Pages

Saturday, September 12, 2009

Syukran sohibati...

Assalamualaikum..
Pada kali ini,..saya ingin berkongsi kata2 dr sahabat2 yang sentiasa ingatkan diri ini...


Kadang-kadang hati merintih derita, jiwa menangis sedih, akal mengeluh letih.Namun hakikat hidup takkan berubah, yang perlu diubah adalah diri yang menghadapinya.Hati memilih jalan, akal memulakan langkah & iman meluruskan arah, moga kasih ALLAH bersamamu…AMIIIIIN….
-is-

Dua jiwa saling mencinta,tidak akan memerlukan tafsir,y ad adlh ungkapan kerinduan dan rasa.Barangsiapa merasa akan memahami,barangsiapa memahami akan menghayati.Bagaiman kau akan mampu memaknakan rasa kasih dan cintamu jika tatkalakau berhadapan dengan kekasihmu,kau seakan jauh, ketika Dia memandangmu kau selalu berpaling dan ketika Dia menemuimu kau acuhkepadaNYA.,padahal kekasihmu selalu melihatmu, memperhatikanmu, di mana pn,,bila pun kita berada.moga kita sama-sama dapat mencintai ALLAH sepenuhnya..
-k.islah

Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman
-k.atirah-

Yakin pada ALLAH bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan…yakin pada ALLAH adalah meletakkan keREDHAanNYA,.rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, disitu air mata menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka..indahnya tarbiyah ALLAH, tersirat rahmat & hikmah..diuji kita sebagai tanda kasih sayangNYA.
-arafah-

…ALLAH menguji keikhlasan bila bersendirian.ALLAH member kedewasaan bila ada masalah. ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan..ALLAH tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikan dengan lebih baik…
-farahin-

Yang dicari walau bukan putera raja,biarlah putera agama…yang diimpi biarlah xpunya rupa,asal sedap dipandang mata,.yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani ,sempurna hati..yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat…yang dating, x perlu rijal yang gemilang, kerana saya srikandi silam..yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia & yg akan terjadi, andai x sama kehendak hati, saya redha ketetapan ILAHI, itulah kehendak sejak azali…
-huda-


Kata Hassan Al-Basri: Aku tahu rezekiku takkan diambil orang,oleh itu hatiku tenang.Aku tahu amalku tak dilakukan orang, oleh itu aku sibukkan diri dengan bekerja dan beramal. Aku tahu ALLAH selalu melihatku, jadi aku malu kerana melakukan maksiat aku tahu kematian akan menantiku. Aku persiapkan bekalan untuk bertemu RABBku..
-k.ct-

Kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingati sepanjang zaman,ingatlah aku selagi kau mampu..Jika pula masa mendatang memisahkan keakraban yang telah bertahun terbina, ukirlah secebis “tentang aku” di hatimu. Agar nanti tika bersua kau masih mengingati siapa diriku..
-pqah-

Ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan daripada melihatmu gembira dalam kelalaian, ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan daripada melihat tawamu dalam pengkhianatan, ku bangga andai dikau syahid dalam perjuangan berbandingmati dalam kesenangan moga mulialah kita bersama ajaran Islam.”
JIWA dan HARTA orang mukmin itu dibeli dengan ganjaran SYURGA
.. -aisyah iman-


Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan, seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan,sesaat bersedih kerana redha ALLAH adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya dari kilauan segunung permata,.sesuci hati kerana cinta Ilahi,itulah hakikat cinta abadi..
-pqah-

Ya ALLAH, sentuhlah hati sahabatku..saat dia jauh dariMU,peluklah hatinya saat dia mencintai sesiapa lebih dariMu.,pelihara imannya selalu..jadikan dia hambayang banyak berdoa, beristighfar,menangis dihadapanMu, agar diberi kekuatan dan kesabaran kerana setiap sesuatu itu dating dariMu..
-k.akma-

Ya ALLAH, tatkala bahang MahsyarMu menjilat tubuh,izinkan kami sama-sama berteduh.Tatkala mizanMu teliti mengira,beratkan neracanya atas setiap jasa. Naungi kami di sana, berkat kasih keranaMu semata, andaiku layak menapak ke syurgaMu, kuminta sahabatku ini bersama-samaku..Amin Ya Rabbal Alamin…
-Nadirah-

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...