Pages

Thursday, November 10, 2011

Perkongsian larut malam

Bismillahirrahmanirrahim

Larut malam begini, aku terpanggil untuk menulis. Tidak tahu bagaimana ingin memulakan kerana tidak tahu apa yang hendak ditulis dan dikongsi.
Nah! Tidak tahu.apa maknanya?
Tiba-tiba ayat sendiri memukul empunya diri. Tidak tahu bermaksud jahil. Adus! Adakah aku seorang jahil? Astaghfirullah al-'azim.
Fikir dan zikir-2 perkara yang berbeza tapi saling berkaitan.
(buku ini belum kubaca,sedangkan amat besar nilainya untuk seorang bernama insan. insyaAllah, letakkan dalam 'senarai perkara yang mesti dibuat')

Fikir,fikir,apa yang hendak dikongsi?
Kenangan? Ilmu? Luahan perasaan? Cerita?
Eureka!!
Siang tadi, aku menonton American Got Talent 2011 di youtube.com dan pemenangnya adalah seorang lelaki (gelandangan sebelum ini aku kira) bernama Landau Eugene Murphy Jr. menjadi  seorang penyanyi yang punya vokal seperti Elvis Presley tatkala menyanyikan lagu My Way.

kisah yang memberi semangat

Subhanallah.kata-kata ini sahaja aku ungkapkan kerana hebatnya aturan Allah untuk hambaNya. HambaNya yang tidak beriman dan bertaqwa kepadaNya tapi Dia tetap Maha Pemurah, merancang perjalanan hidup seorang manusia dari tiada apa-apa kepada apa (baca: from nobody to somebody). Allah punya ceritera tersendiri untuk setiap makhlukNya, hanya kita sebagai hambaNya perlu fikir dan memahami setiap intipati dalam ceritera tersebut kerana terkandung beribu malah berjuta hikmah disebaliknya.

Berbalik kepada Landau, aku berasa sangat kerdil jika dibandingkan dengannya kerana dia telah melakukan sesuatu dalam hidupnya tapi aku masih di hadapan laptop melihat kejayaannya dan orang lain. Malunya! Apatah lagi jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat, ustaz-ustazah, jutawan, pejuang Islam dan Rasulullah s.a.w. Malunya!!!!

 Pelikkan, kesedaran tentang perlunya berbuat sesuatu untuk diri dan umat ini sering datang dan pergi. Tatkala bersama kawan-kawan, wah, dialah wira! Tapi tatkala bersendirian, pertarungan dalam diri sering terjadi dan keputusan awal selalunya berpihak kepada diri yang mahukan keselesaan, tiada pening-pening berfikir. Pelik memang pelik. Tapi dalam keadaan sebegitu,syukur,  iman masih ada, tarbiyah masih ada dan Allah tetap ada. Akhirnya, diri yang tahu tentang tanggungjawab dan erti hidup  menang kerana diri sebegini dekat dengan kebenaran dan dekat dengan Tuhan.
Alhamdulillah, hidup masih terpimpin.

Akhir kata, lihatlah dunia ini, ambil ibrahnya dan renung kembali diri dan katakan dengan kuat apa yang kita inginkan dalam hidup ini. (lebih bagus jika disenaraikan dan tampal dan tengok setiap hari)
Yakinlah, sesungguhnya apa yang kita katakan adalah satu doa dan insyaAllah, alam juga mendoakan kita.  Amiiinn.

p/s: sekarang, mulakan solat istikharah bagi yang belum mula dan teruskan. Allah lebih tahu pilihan terbaik untuk kita berbanding diri sendiri :) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...