Pages

Wednesday, December 29, 2010

SIAPA SAYA?

Bismillahirrahmanirrahim

Dimana harus bermula?


Terlalu banyak yang ingin dicapai dan terlalu banyak yang tak terjangkau pabila umur menginjak ke remaja/dewasa.

Terlalu banyak fikiran-fikiran yang datang untuk berbuat sesuatu dalam hidup ini.

-------------------------------------

Adakah mahu fokus dengan pelajaran?

Atau

Adakah mahu fokus bisnes?

Atau

Adakah mahu go with the flow?

Atau

Atau

Waaa,banyaknye nak capai…tapi,

Adakah mahu JADI ORANG YANG BERMANFAAT?

Manfaat kepada diri,keluarga,kawan@ sahabat,masyarakat , agama. Allah sudah kurniakan anugerah seperti tangan,kaki, mulut untuk diri. Tapi, adakah untuk diri sendiri sahaja??

Pasti tidak. Pasti untuk dikongsikan. Amat yakin tentang itu.

Orang yang bermanfaat pasti tahu potensi, bakat dirinya.

Jadi, saya pun ingin tahu potensi diri saya tapi bagaimana untuk ketahuinya???

Saya ingin berkongsi apa yang saya dapat dari Inducton HEALS.

Menurut penceramah,Br Azif kita sebenarnya hebat bila kita tahu asal keturunan kita. Maksudnya

 SALAHSILAH KELUARGA.


Yup,darah nenek moyang kita mengalir dari satu keturunan ke keturunan sehingga sampai kepada mak dan abah kita kemudian, jadilah seorang 'kita'.

Fuh, bayangkan keturunan sebelah abah mempunyai darah raja-raja, pendekar, ulama dan sebagainya. Kemudian sebelah mak mempunyai darah orang yang tabah, tekad, tak pernah putus asa dan sebagainya.

CUBA BAYANGKAN bagaimana anak mereka yang lahir itu. Betapa hebatnya dia bila kedua-dua darah keturunan bergabung.Anak tersebut pasti menjadi SEORANG YANG HEBAT & MANTAP.

-pendekar-berani,kuat,pantang berundur

-ulama-kuat agama, taqarrub dengan Allah

-tabah- hadapi segala rintangan dengan tenang dan sentiasa mencari hikmah

-tak pernah putus asa- pasti mencapai kejayaan

Subhanallah,

Dalam Al-Quran, Allah menyuruh kita untuk memerhatikan ciptaan-ciptaanNYA. Tak jauh, tak susah pun. Cuma memerhati diri sendiri(manusia), sudah terlalu banyak sebab untuk kita bersyukur dengan sebenar-benar syukur kepadaNya.

Subhanallah..

Bila kita kenal diri, kita kenal Allah..kerana kita datang dariNya.

Ayuh, mulakan langkah dengan mengenali salahsilah keluarga dengan bertanya mak,abah,atok,nenek,pak cik-makcik,mak andak dan sebagainya.

Bila kita tahu salasilah, kita tahu potensi diri.

Bila kita tahu potensi diri, kita yakin kita boleh capai impian kita.

Tiada siapa akan memperlekehkan kita (termasuk diri sendiri) kerana kita tahu,

Sungguh,Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

(at-tin:4)

WE ARE THE BEST CREATION.

2 comments:

  1. Wah, got something new here! Know ur own salasilah keluarga to know ur potential... A simple logic yet never come across to my mind! Thanx for sharing!

    ReplyDelete
  2. yeah right!
    the speaker..what a tremendous performance.
    let's try this.

    my name is afifah bt mat asin b che lah b jusoh b ali b awang b..

    hehe

    the speaker can remember his moyang moyang moyang.fuh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...