Pages

Sunday, November 14, 2010

kebenaran itu....

bismillahirrahmanirrahim...


kebenaran itu berlapis-lapis..

abah selalu mengulang kata-kata ini dalam kereta. Abah selalu menceritakan tentang keadaan dunia dan sentiasa mengaitkannya dengan kata-kata ini..
teman-temanku,..apa sebenarnya yang ingin diperkatakan oleh abah?
sejak bergelar undergraduate student, banyak  yang saya lalui dan banyak pendapat yang saya dengar tentang suatu perkara. bagi saya, kata-kata abah sangat tepat apabila saya menilai dan menaakul perkara-perkara yang saya dengar.
orang ini berkata ini, orang itu berkata itu..bagi mereka, apa yang mereka perkatakan itulah kebenaran...
yup,semua orang mempunyai kebenaran sendiri..begitu juga saya..
tapi kenapa abah kata, ia berlapis-lapis?..bukan berbahagi-bahagi, bukan bulatan,.bukan yang lain2?
fikir...


fikir lagi...



fikir dan fikir...



akhirnya,..eureka!!!!

ia berlapis-lapis sebab dalam suatu kebenaran ada lagi kebenaran yang lebih tepat.ada lagi yang lebih jitu..ada lagi yang lebih benar :)...(pening x,huhu..)
yes, jadi bagaimana nak tahu kebenaran ini yang paling benar?

cari dan terus cari

kita nilai ia dengan mata hati..nilai ia dengan Islam..nilai dengan bertanya adakah ia mengikut sunnatullah?
(ini kebenaran bg diri saya,..anda pula bagaimana?)









AKU,HEALS &...(II)

............continue.....
Bismillahirrahmanirrahim (30/10/2010)
Dalam perjalanan ke kelas PBL, saya menelefon mak untuk bertanya khabar dan ingin berkongsi perasaan saya bersamanya.Oh Mak,sangat merinduimu. Saya menceritakan keadaan saya menerima panggilan dari committee dan apa yang saya fikir,rasa dan sebagainya. Sebelum ini,saya sudah menjangkakan apa yang mak akan cakap dan nasihat, tapi ternyata agakan itu salah sama sekali. Oh mak, kau amat memahamiku. Mak memberi kata-kata positif , "ini adalah satu pengalaman dan peluang. Mak dulu pun pernah jadi exco. Jika seandainya angah terpilih, ingatlah Allah tahu kemampuan angah sebab dalam firmannya,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya….(Al-Baqarah:286)

Ya Allah,langsung tidak teringat kata-kata Allah ini. Syukran jiddan mak ingatkan angah.Sayang mak.
InsyaAllah, angah redha dan yakin Allah lebih tau mana yang terbaik untuk hambanya melebihi hambaNya sendiri.

Wednesday, November 10, 2010

AKU, HEALS &......

Bismillahirrahmanirrahim.
hari ini terasa nak berkongsi pengalaman yang tidak disangka-sangka dalam hidup saya dengan semua.
Ia bermula pada ......

Bismillahirrahmanirrahim(29/9/2010)


Ya Allah, Engkau Maha Berkuasa atas sesuatu. Apakah hikmah disebalik pencalonan ini?..Apakah hikmahnya sehingga aku memberi jawapan yang sangat lambat kepada committee?..kenapa aku tidak dapat berfikir dengan baik? Kenapa aku yang terpilih?.siapa yang melihatku? Ya Allah, hatiku berbelah bahagi untuk menerima pencalonan ini..penolakan ku lebih kuat dari penerimaan..Ya Allah, bantulah aku menjadi orang yang redha dengan ketentuan ini..bantulah aku untuk membuat keputusan yang tepat dalam setiap apa yang diberikan.bantulah aku menjadi seorang yang tabah dalam menerima segala dugaan.bantulah aku supaya tidak kalah di mata manusia, tapi kalah hanya di hadapanMU.Ya Allah,Engkau penentu segala sesuatu. Engkau yang memiliki diriku.Engkau yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..Ya Allah, aku ingin menjadi seorang yang sentiasa menjadikan redhaMu sebagai perkara utama dalam setiap sesuatu.Aku mahu menjadi lebih baik dari semalam.


Engkau juga pernah berkata kepadaku, "boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal ia baik bagimu".(Al-Baqarah:216)


Please Allah, kuatkan hatiku menerima segala keputusanMU.Mungkin ada hikmah berita ini sampai tatkala aku menghafaz ayat-ayat suciMu.Tatkala hati kecilku berasa ditusuk sebelum panggilan masuk. Tatkala malam yang tidak disangka-sangka dengan berita yang tidak disangka-sangka.


Ya Allah, pasti ada hikmah.pasti..Aku yakin denganMu.Aku yakin denganMu.Aku yakin denganMu..


Allah…Allah…Allah…aku redha...
--------------------------------------------------------------------------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...