Pages

Wednesday, June 22, 2011

AMANAH

Bismillahirrahmanirrahim.

 " kalau kita turun ke masyarakat, baru kita tahu banyak sangat perkara yang kita boleh buat untuk membantu umat dan kalau difikirkan, sampai tak menang tangan."


Kebanyakan manusia mengelak dari melalui  jalan yang dilalui  oleh Rasulullah s.a.w. jalan dakwah.Jalan itu berduri, penuh dengan onak, kepedihan, kesakitan dan macam-macam ujian lagi. Mereka lebih suka berada dalam suasana selesa dan berhibur sahaja.
 tapi dalam kebanyakan manusia, ada juga segelintir yang sanggup melalui jalan tersebut. Mereka meninggalkan keluarga, keselesaan untuk berada dalam jalan ini. Bagi mereka, kesibukan dan kepayahan adalah rehat manakala keselesaan pula menjadi  keresahan.

Apakah sebenarnya yang menjadi dorongan, motivasi untuk mereka memilih jalan yang penuh duri berbanding jalan yang padangnya menghijau terbentang luas?
Setelah beberapa tahun saya memerhati, mendengar,merasai, pelbagai jawapan diberi tapi semuanya mengarah kepada satu jawapan sahaja.
 AMANAH.
Satu tugas telah diberi kepada umat manusia sejak azali lagi oleh Maha Pencipta, iaitu menjadi khalifah untuk mentadbir  bumi ini, mengajak kepada ma'aruf dan mencegah kemungkaran.

Golongan ini sedar akan amanah ini, dan saya pernah membaca satu kata-kata oleh seorang pejuang Palestin di satu iklan.

"kami di sini telah menginfakkan diri dan tidak takut kerana kami sedang mengadakan perniagaan dengan Maha Pencipta."

Subhanallah.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (61:10)


Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (61:11)


(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar (61:12)


Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman (61:13)

Subhanallah, pada ayat ke 13, Allah bakar lagi semangat golongan ini dengan janji pertolongan dan kemenangan itu pasti dan cepat waktunya.

Thursday, June 2, 2011

Kenangan itu..


Bismillahirrahmanirrahim,

Lagu ini, membangkitkan nostalgia masa kecil saya yang sedang mengaji di Iqra' 3.
Teringat lagi, buku iqra' berwarna hijau, belajar mengaji merangkak-rangkak lagi..:)
Pada masa itu, tidak mungkin saya putus asa untuk mengaji sebab along sudah mula memasuki al-Quran.( xleh jadi ni!, kena lawan)
Selepas habis mengaji, saya membelek buku kecil itu, kemudian di muka surat terakhir tertulis,.


AMAL APA( Lagu : Sedang apa )

Amal apa. Amal apa,
yang disukai Allah
Bersholatlah, bersholatlah, tepat pada waktunya
Apa lagi, apa lagi, yang disukai Allah
Berbaktilah, berbaktilah pada ibu dan ayah
Apa lagi, apa lagi yang disukai Allah
Sholawatlah, sholawatlah pada Nabi Muhammad
Apa lagi, apa lagi yang disukai Allah
Berjuanglah, berjuanglah, berjuang di jalan Allah

Saya: abah, ni apa ni?
Abah : ni lagu ni.
Saya: camane nk nyanyi?
Abah : cmni…

Kemudian,.

Abah mengajar saya menyanyi, kami menyanyi bersama-sama. Alangkah indahnya kenangan itu.

Pabila sudah besar, adik kecil saya menunjukkan semula lirik  lagu ini. Dan kami menyanyi bersama-sama.

 (Ya Allah, ampunilah dosaku dan keluargaku. Kau masukkanlah abah ke dalam syurga Firdaus dan semoga abah bersama dengan kekasihMu dan jua kekasih kami, Rasulullah s.a.w)..amiiinnn.

Thursday, May 26, 2011

Sarawak..


Bismillahirrahmanirrahim,
SARAWAK..here I come!!!
But, now,.i'm back..
 Alhmadulillah, seronoknya sekali -sekala dapat melancong ke tempat orang.lagi pula, ini adalah pertama kali ke sana. Paling mengujakan, pengalaman pertama naik kapal terbang. Subhanallah, bila berada di langit biru, daratan di bawah kecil sahaja. Subhanallah, rasa kerdil sangat diri ini.




Di dalam hati sebenarnya, rasa serba-salah untuk melancong kerana sebelum ini, jika saya ke tempat orang mesti mengikuti program-program, atau lebih mudah, pergi ke suatu tempat dengan tujuan. Tetapi, ini adalah kali pertama saya pergi sendiri, dengan tanggungan sendiri tanpa mengikuti program.
Rasa pelik juga perasaan ini kerana bagi saya, melancong bukan kerja jahat pun. Setelah duduk sendirian, berfikir, apa tujuan saya ke sana, tiba-tiba saya teringat sepotong ayat al-Quran,.

 ‘Jelajahilah bumi ini kemudian lihatlah bagaimana akibat orang yang mendustakan (kebenaran)”
 (surah al-an'am: 11).

Ya, di sini saya sudah jumpa dalilnya. Alhamdulillah. Hilang terus rasa pelik, janggal, serba-salah. Lihatlah bukti, memang al-Quran ini adalah penawar segala penyakit (kes ini : penyakit hati). Syukur, syukur.
Pengajaran di sini, bila kita menjelajahi bumi, segala ciptaan Allah terpampang di hadapan mata. Jadi, pengalaman, pengetahuan kita semakin luas. Dan apabila apa yang kita lihat dapat meningkatkan iman, di situlah datangnya kemanisan, MENGENAL ALLAH.


Saya teringin untuk berkongsi kisah- kisah menarik sepanjang perjalanan saya ke Sarawak-Bumi Kenyalang.  Perkara paling mengagumkan saya ialah kemesraan penduduk di Sarawak. Saya lihat kawan saya ( as our tour guide, huhu) jika dia bertanyakan sesuatu kepada, waitress ke, pump attendant ke, orang yang jual di gerai ke, mereka berborak macam sudah kenal lama,tapi hakikatnya tak pernah kenal pun. Mereka seperti satu keluarga besar yang tinggal di rumah besar-Sarawak (lebih fokus, Kuching)
Silalah ke Sarawak..

Lagi, tiada perkataan yang dapat diucap melainkan Subhanallah, Ya Allah bila melihat pemandangan di Sarawak. Gagahnya Gunung Santubong, Serapi dan Matang menjadi figura keindahan Sarawak. Pandanglah walau di mana, kita dapat lihat gunung-gunung ini sebab tanah di Kuching rata, jadi gunung tersebut tidak ditutupi oleh bukit--bukit lain. Pemandangan yang paling melekat dalam minda adalah di atas bukit di Dewan Bandaraya Kuching, pustaka negeri, pantai Damai, cultural village. Subhanallah..


Seronoknya ke sarawak bila saya dapat menghadiri usrah PERKEPIS. Tenaga perjuangan dari mereka seakan menyerap ke dalam diri saya yang sudah lama tidak dicas. Segala apa yang disampaikan dalam usrah seakan menegur dan mengingatkan saya tentang amanah yang sedang dipikul.
Innallahama'ana. Allah sentiasa bersamaku.
Bila kita lupa akanNYA, DIA sentiasa mengingati kita dengan menyampaikan rindu itu dalam apa jua cara sekalipun.

Akhir sekali, sama sekali tidak menyesal walau duit banyak dikeluarkan kerana harga sebuah pengalaman tidak ternilai.
Terima  kasih kepada Allah s.w.t, dan kawan-kawanku Ruzanna, Huda dan Aqilah.  











subhanallah





taman rekreasi di pustaka negeri
(my dream comes true..padang menghijau)
pasar Satok



kuching



di telaga air..pic shot, please!

Gunung Santubong dan Serapi

Sunday, May 15, 2011

Send message!

Bismillahirrahmanirrahim

Kerja= jarak x masa
Sekarang sudah berada di rumah.
 bilas baju, memasak, kemas rumah..
Jika ikut teori di atas, adakah sedang melakukan kerja?
Bilas baju: hanya pergerakan tangan tanpa jarak
Memasak: pergerakan tangan juga.
Kemas rumah: pergerakan seluruh badan (boleh dikatakan kerja)
Tetapi, kenapa bilas baju dan memasak boleh terasa penat?mengah..
Kalau bukan kerja, nak panggil apa?

Sudah masuk minggu ketiga berada di rumah, apa yang sudah dilakukan?
Teringat petikan dari cerita Adolf Hitler: The Rise of Evil,
"The only thing necessary for the triumph of evils for good men to do nothing"
                                                                                                           (Edmund Burke)

Good men: orang baik.
Jadi apa kaitan orang baik dengan  the triumph of evils?
Yup, di situlah datangnya,
"sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga-syurga yang penuh kenikmatan,"
                                                                                                              (Luqman:8)
Beriman-mengerjakan kebajikan
Kombinasi yang cukup menarik dan mempunyai yang sangat mendalam.
Banyak lagi ayat-ayat Allah yang mengatakan tentang kombinasi ini. Carilah.
Al-baqarah: 25, 82;Ali imran:57 dan banyak lagi.

Maksudnya, kita mesti jadi Good men-orang baik. Tetapi baik sahaja tidak cukup, kita perlu ajak orang jadi baik. Kebajikan bukan hanya material sahaja, tetapi kata-kata, semangat, dorongan, motivasi juga kebajikan bila kita dapat meringankan beban orang yang dalam kesusahan/ kesesatan/keserabutan/kepeningan. (kata kunci: ajak orang jadi baik)

Cuba perhatikan firman Allah,
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia; kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur) serta kamu pula beriman kepada Allah dengan benar-benar iman………
                                                                                                                                          (Ali imran:110)


Allah sudah beri cara untuk jadi bukan sahaja baik, tetapi TERBAIK. Bagaimana?
menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (yakni kufur).
Bila kita duduk sahaja di rumah, buat kerja rumah, layan cerita, dengar lagu,kerja dengan niat nak kumpul duit dan sebagainya (maksudnya, ambil tahu tentang diri sahaja)
Maka itulah ia,
 The triumph of Evil..kesesatan akan berleluasa dalam masyarakat.
Orang Islam salahfaham tentang agama, orang bukan Islam lagi la tak faham tentang Islam kerana orang baik tidak menyampaikan apa yang dia tahu, ilmu yang benar.

Tidak dinafikan, bagus menjadi orang yang baik, anak yang baik tapi alangkah lebih bagus bila kita meletakkan azam untuk berbakti kepada masyarakat, berdoa semoga ditunjukkan jalan untuk melakukan kebajikan, dan berusaha mencari peluang yang ada. Carilah.jangan terperuk di rumah sahaja.
Pasti ada.Pasti ada.
Contoh: menyerahkan diri kepada program-program untuk membina umat.menghadiri kuliyah/seminar, mesej kata-kata di fb(sekurang-kurangnya ad yg dpt sesuatu), menunjukkan contoh yang baik di tempat kerja (ingat,kita adalah Duta Islam!) dan sebagainya.

Sampai di sini sahaja.wallahu'alam..
p/s: pesanan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang sedang bercuti. :)

Wednesday, April 20, 2011

TIME

Bismillahirrahmanirrahim
It's been too long I abandon my 'little world'. It just like I'll never come back.
Yea.
My reality has too much to do or me myself don't like to write anymore?
NO NO.. I'll keep the spirit of writing when it comes and I'll make sure it would never end. insyaAllah.

Today, I like to challenge myself to write in English since it is my dream to become the expert :)
So, today's topic is about TIME.

All human get 24 hours a day. Equally, no one get less or more.
When we think about it, sometimes we feel like it's not enough, "wow, very fast" and so on.
But sometimes, we feel it's very long and as slow as snail and so on.
Why we feel both?
Why  we don't even feel enough?
Why? Why? Why?
Because we don't use our time wisely. That's it.
If we can manage our time, like make a draft of schedule/timetable, we'll feel that 24 hours is as enough as it is.
Allah is Perfect, right?
And
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran"
(Al-'Ansr:1-4)

 Here an example of schedule.

morning
evening
night
16/4
 -wash clothes
-study
-recite Quran


17/4


*meeting 
18/4



19/4
 -class


20/4



21/4


 *meeting
22/4




You can do when you say "I CAN DO IT!"
You will manage your time when you feel that Allah is watching every step of yours.
You will plan your life when you know THE PURPOSE OF OUR LIFE.
Like a small hero in Home Alone say, "LIFE'S TOO SHORT" :)

So, arrange it wisely, plan it critically and the most important is,.
 Put first things first.(aulawiyat)
Fill your schedule with beneficial and important tasks, so that NO LAGHO, hehe.(unbeneficial tasks)

Trigger your mind.., between movie and go to majlis ilmu, which is the best??

HAPPY HOLIDAY TO ME & FRIENDS!!!

4 months for vacation, fill up your schedule NOW.
Later, Allah will ask "what did you do in when you are shabab (pemuda)? 

Wednesday, March 2, 2011

kisah pengembara

Bismillahirrahmanirrahim

Di saat kita sibuk, kadangkala kita lupa Kekasih kita
Disaat kita gembira, kadangkala kita alpa tentang Kekasih kita
tetapi
Disaat kita sedih, pada Kekasih kita meminta

Lumrah manusia merasakan diri bertuhan
Sejauh mana kita pergi
Setinggi mana kita mendaki
Secepat mana kita berlari
Pasti kita akan berhenti sejenak ,
Ya Allah, hanya kepada Engkau aku berserah
Hanya kepada Engkau aku meminta pertolongan..

Allah tiupkan RohNya ke dalam tanah liat yang berbentuk, maka hiduplah kita
Allah mengajar kita ilmu, maka berpengetahuanlah kita
Allah memberi kita alam, maka bergembiralah kita

Subhanallah..

Kita berusaha dan terus berusaha mengejar impian
Kadang-kadang kita jatuh
Kadang-kadang kita putus asa
Kadang-kadang kita tak mampu
tapi
Allah tetap ada, bersama kita
Allah tetap makbulkan doa kita
Cepat atau lambat
Pasti makbulkan.  (al-baqarah:186)

Subhanallah..

p/s: tonton dan ambil ibrahnya :)



Tuesday, March 1, 2011

untukmu sahabat

Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga 
meski pun kini kita terpisah demi kasih-Nya 
namun cebisan kenangan kita 
sentiasa bermain di bayangan mata 
detik waktu yg berlalu 
menjadi memori kau dan aku
sewaktu kita bersama saling setia menimba ilmu 
tanpa mengeal erti penat jemu 
igatkah kau lagi 
kita bersama memijak onak duri 
ditanah gersang mengutip semangat suci 
kini segalanya tersurat dalam sanubari
bersabarlah dengan ketetentuan-Nya 
ada rahmat yg tersembunyi 
bertemu berpisah kerana Allah 
lumrah kehidupan insan beriman 
moga saat nan indah 
ku harap berulang lagi



.........ya Allah, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNYA.........


TOGETHER WE CONQUER THE WORLD

aminn..aminn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...