Pages

Wednesday, November 5, 2014

Sabah bah! (bahagian 1)

Hari  1 [ 031114]




bismillahirrrahmanirrahim
perjalanan pertama kali dalam  hidup ke negeri di bawah bayu. fuh,subhanallah,.teruja tidak dapat dikata. lagi pula niat ingin berjumpa dengan sahabat gembira menangis,berduka di sana.
awak tunggu saya ye :-)

trip kali ini sebenarnya sudah dirancang setahun lepas bersama geng 'jalan-jalan'. tiket kapal sudah ditempah awal, cadangnya Air Asia 'everyone can fly', pergi dan pulang.
alhamdulillah,lega hati, langkah 1 sudah selesai.

beberapa bulan berlalu.
musim berubah.
semua orang punya cerita masing-masing, terutama dunia kerja,dunia Audiologi.😅
aku juga.
sebelum ini, Audiologist di syarikat alat bantu dengar,lebih kurang setahun. walau sudah habis cuti tahunan, hanya kerana kawan-kawanku dan semangat berjalan meluap-luap, aku mesti minta cuti juga. (potong le gaji, takpe lah). duit simpanan pun dah ada.
tup-tup, bulan 7, muncul di emel tawaran bekerja di tempat lain.alhamdulillah..
erk,itu bermakna aku orang baru, dan orang baru takde cuti tahunan lagi selama 3 bulan. serba salah untuk minta cuti datang melanda, al  maklum.
plan 4 hari, tapi aku kuatkan hati minta 2 hari. 2 hari pun dah dup dap.integriti tu.  syukur alhamdulillah dapat cuti.

tapi 'burn' tiket pergi KK dengan airasia sebab cuti bermula hari ahad-selasa. (rancang dengan kawan-kawan bermula khamis- selasa).
alahai..
macamana nak kejar flight airasia dari kuantan?
fikir punya fikir, bincang punya bincang, hanya 1 jalan yang ada...naik MAS!
RM356 harga..ehem.
.......…................
Impian jadi kenyataan.




dulu aku pernah nyatakan, aku naik MAS. aku nak naik MAS.
alhamdulillah, perjalanan ke sabah dibawa oleh 'burung' putih biru.
kuantan-kuala lumpur (klia) - kota kinabalu.
Seronok tak terkata untuk pengalaman pertama kali.
siap ada tv lagi, tempat duduk pun luas,sedia makanan pula tu (untuk perjalanan melebihi 60 minit).
i feel good!! :-)

terima kasih MAS.














naik MAS 8000 kaki dari paras laut
naik MAS 14800 kaki dari paras laut..

song: zac brown band

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...