Pages

Wednesday, July 21, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ini saya belajar tentang immunology.Satu subjek yang saya sangat suka kerana dapat melihat betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t,dari segi penyusunan,interaksi,kecekapan dan pembelajaran yang berlaku dalam diri kita. Kata Dr.Arifin,diri kita diibaratkan seperti sebuah Negara yang pasti mempunyai kelengkapan pertahanan.Terlalu hebat ciptaan Allah menjadikan tiga pertahanan untuk diri kita.Yang pertama adalah kulit atau epidermis iaitu bahagian paling luar.Yang kedua adalah……..dan yang ketiga adalah…

Dalam kelas tadi,saya kurang dapat memberikan perhatian kerana fikiran saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa apabila musuh atau pun penyakit datang,kita@ perubatan moden menggunakan ubat dari luar untuk mempertahankan diri kita sedang kan kita sendiri telah mempunyai pertahanan badan yang sangat hebat.Kenapa tidak menguatkan sahaja pertahanan tersebut?kenapa perlu orang luar???

Saya bertukar pandangan denagn Dr.Arifin selepas habis pembelajaran.Katanya,bidang immunology ini baru diteroka dalam tahun 70-an.Jadi tidak ramai lagi yang terdedah dengan mekanisme perubatan moden.Nampak sangat perubatan menjadi satu perniagaan kerana apabila seseorang mengambil ubat,mereka hanya lega untuk seketika dan akan dapat pelbagai lagi penyakit yang datang menyebabkan meraka datang dan terus datang ke hospital.Boleh dikatakan,sekali kena penyakit,berkali-kali ke hospital tapi penyakit semakin banyak,,Astaghfirullah..

Penggunaan antibiotic penicillin telah bermula sejak perang dunia ke-2 dimana ramai tentera telah mengalami pelbagai jangkitan dan hidapan.Setelah mereka disuntik antibiotic tersebut,mereka sembuh,sehinggakan doctor pada waktu itu mengatakan “our war against germs is over”.Dr.Arifin berkata lagi,sekarang penicillin sudah tidak digunakan lagi sekarang kerana bacteria sudah lali dengan antibiotic tersebut.Jika difikirkan,secara tidak langsung, pembuatan dan penggunaan antibiotic sebenarnya menghasilkan atau mengajar bacteria menjadi lebih kuat dan bijak.Tetapi,mengapa perubatan sekarang MASIH menyuntik antibiotic???

Lagi pula,perubatan sekarang hanya merawat simtom bukan akar permasalahan atau punca penyakit.Sudah terang lagi bersuluh apabila ubat dihasilkan,doctor terus membentangkan kesan sampingan ubat tersebut.Disebut ubat tetapi istilah perubatan ialah DRUG.OMG!!!

Pertahanan diri kita juga bijak kerana setiap kali musuh (virus atau bacteria) datang,mereka akan mengingati musuh itu,dan dengan mudah mereka akan menangkap musuh jika ia datang untuk kali kedua.Jadi kenapa tidak kita menguatkan sistem pertahanan badan,iaitu merangsang antibodi melawan sendiri antigen?Cara itu lebih halus dan mengikut sunnatullah..Contohnya,kita ingin membantu kawan melawan perasaan takut bercakap di khalayak,jadi kita memberi semangat dan tip-tip berguna untuk diaplikasikan,bukan sebaliknya.

Sebagai kesimpulannya,perubatan moden sekarang ...........(fikirkan bersama) wallua'alam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...