Pages

Monday, January 3, 2011

2nd test and...

Bismillahirrahmanirrahim

15/12/2010,
tarikh keramat menentukan saya berjaya atau tidak.
tarikh penting saya belajar banyak perkara
tarikh yang saya akan ingati sampai bila-bila

apa ye?

SAYA AMBIL ULANGAN KERETA...yeeeahaa.

pada awl pagi lagi,saya,mak dan along bertolak ke IM semata-mata tidak mahu lambat dan bersesak.
saya amik nombor giliran dan  Nah! 1st person..berdebar hanya Allah yang tahu. Betapa sesaknya rasa.tapi cuba cool. 


Pada hari sebelumnya, saya belajar kereta untuk memstikan saya mengingati perkara-perkara penting. Saya belajar dengan Cikgu Mahir lagi.Best2..pelbagai topik kami kongsi,.dari kereta impian, bola, rumah impian, sehingga impian sebenar. seronok borak dengan cikgu. tidaklah tertekan semasa belajar. :)
saya pusing laluan A & B berulang kali sampai naik bosan. Tapi kebosanan itulah yang memberi erti tidak patah semangat dan perjuangan harus diteruskan. GO GO GO.

Hari ujian, cikgu dan beberapa pelajar duduk berdekatan saya menunggu giliran. Kami menunggu sangat lama kerana petugas JPJ hanya ada 3 orang dan tiba sangat lambat. Dari jam 9 sehingga jam11, baru 3 orang mengambil ujian kereta. (pengajaran di sini, walaupun kita orang meLAYU, jangan buat janji melayu. SILA TEPATI MASA)

tibalah masa.
saya dapat PJPJ yang dulu."awak kan yang ambil ujian dengan saya minggu lepas?" wah, dia cam saya. Itu menunjukkan kesalahan saya pada ujjian pertama adalah serius :P.
tapi tak mengapa. Saya ingat pesanan cikgu Mahir,saya ikut segala pelajaran yang diberi.saya bawa kereta dengan berhati-hati.

2ND TEST and....ALHAMDULILLAH

I DID IT!!!
 Cikgu Mahir(kanan) & Viva

JASAMU DIKENANG..

TQ  ALLAH 
tq mom
tq cikgu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...