Audiologist
Perkataan ini sangat jarang didengari khususnya orang
Malaysia kita.
Bila ada yang bertanya, kerja apa?
Dengan senyuman, aku menjawab, “audiologist”
Pasti yang bertanya akan membalas,” apa tu?”
Meh tolong jawabkan.
Audiologist adalah seorang professional dalam barisan
perubatan yang focus kepada pendengaran.
‘Audio’ –bunyi
Logy – belajar
Audiologist- orang yang belajar tentang pendengaran.
Ramai sangat yang belum maklum tentang audiologist kerana
bidang ini memasuki Malaysia dan dimulakan bidang pengajiannya pada tahun 2001.
Malaysia masih sangat muda berbanding Negara luar. Di dunia, audiologi telah
bermula selepas perang dunia ke –II. Pada
masa itu, ramai tentera yang baru balik dari peperangan mempunyai masalah pendengaran. Pastinya
disebabkan oleh bunyi letupan yang SANGAT Kuat.
“owh, Doktor la kan?”
J
Bukan, audiologist atau dalam bahasa hospital, pegawai
pemulihan perubatan (pendengaran). Depan nama kami, tiada pangkat Dr melainkan
ambil pHD. Audiologist adalah seperti sayap kepada Dr untuk kes-kes berkaitan
pendengaran.
Ini bezanya.
Jika Dr
ENT (ear,nose and throat), mereka kendalikan kes penyakit telinga seperti
jangkitan, gegendang telinga pecah, telinga masuk kumbang/kutu, banyak sangat
tahi telinga, dan lain-lain. Audiologist pula kendalikan kes orang yang kurang
pendengaran, pekerja yang sangat terdedah kepada bunyi yang sangat kuat, orang
yang perlukan alat bantu dengar, dan lain-lain.
Mudah kan?
Dr- penyakit
Audiologist- pendengaran.
“ owh, audiologist ni macam Dr tapi bukan Dr la ye?”
“ hehe, makcik……”
No comments:
Post a Comment