Pages

Sunday, March 22, 2015

Bicara Hati

Bismillahirrahmanirrahim.
Semalam adik dan mak pulang dari shopping.
Tiba-tiba,adik tunjuk buku yang mengimbau kenangan lama. NOVEL:)
Novel BICARA HATI 2 karya Damya Hanna.
Ia adalah sekuel BICARA HATI (BH) yang telah melatih diri untuk menjadi pembaca tegar. Malah, ia adalah antara buku terawal yang dibaca dan dihadam dan muhasabah. Rare tak ??
Cuba bayangkan, bagaimana nak pupuk seorang remaja, umur lingkungan 13-16, berkepit dengan buku? Ini pandangan sendiri. NOVEL :-) baca kisah-kisah kehidupan.
Ok, back to topic. BICARA HATI (BH) adalah my FAVOURITE STORY sejak kenal apa itu novel.

Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan pahit manis seorang wanita yang terjebak dengan perkahwinan kontrak. Dari situ, mulalah menelaah tentang perangai orang lelaki, perempuan, hukum tentang perkahwinan, keluarga,macam-macam lagi. Gaya penulisan Damya Hanna bagiku TERBAIK! Sebab mendidik pembaca. Damya, TAHNIA dan TERIMA KASIH kerana menulis dengan cara yang sopan dan tidak over (ini pendapat sendiri ye)

Tup2, BICARA HATI 2 depan mata. Memang layan terus. BH2 lebih matang. Ia bercerita tentang kehidupan wanita tersebut bersama keluarganya yang penuh tragedi, gimik dan suspens. Mana mungkin dendam lama boleh disambung oleh darah daging? Mana mungkin suami tidak marah jika isteri tidak redha akan taqdir? Mana mungkin si ibu tidak mengalir air mata bila mengetahui anaknya istimewa?
Terima kasih Damya kerana feeling umur 13-16 tahun ada untuk melihat hikmah penceritaan ini.
Pengajaran dari cerita ini JARANG didapati dari novel -novel sekarang yang
Suamiku......
.isteriku....
Teman lelakiku.....
Arghhh!!  kadang-kadang, ia tidak mencerminkan langsung Islam, paling kurang pun norma ketimuran. Yup, tahu ada realiti di sebalik setiap cerita, tapi di mana pengajaran untuk anak-anak muda?
Anak luar nikah, duduk sama-sama walau tak bernikah,isteri tinggikan suara pada suami, suami tak jalankan tanggungjawab, bergaduh sentiasa, percaya cakap orang luar, berprasangka, macam-macam lagi. Jadi, di mana solusinya? Di mana cara penyelesaian yang bijak?

Pengajaran cerita
▪ Allah adalah sebaik-baik perancang, kita rasa sakit sangat pada awalnya,tapi rupanya Allah bagi pelangi bila kita redha dan berfikir akan ketentuanNya
▪ tidak sesekali membuka aib suami isteri walau muka toye pergi kerja sampai kawan tanya,"kau ni kenapa?
▪ saling menghormati dan saling percaya satu sama lain
▪ keluarga saling mengusik, bergelak ketawa,sedih menangis bersama dan tidak menyalahkan
▪ mengangkat ajaran Allah dan Rasul supaya redha, hormat, percaya, tidak menuduh dan komunikasi berkesan
▪ komunikasi dan komunikasi dan komunikasi. Mendengar dahulu,kemudian bertindak balas.

Mak berpesan," perkahwinan bukan hanya ada 1 rasa iaitu cinta. Ia lebih dari itu iaitu TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN SEORANG SUAMI @ ISTERI , disulam dengan 1001 rasa untuk berjuang dunia dan nikmat akhirat"

~adios :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...