.Ditambah lagi dengan perubatan moden sekarang,saya dapat rasakn penyakit ini tidak akan ada ubat.Hanya rawatan dan bayi itu perlu bergantung kepada ubat seumur hidupnya. Betapa seksanya hidup seperti itu.Lagi pula,penyakit tersebut adalah dari lahir lagi(congenital defect).



Dalam membincangkan PBL,neuron-neuron di dalam otak saya berhubung satu sama lain memikirkan adakah perubatan moden sekarang adalah relevan atau tidak iaitu,perubatan yang menjadikan penyakit sebagai perkara utama bukan pesakit itu sendiri. Merawat sahaja tetapi tidak mengubati sehinggakan pesakit perlu berulang-alik ke hospital untuk mengambil ubat.Malahan,pelbagai ujian dijalankan ke atas pesakit tetapi kesimpulan terakhir oleh para doktor adalah 'tidak tahu','ini penyakit pelik',menambahkan lagi kekusutan dengan nama-nama penyakit yang lebih hebat(advance) dan sebagainya.


Sudahnya,tiada jawapan lagi untuk persoalan saya.


Setelah itu,saya menapak ke bilik instructor saya,bertanyakan pendapatnya tentang perubatan moden yang digunakan secara meluas sekarang di hospital,klinik dan dimana-mana. Bagaimana perubatan yang dikatakan moden tidak dapat memberikan ubat yang dapat membantu pesakit mengurangkan kesakitannya,malahan menambahkan lagi penyakit yang tiada sebelum ini,tetapi setelah makan ubat,penyakit lain pula datang(side effect).Contohnya,penyakit 3 serangkai,mula-mula darah tinggi,kemudian kencing manis dan sakit jantung.Akhir sekali,pergi tak kembali.Betapa kroniknya penyelewengan yang berlaku di dalam perubatan moden sayangnya ramai yang tidak mengetahui atau tidak sedar akan hal ini.


Instructor saya berpendapat,semua orang adalah unik,malahan dalam sekecil-kecil perkara mereka tidak akan sama seperti cap jari.Betul,semua orang adalah unik,tetapi mengapa doktor ingin memberikan ubat berdasarkan penyakit,bukan pesakit?.Tambahan lagi,instructor memberitahu bahawa kita perlu menjaga cara hidup kita kerana Islam juga mengajar umatnya dengan pencegahan.Misalnya,kes zina.."jangan kamu mendekati zina",bukannya "jangan kamu berzina".Betapa Islam memberitahu bahawa jagalah,cegahlah diri dari perkara-perkara buruk.Betul,tetapi bagaimana pula dengan orang yang telah terjebak dalam perkara tersebut?Contohnya,orang yang menghadapi kencing manis atau kanser.Pasti kita perlu membantu mereka kerana pencegahan telah terlewat. Walaubagaimanapun, ada satu pendapat instructor yang melegakan hati saya bahawa persoalan yang satu utarakan bukan satu perkara yang asing lagi.Alhamdulillah.Ini kerana dalam bidang farmaseutikal sekarang,mereka dalam keadaan tension atau stress kerana, ubat untuk penyakit yang sama diberikan kepada individu yang berlainan, tetapi pesakit memberikan respon yang berbeza iaitu ada yang sihat dan ada yang tidak. Jadi,mereka telah membawa usul ubat berdasarkan pesakit(patient-based).Ya,itulah yang sepatutnya. Ubat mengikut pesakit bukan pesakit yang mengikut ubat dan ubat yang serasi serta mengikut sunnatullah itulah yang akan menyembuhkan pesakit itu.


Ini kerana setiap orang adalah unik,tahap keimunan yang berbeza dan paling penting setiap manusia mempunyai respon yang berbeza walau dalam keadaan yang sama.Inilah salah satu asas HOMOEOPATHY. :)


4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. If I'm not mistaken, Prophet Muhammad SAW mentioned in the hadith; "Every disease has its cure except death and as-sam.."

    In Al-Quran, Allah told us that honey is the remedy for all kinds of diseases..
    "...Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia...." (16:69)

    Thus, I strongly believe that honey is one of the BEST answer to the still-unknown medicine for those 'weird' diseases and that's why the disease comes after its remedy.. The remedy is already there, the honey..

    It's not that I'm against homeopathy, I would rather say and wondering why not and what if the modern medicines combine with those alternative one including homeopathy plus the honey but with some modification here and there of course.. Since most of the modern medicine will have the side effects.. and for homeopathy if possible, reduce the homeopathic aggravation... Who knows??

    After all, this is just based on my humble opinion...

    ReplyDelete
  3. yup,totally agree with you..Allah create this world only for us,human being.and we must appreciate it.there are lots of example out there,we just
    'look around,think and think because there are signs for those who seek for knowledge'..

    furthermore,all the medecine's branch should complement each other but in reality,it totally different.some condemn the other..

    tq for such critical opinion..i appreciate and love it:)

    ReplyDelete
  4. madu...i'll find it..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...