Pages

Wednesday, June 22, 2011

AMANAH

Bismillahirrahmanirrahim.

 " kalau kita turun ke masyarakat, baru kita tahu banyak sangat perkara yang kita boleh buat untuk membantu umat dan kalau difikirkan, sampai tak menang tangan."


Kebanyakan manusia mengelak dari melalui  jalan yang dilalui  oleh Rasulullah s.a.w. jalan dakwah.Jalan itu berduri, penuh dengan onak, kepedihan, kesakitan dan macam-macam ujian lagi. Mereka lebih suka berada dalam suasana selesa dan berhibur sahaja.
 tapi dalam kebanyakan manusia, ada juga segelintir yang sanggup melalui jalan tersebut. Mereka meninggalkan keluarga, keselesaan untuk berada dalam jalan ini. Bagi mereka, kesibukan dan kepayahan adalah rehat manakala keselesaan pula menjadi  keresahan.

Apakah sebenarnya yang menjadi dorongan, motivasi untuk mereka memilih jalan yang penuh duri berbanding jalan yang padangnya menghijau terbentang luas?
Setelah beberapa tahun saya memerhati, mendengar,merasai, pelbagai jawapan diberi tapi semuanya mengarah kepada satu jawapan sahaja.
 AMANAH.
Satu tugas telah diberi kepada umat manusia sejak azali lagi oleh Maha Pencipta, iaitu menjadi khalifah untuk mentadbir  bumi ini, mengajak kepada ma'aruf dan mencegah kemungkaran.

Golongan ini sedar akan amanah ini, dan saya pernah membaca satu kata-kata oleh seorang pejuang Palestin di satu iklan.

"kami di sini telah menginfakkan diri dan tidak takut kerana kami sedang mengadakan perniagaan dengan Maha Pencipta."

Subhanallah.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (61:10)


Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (61:11)


(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar (61:12)


Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman (61:13)

Subhanallah, pada ayat ke 13, Allah bakar lagi semangat golongan ini dengan janji pertolongan dan kemenangan itu pasti dan cepat waktunya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...