Pages

Monday, September 9, 2013

Kebaikan itu masih ada...

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu lepas, diri ini bermusafir ke shah alam dengan tujuan menghadiri Majlis Persidangan Tahunan PKPIM kali ke-52 di UNISEL.

Di tempat duduk perhentian bas Shah Alam, aku keseorangan menunggu sahabat seperjuangan menjemputku. Sudah jatuh, ditimpa tangga. Inilah musafir kali pertama yang handphone dan jam tanganku tidak bersama. Waduh, perjalanan yang sangat jauh, memakan masa hampir 5 jam dipenuhi dengan muhasabah 'kenapa dan mengapa'. ( Pengajaran: rancang masa anda dan datang awal ke perhentian bas)

Selingan: teringat cerita Hindustan, Ishk, Amir Khan pesan kepada Ajay Devgan, ada 3 perkara yang perlu dikejar dan kena cepat. 1) Bas, 2) Keretapi, 3)......(nak tau, tengoklah cerita ye)

 Sampainya di sana, terus aku mencari pondok telefon. Ini sudah berat, pondok ada tapi telefon tiada. Apa harus dibuat? Aku perlu menelefon rumah untuk mendapatkan nombor telefon sahabat. Mencari-cari dalam malam kelam.
Ketahuilah wahai kerajaanku, telefon awam masih relevan di saat-saat kritikal sebegini. Wahai rakyat negeriku, marilah bersama-sama memelihara harta awam ini. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bulat manusia kerana muafakat.
 Alhamdulillah, nasibku baik, masih ada telefon awam. Fuh, lega.

Tunggu dan terus tunggu. Hampir setengah jam, "rasanya Unisel tak jauh sangat, tapi mana?" Al-maklum, sahabat tidak dapat menghubungiku melainkan aku menghubunginya.
Waduh, rupa-rupanya dia juga menungguku selama setengah jam tapi aku tidak muncul-muncul. Semestinya, dia menunggu di KTM Shah Alam sedangkan aku di Terminal Bas Shah Alam. wakaka~ (gelak dalam duka)

Malam semakin gelap.
Ada seorang makcik di sebelahku bersama keluarganya menghantar anaknya menaiki bas ke Utara. "Makcik, maaf, sudah jam berapa?" Aku berbasa basi dengan makcik, tanya dari mana, tunggu siapa, sudah sampai belum, nak ke mana. ( Di saat ini, dalam kepala penuh dengan cerita-cerita bertemakan " Don't talk to strangers". Memang rasa gerun, tapi tawakal menjadi kekuatan.)

Kawan sudah ke KTM dan perlu segera ke tempat lain, bagaimana harusku ke destinasi?
Tidak semena-mena, "Nak, kalau kawan tak dapat ambil, tak pelah, meh makcik hantar ke sana" Subhanallah, Alhamdulillah, zikir yang tidak putus-putus dalam hati. Nak menangis pun ada.
Sampai juga...

Hebatkan perancangan Allah,.di sebalik hujan, ada matahari.

kisahnya di sini..
# Special dedication to Makcik Atikah dan keluarga yang tinggal di Shah Alam, kebaikanmu akan daku kenang sampai bila-bila. Semoga Allah membalasnya,..amiiinn :)

Friday, September 6, 2013

6 jars; A key to financial freedom

Bismillahirrahmanirrahim..

Satu hari, aku mengemas barang-barang lama. Fuhh, sangat banyaak sampaikan tak larat untuk tengok semuanya. Buku masa belajar, baju-baju lama, nota-nota, majalah,risalah, dan banyaaak lagi. Tapi yang seronoknya, bila buka satu bungkusan, mesti ada duit-duit syiling yang bersepah-sepah. Hehe, ini perangai masa dulu-dulu (dan sekarang juga) letak duit merata-rata.

Bila dikira dan dijumlahkan, subhanallah. banyak juga duit. nak buat apa ye dengan duit ini?
Eureka!!
 " If you fail to plan, you plan to fail"
 " Tabiat orang kaya adalah dia tahu ke mana perginya duit walau sepuluh sen" (Donald Trump)

Terima kasih teramat sangat kepada unit kaunseling UIA kerana membawakan Real Graduates Training.
Terima kasih sangat kerana membuka mata tentang cara pengurusan kewangan walaupun belajar surface  je.
Terima kasih :) Mereka ajar mengenai 6 jars.

Tadaa. ini adalah 6 jars ku..
Mereka ajar bahawa;
  "wang adalah emosi dan wang hanyalah idea"
   "Menguruskan wang adalah lebih penting dari jumlahnya"
Masa mengira duit, aku tak tahu nak buat apa dengan duit ini sebab aku bukan jenis shopaholic. Nak beli Galaxy Note pun bukan cukup pun. Makanya, aku

  6 jars rule
Jar 1 - Perbelanjaan (spending)  50%----------------rm250
Jar 2 - Simpanan                          10%----------------rm50
Jar 3 - Pelaburan                         10%----------------rm50
Jar 4 - Pendidikan                       10 %---------------rm50
Jar 5 -Bergembira                       10 %---------------rm50
Jar 6- Memberi (sedekah)          10 %---------------rm50

Cuba bayangkan jika kita betul-betul berdisiplin dengan duit, in sya Allah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. 
Semua impian nak pergi melancong, beli barang yang disukai, belanja keluarga makan dan macam-macam lagi, in sya Allah,.:)

Bila cari dalam internet, rupa-rupanya ramai sudah manusia di luar sana yang mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
contoh;
/http//jenniferlshelton.com/2010/04/09/6-jar-to-financial-freedom-by-laura-poole-guest-blogger/

link lain, cari--> baca--> hadam--> buat (TAKE ACTION NOW)
 Gunalah apa sahaja untuk mula.
Tupperware ke, botol ke, bekas kuih raya ke, sampul duit raya pun jadi..
Mula sekarang, teringat kata-kata Robert Kiyosaki, " if fear to risk, start early" (apply for all events for me :)

semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.
terima kasih semua :)

Hujan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Balik dari kerja, naik motor,.
Dalam perjalanan,.tiba-tiba....wuuushhhh...
HUJAN mencurah-curah ke ladang gandum..lenjun!

Subhanallah, baru tahu rasa orang yang bawa motor ke sana ke mari.
Awal-awal kerja, rasa dalam hati nak beli motor. Al-maklum, minyak macam tiada harapan untuk turun dah harganya. Dapat pengalaman macam ni, haha..fikir semula.

Disebabkan sudah hampir 15 tahun tak rasa kenikmatan mandi hujan,
sambung di rumah pula.
Tenangnya jiwa, tenangnya otak dan minda..tenangnya.
Memang rasa macam diri ini adalah budak kecil yang dulu suka sangat mandi hujan, main di tepi longkang, cari katak. Tiada rasa geli-geleman pun sebab katak memang best, lagi-lagi kalau katak puru yang besar.
Wah, kenangan :)

opps,.kembali ke dunia sebenar.
Apabila kita tahu 'hujan itu rahmat' dan makbul doa semasa hujan, apa lagi?
Ya Allah, aku hamba-Mu yang lemah, memohon keampunan dariMu,.
Ya Allah, sesungguhnya hujan ini rahmat dan pembawa rezeki. Bantulah perniagaan hambaMu,
tunjukkanlah jalan-jalan rezekiMu itu. Aku tahu dan pasti rezeki setiap orang telah ditetapkan. Tiada istilah 'rebut rezeki' dalam perkiraanMu.
Ya Allah, bantulah hambaMu ini.



Hujan memang tak nampak nak berhenti sampai malam.
Wah, apa lagi, zzzzzzz..

Selamat malam semua..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...