Pages

Saturday, September 12, 2009

layakkah aku?

LAYAKKAH AKU????
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menulis artikel ini dengan jayanya setelah bertungkus-limus meyakinkan diri bahawa ‘Aku boleh!!!’.
Sangat-sangat berterima kasih kepada sahabatku Ana kerana menyuntik semangatku untuk menulis..
Ana berkata,”Fifah tulis mesti best”..
Hanya dengan 4 patah perkataan ini,saya kuatkan hati..
Benar kata Rasulullah..”Jika kamu ingin mengenali seseorang,maka lihatlah sahabatnya.”
Syukran ana..;)
Kepada sesiapa yang bergelar sahabat,ketahuilah bahawa setiap patah katamu boleh menjadi penguat semangat atau pembunuh kepada sahabatmu..fikir-fikirkan..
Ok,kita berbalik kepada topic,.artikel ini mengisahkan dilemma saya dan sahabat-sahabat semasa menjadi pimpinan di asasi UIAM.Telah menjadi lumrah setiap pimpinan(pendapat saya) bahawa soalan “layakkah aku untuk jawatan ini?” sentiasa bermain-main di fikiran saban hari,saban waktu.Persoalan ini juga sentiasa menjadi topik perbincangan antara kami kerana selalu memikirkan ketidakupayaan diri untuk menggalas amanah yang telah disyuro’kan oleh pimpinan lepas.Terlalu banyak yang perlu dipelajari sekaligus kami perlu melaksanakan perancangan yang telah disusun pada awal teno.Dengan kekurangan ilmu,kekurangan tarbiyah,kekurangan segalanya kalau nak kata,ia menjadikan persoalan tersebut kadangkala melemahkan semangat kami untuk meneruskan amanah yand telah diberi.
Malahan pula,dengan kata-kata pedas dan menyindir dari beberapa orang lebih menyakitkan hati dan sampai ada sahabat yang putus asa dan menangis..
Walaubagaimanapun, alhamdulillah berkat ukhwah fillah sahabat sekepala,berfikiran positif,dan menganggap kata-kata dari orang lain sebagai satu cabaran, dalam teno kami(seingat saya) tiada yang letak jawatan atas alasan “layakkah aku?”…Alhamdulillah..
Jadi, setelah melalui liku-liku dan pengalaman yang berharga ini,ia amat mematangkan saya dan membuatkan saya berfikir semula. Persoalan “layakkah aku?” sebenar-benarnya layakkah kita untuk bertanya terhadap diri sendiri atau mengajukan kepada sesiapa?
Cuba renungkan dan fikirkan…
…………………………..
“Layakkah aku?”
“Kenapa aku tak layak?”
Setelah saya menginjak umur ke 2 dekad, saya berfikir, walau tak layak macam mana pun kita,sebenarnya kita perlu melayakkan diri untuk sesuatu.Apabila kita sudah dewasa,terlalu banyak komitmen yang akan kita hadapi.Pada waktu itu,adakah kita akan bertanya pada diri,”layakkah aku?”.
Kita ambil contoh,.mahu membeli insurans sedangkan kita tiada ilmu tentang itu.Adakah kita akan meminta orang lain untuk membeli insurans untuk kita?
Sudah tentu tidak,bukan?Sebab nak guna insurans adalah kita,bukan orang lain.Disitulah kita perlu melayakkan diri kita untuk keadaan itu.
Lagi pula, kita sebenarnya tak layak bertanya “layakkah aku?” kerana ALLAH s.w.t telah mengiktiraf kelayakan kita dengan menjadikan kita khalifah di muka bumi bertuah ini.Apabila difikir-fikirkan,sebenarnya kita telah menghina ALLAH dengan penyataan tersebut.ALLAH,tuhan kita,pencipta kita,telah iktiraf ciptaanNYA sebagai sebaik-baik kejadian,.macamana kita sebagai ciptaanNYA boleh bertanyakan soalan tersebut??..tak patut kan?
………..
Menurut cikgu PLKN saya,semua orang ada pendapat masing-masing dan pendapat tak betul tak salah.Semua orang boleh memberi pendapat asalkan ia tidak melanggar syariat..
AKhir kalam, pesan saya kepada sesiapa yang akan/sedang menjadi pemimpin,ketahuilah bakat yang kamu ada sebenarnya kamu tidak tahu potensinya setakat mana,hanya ALLAH MAHA MENGETAHUI.Jadi,janganlah dipersoalkan “layakkah aku?” kerana sudah terang lagi bersuluh bahawasanya anda MEMANG LAYAK…
Wallahu’alam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...