Pages

Sunday, November 27, 2011

Hikmah di sebalik TJ

  Bismillahirrahmanirrahim

     Segala puji bagi Allah s.w.t, pemilik seluruh alam, dan selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Subhanallah, dalam kita tidak sedar, Allah s.w.t mengatur kehidupan kita lebih baik dari yang kita jangka. Kita sangka ia adalah masalah, tapi rupanya ia mempunyai kelebihan, manfaat bagi  orang yang berfikir.

Hikmah di sebalik TJ

Pada mulanya, kem pemantapan daie muda akan diadakan dahulu pada awal sem ini dan program susulan akan diatur selepas itu. Tapi rupanya, Allah Taala Pengatur terbaik! Alhamdulillah, kem ini aka Tamrin Jundi (TJ) telah selesai dilaksanakan pada hari semalam (25-27hb November 2011) di Pusat Koku. Jarak masa antara perancangan dan pelaksanaan sangat jauh berbeza dan banyak perkara berlaku dalam jangka waktu tersebut. Facilitator Squad Training 1 & 2.0 (FST 1 & 2.0) telah diadakan dahulu, kemudian perjumpaan setiap hari Rabu di musolla KOP, usrah perindu setiap hari Isnin, program-program sekolah FaciTeam, Family Day dn sebagainya . Allah s.w.t mengatur perjalanan kita sebaiknya, di mana Allah rupa-rupanya ingin memberikan pengenalan bertahap kepada adik-adik yang baru ingin mengenali dunia dakwah. 

      Perkara mengenai siapa diri kita yang sebenar, konsep Hamba & Khalifah, isu yang berlaku di sekeliling, peranan diri sendiri dalam membentuk masyarakat yang beradab dan sebagainya, diatur Allah isi dan penyampaiannya dalam usaha FaciTeam dan PKPIM Kuantan. Subhanallah. Penyertaan yang membanggakan untuk TJ kali ini menunjukkan bahawa kesedaran mereka tentang perkara ini semakin mendalam  dan  kesediaan mereka untuk bersama-sama berjuang di jalan yang bukan semua orang pilih. Hanya manusia pilihan Allah sahaja yang berada dan terus berada dalam jalan ini. InsyaAllah.

Pesanan untuk diri dan sahabat

Wahai sahabat yang sudah lama berada di landasan ini, sentiasalah muhasabah diri dan istiqamah kerana kita masih tidak tahu pada masa akan datang adakah kita masih menjadi pilihan Allah ataupun tidak. Sesungguhnya hati ini berbolak-balik dan ujian terus-menerus diberi kepada kita untuk menentukan siapa yang beriman kepadaNya.

 "patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "kami beriman" sedangkan mereka tidak diuji (dengan suatu cubaan)."
(al-ankabut :2)

Lagi pula, Allah juga berfirman bahawasanya Islam pasti tegak atas muka bumi ini, samada kita ada ataupun tidak, kerana jika kita mengundur diri, pengganti kita tetap ada. MasyaAllah, Astaghfirullah.

"Dan Tuhanmu Maha Kaya, lagi Melimpah-limpah rahmatNya. Jika Ia kehendaki, nescaya Ia binasakan kamu dan menggantikan sesudah (binasanya) kamu dengan sesiapa yang dikehendakiNya, sebagaimana Ia telah menjadikan kamu dari keturunan kaum yang lain.(133)
Sesungguhnya apa yang dijanjikan kepada kamu (hari kiamat dan balasannya) tetap akan datang, dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan itu) (134)
(al-an'am :133-134)
(ayat ini sangat menyentak hati bagaikan kena pukul. Subhanallah) 

Wahai para daie, ketahuilah bahawasanya dakwah adalah sunnah terbesar Rasulullah s.a.w kepada umatnya. Wadah untuk berjuang sangat banyak, pilihlah mana yang sesuai dan terus istiqamah! Ini adalah kuncinya. Tarbiyyah; Sedia belajar, mengajar dan diajar; timba sebanyak mungkin ilmu; dan ikatan ukhwah sangat perlu disemat dalam hati dan teruskan perjuangan! Allahuakbar!

Tahniah kepada semua.Subhanallah walhamdulillah, wallahuakbar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...