Pages

Tuesday, December 7, 2010

1st test

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini dalam sejarah.saya ambil ujian jpj kereta(D). Ujian terbahagi kepada;
Bhgn 11 & Bhgn 111.
Bhgn 11 merangkumi bukit,parking dan 3 pointer. Bukit,cubaan pertama tak sampai garisan kuning.
Jadi, percubaan kedua,.tapi hanya 50% tayar dalam garisan kuning. PJPJ beritahu jika start engine dan undur, maka gagal. Saya cuba sedaya upaya, praktiskan apa yang cikgu ajar dan….ALHAMDULILLAH,lepas.
Seterusnya, parking dan 3 pointer,EXCELLENT.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, Bhgn 111 iaitu jalan raya.  Selawat banyak-banyak,Bismillah banyak2, sebelum mula, wajib membetulkan 5 perkara asas ; tempat duduk, side & front mirror,pakai tali pinggang keledar, lampu kecemasan & isyarat kiri kanan dan bebas gear.

Dan perjalanan bermula. Saya bawa dengan berhati-hati, sampai tempat berhenti di simpang jalan, saya tarik handbreak dan free gear/bebas gear. Kemudian, saya beri isyarat kiri dan tengok kiri kanan sebelum membelok. Malangnya, belokan saya memasuki laluan utama. PJPJ tegur, "uisy, belok macam bawa lori". Gulp!

Saya melalui jalan sekolah dengan hadlaju 30km/j.Wah,bagai kura-kura jika dibandingkan dengan Waja Campro :P. Kemudian, PJPJ menyuruh saya melalui laluan B. Alhamdulillah,saya suka sebab laluan ini tidak berapa sibuk.
Kemudian, saya ingin menukar laluan dari kiri ke kanan untuk membelok di simpang. Saya melihat di side mirror ada kereta di belakang atau tidak.Waaa,banyak kereta! Bila nak tukar laluan ni? Sudah beri isyarat awal tapi bila ni? Saya mengagak untuk tukar laluan selepas kereta laju di laluan kanan, dan berhenti di persimpangan.

Tiba-tiba, PJPJ berkata,"awak tukar laluan masa double line.GSM! ( Gagal serta merta) dan awak sedar tak boleh jadi kemalangan tadi?". Aaaa,.tidak saya sedari perkara itu. PJPJ kata, "buat U-turn depan sekolah maahad."  Jadi, saya menunggu untuk melintas. Pada waktu itu, ada kereta dan van dari arah bertentangan. Bagi saya, masih selamat untuk melintas.  Jadi, saya melintas dan membuat U-turn di hadapan sekolah. Lagi sekali, saya dikatakan memandu secara berbahaya. 

Semasa saya ingin memasuki jalan utama di sebelah kiri, ada kereta di laluan utama. Saya sedar kereta itu tapi saya ambil jalan tepi. Masih, dikatakan bahaya. Adussss,. Akhirnya, saya pulang ke IM dengan pelbagai perasaan. Sampai sahaja di IM, saya jumpa cikgu Mahir dengan menunjukkan catatan PJPJ. Cikgu pun cakap," bagi signal awal". Bila tengok semula catatan PJPJ, saya tidak periksa gear free @ x. kesalahan lagi..

Sedih2,. Tapi dalam masa yang sama, bersyukur gagal sebab suasana di jalan tadi, itulah kali pertama mengalaminya, dengan banyak kereta, tak pasti bila nak tukar laluan dan paling seronok (aik,ble plak,huhu) ULANGAN.Grrr.!!!! Sejujurnya, tak seronok sangat sebab saya sudah tiada masa sebab akan pulang ke UIA ahad ni.

Takpelah, ada hikmah disebaliknya. Maksudnya, saya belum mahir (walaupun belajar dengan cikgu bernama Mahir :P) untuk mengawal stereng dan jarak.
Pesanan kepada diri, do the best for the next! Because U CAN DO IT! :)

1st test GAGAL.. 
(cuba teka, berapa banyak kesalahan saya?)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...