Pages

Monday, September 9, 2013

Kebaikan itu masih ada...

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu lepas, diri ini bermusafir ke shah alam dengan tujuan menghadiri Majlis Persidangan Tahunan PKPIM kali ke-52 di UNISEL.

Di tempat duduk perhentian bas Shah Alam, aku keseorangan menunggu sahabat seperjuangan menjemputku. Sudah jatuh, ditimpa tangga. Inilah musafir kali pertama yang handphone dan jam tanganku tidak bersama. Waduh, perjalanan yang sangat jauh, memakan masa hampir 5 jam dipenuhi dengan muhasabah 'kenapa dan mengapa'. ( Pengajaran: rancang masa anda dan datang awal ke perhentian bas)

Selingan: teringat cerita Hindustan, Ishk, Amir Khan pesan kepada Ajay Devgan, ada 3 perkara yang perlu dikejar dan kena cepat. 1) Bas, 2) Keretapi, 3)......(nak tau, tengoklah cerita ye)

 Sampainya di sana, terus aku mencari pondok telefon. Ini sudah berat, pondok ada tapi telefon tiada. Apa harus dibuat? Aku perlu menelefon rumah untuk mendapatkan nombor telefon sahabat. Mencari-cari dalam malam kelam.
Ketahuilah wahai kerajaanku, telefon awam masih relevan di saat-saat kritikal sebegini. Wahai rakyat negeriku, marilah bersama-sama memelihara harta awam ini. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bulat manusia kerana muafakat.
 Alhamdulillah, nasibku baik, masih ada telefon awam. Fuh, lega.

Tunggu dan terus tunggu. Hampir setengah jam, "rasanya Unisel tak jauh sangat, tapi mana?" Al-maklum, sahabat tidak dapat menghubungiku melainkan aku menghubunginya.
Waduh, rupa-rupanya dia juga menungguku selama setengah jam tapi aku tidak muncul-muncul. Semestinya, dia menunggu di KTM Shah Alam sedangkan aku di Terminal Bas Shah Alam. wakaka~ (gelak dalam duka)

Malam semakin gelap.
Ada seorang makcik di sebelahku bersama keluarganya menghantar anaknya menaiki bas ke Utara. "Makcik, maaf, sudah jam berapa?" Aku berbasa basi dengan makcik, tanya dari mana, tunggu siapa, sudah sampai belum, nak ke mana. ( Di saat ini, dalam kepala penuh dengan cerita-cerita bertemakan " Don't talk to strangers". Memang rasa gerun, tapi tawakal menjadi kekuatan.)

Kawan sudah ke KTM dan perlu segera ke tempat lain, bagaimana harusku ke destinasi?
Tidak semena-mena, "Nak, kalau kawan tak dapat ambil, tak pelah, meh makcik hantar ke sana" Subhanallah, Alhamdulillah, zikir yang tidak putus-putus dalam hati. Nak menangis pun ada.
Sampai juga...

Hebatkan perancangan Allah,.di sebalik hujan, ada matahari.

kisahnya di sini..
# Special dedication to Makcik Atikah dan keluarga yang tinggal di Shah Alam, kebaikanmu akan daku kenang sampai bila-bila. Semoga Allah membalasnya,..amiiinn :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...