Saya selalu tertanya-tanya kenapa ada juga penyakit yang tiada ubat.Perkara ini sentiasa diberitahu oleh doctor perubatan kepada masyarakat.Malahan di dalam banyak filem juga,ramai ‘doktor’ yang tidak dapat membantu hero dan heroinnya apabila mereka mengalami penyakit.Sedangkan Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya.Allah s.w.t juga telah berfirman tentang turunnya penawar dahulu barulah penyakit. Kadang-kadang saya jadi keliru tentang pernyataan yang kontra ini.Bagaimana seorang doctor lebih mengetahui tentang ‘tiada ubat’ sedangkan ALLAH s.w.t telah mengatakan sebaliknya.
Penyakit-penyakit yang selalu dikatakan tiada ubat adalah asma,kanser,hiv,aids,dan banyak lagi. Jika diabetis pula,alamatnya hilanglah anggota badan yang semakin rosak itu kerana jawpan terakhir,”pakcik,kaki ni kena potong takut melarat ke bahagian lain"..Mengapa tidak dikatakan ubat belum ditemui lagi atau mungkin doctor mengesyorkan pesakit pergi ke perubatan-perubatan pilihan lain.malangnya,realiti tidak berlaku.
Masyarakat pula percaya kata-kata doktor mereka kerana telah meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadanya.Walhal,di luar sana setahu saya banyak lagi perubatan lain yang mungkin lebih hebat atau sebaliknya.Setelah berfikir dan berbincang, saya dapat nyatakan bahawa masyarakat sebenarnya tidak didedahkan dengan perubatan alternatif dengan kata lain terdidik.Ada juga yang mengetahui tentangnya, malahan mungkin saudara sendiri yang belajar dan mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif,mereka menolaknya kerana salah anggap,menjustifikasi penyataan dari orang-orang yang tiada autoriti dan takut untuk untuk mencuba.
(penyakit)
(akupuntur)
(bekam)
(modern medicine)
(homoeopathy)
.
Semuanya bermula dari keyakinan dan kepercayaan.Jadilah orang yang berfikira terbuka dan berjiwa besar kerana dengan itu pintu-pintu peluang akan terbuka luas untuk kita menerokai apa di dalamnya.
wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment