Pages

Saturday, November 23, 2013

SEMANGAT!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah, hari ini baru ku sedari dalam diri ini mengalir darah penulis.
Abah dahulu seorang yang sangat kreatif.
Abah selalu bercerita tentang zaman mudanya. Abah menjadi penulis skrip,menjadi penulis drama radio, mengarang sajak semasa dalam polis, pernah memenangi hadiah, drama radionya tersiar dan banyak lagi.

Subhanallah, Allah mempunyai cara didikannya tersendiri.
Tatkala aku rasa begitu sukar untuk menulis, mak hadir bercerita tentang abah.
Tatkala aku rasa begitu payah dengan kerja, mak hadir bercerita tentang semangat abah.
Tatkala aku rasa sungguh buntu, mak hadir bercerita tentang amalan-amalan yang abah pesan dan tinggalkan untuk kami.
Tatkala aku rasa sukar untuk melakukan sesuatu, mak hadir bercerita tentang pesanan abah.
Tatkala aku hilang arah tuju, mak mengingatkan aku tentang Allah, Rasul dan impian abah.
Tatkala aku merindui abah, mak segera mengingatkan aku membaca Al-Fatihah.

Subhanallah, diriku adalah sebahagian dari dirimu berdua.
Diriku adalah hasil didikan kalian berdua.
Diriku adalah gabungan inspirasi kalian.
Diriku adalah kalian.

Teringat kata-kata kalian, 
"Angah, we can conquer the world"

Yes, I'm in control.
Allah s.w.t telah memberi satu perkara yang makhluk lain tidak ada.
iaitu PILIHAN.CHOICE.

Allah juga telah kurniakan satu perkara yang kita boleh pilih.
antara menjadi ORANG PUTUS ASA vs PEJUANG.

Allah juga telah beri semangat pada kita.
"Innallaha ma'ana"

PILIH>>>PEJUANG>> Allah ada!


Monday, September 9, 2013

Kebaikan itu masih ada...

Bismillahirrahmanirrahim..

Minggu lepas, diri ini bermusafir ke shah alam dengan tujuan menghadiri Majlis Persidangan Tahunan PKPIM kali ke-52 di UNISEL.

Di tempat duduk perhentian bas Shah Alam, aku keseorangan menunggu sahabat seperjuangan menjemputku. Sudah jatuh, ditimpa tangga. Inilah musafir kali pertama yang handphone dan jam tanganku tidak bersama. Waduh, perjalanan yang sangat jauh, memakan masa hampir 5 jam dipenuhi dengan muhasabah 'kenapa dan mengapa'. ( Pengajaran: rancang masa anda dan datang awal ke perhentian bas)

Selingan: teringat cerita Hindustan, Ishk, Amir Khan pesan kepada Ajay Devgan, ada 3 perkara yang perlu dikejar dan kena cepat. 1) Bas, 2) Keretapi, 3)......(nak tau, tengoklah cerita ye)

 Sampainya di sana, terus aku mencari pondok telefon. Ini sudah berat, pondok ada tapi telefon tiada. Apa harus dibuat? Aku perlu menelefon rumah untuk mendapatkan nombor telefon sahabat. Mencari-cari dalam malam kelam.
Ketahuilah wahai kerajaanku, telefon awam masih relevan di saat-saat kritikal sebegini. Wahai rakyat negeriku, marilah bersama-sama memelihara harta awam ini. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bulat manusia kerana muafakat.
 Alhamdulillah, nasibku baik, masih ada telefon awam. Fuh, lega.

Tunggu dan terus tunggu. Hampir setengah jam, "rasanya Unisel tak jauh sangat, tapi mana?" Al-maklum, sahabat tidak dapat menghubungiku melainkan aku menghubunginya.
Waduh, rupa-rupanya dia juga menungguku selama setengah jam tapi aku tidak muncul-muncul. Semestinya, dia menunggu di KTM Shah Alam sedangkan aku di Terminal Bas Shah Alam. wakaka~ (gelak dalam duka)

Malam semakin gelap.
Ada seorang makcik di sebelahku bersama keluarganya menghantar anaknya menaiki bas ke Utara. "Makcik, maaf, sudah jam berapa?" Aku berbasa basi dengan makcik, tanya dari mana, tunggu siapa, sudah sampai belum, nak ke mana. ( Di saat ini, dalam kepala penuh dengan cerita-cerita bertemakan " Don't talk to strangers". Memang rasa gerun, tapi tawakal menjadi kekuatan.)

Kawan sudah ke KTM dan perlu segera ke tempat lain, bagaimana harusku ke destinasi?
Tidak semena-mena, "Nak, kalau kawan tak dapat ambil, tak pelah, meh makcik hantar ke sana" Subhanallah, Alhamdulillah, zikir yang tidak putus-putus dalam hati. Nak menangis pun ada.
Sampai juga...

Hebatkan perancangan Allah,.di sebalik hujan, ada matahari.

kisahnya di sini..
# Special dedication to Makcik Atikah dan keluarga yang tinggal di Shah Alam, kebaikanmu akan daku kenang sampai bila-bila. Semoga Allah membalasnya,..amiiinn :)

Friday, September 6, 2013

6 jars; A key to financial freedom

Bismillahirrahmanirrahim..

Satu hari, aku mengemas barang-barang lama. Fuhh, sangat banyaak sampaikan tak larat untuk tengok semuanya. Buku masa belajar, baju-baju lama, nota-nota, majalah,risalah, dan banyaaak lagi. Tapi yang seronoknya, bila buka satu bungkusan, mesti ada duit-duit syiling yang bersepah-sepah. Hehe, ini perangai masa dulu-dulu (dan sekarang juga) letak duit merata-rata.

Bila dikira dan dijumlahkan, subhanallah. banyak juga duit. nak buat apa ye dengan duit ini?
Eureka!!
 " If you fail to plan, you plan to fail"
 " Tabiat orang kaya adalah dia tahu ke mana perginya duit walau sepuluh sen" (Donald Trump)

Terima kasih teramat sangat kepada unit kaunseling UIA kerana membawakan Real Graduates Training.
Terima kasih sangat kerana membuka mata tentang cara pengurusan kewangan walaupun belajar surface  je.
Terima kasih :) Mereka ajar mengenai 6 jars.

Tadaa. ini adalah 6 jars ku..
Mereka ajar bahawa;
  "wang adalah emosi dan wang hanyalah idea"
   "Menguruskan wang adalah lebih penting dari jumlahnya"
Masa mengira duit, aku tak tahu nak buat apa dengan duit ini sebab aku bukan jenis shopaholic. Nak beli Galaxy Note pun bukan cukup pun. Makanya, aku

  6 jars rule
Jar 1 - Perbelanjaan (spending)  50%----------------rm250
Jar 2 - Simpanan                          10%----------------rm50
Jar 3 - Pelaburan                         10%----------------rm50
Jar 4 - Pendidikan                       10 %---------------rm50
Jar 5 -Bergembira                       10 %---------------rm50
Jar 6- Memberi (sedekah)          10 %---------------rm50

Cuba bayangkan jika kita betul-betul berdisiplin dengan duit, in sya Allah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. 
Semua impian nak pergi melancong, beli barang yang disukai, belanja keluarga makan dan macam-macam lagi, in sya Allah,.:)

Bila cari dalam internet, rupa-rupanya ramai sudah manusia di luar sana yang mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
contoh;
/http//jenniferlshelton.com/2010/04/09/6-jar-to-financial-freedom-by-laura-poole-guest-blogger/

link lain, cari--> baca--> hadam--> buat (TAKE ACTION NOW)
 Gunalah apa sahaja untuk mula.
Tupperware ke, botol ke, bekas kuih raya ke, sampul duit raya pun jadi..
Mula sekarang, teringat kata-kata Robert Kiyosaki, " if fear to risk, start early" (apply for all events for me :)

semoga kita berjaya di dunia dan akhirat.
terima kasih semua :)

Hujan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Balik dari kerja, naik motor,.
Dalam perjalanan,.tiba-tiba....wuuushhhh...
HUJAN mencurah-curah ke ladang gandum..lenjun!

Subhanallah, baru tahu rasa orang yang bawa motor ke sana ke mari.
Awal-awal kerja, rasa dalam hati nak beli motor. Al-maklum, minyak macam tiada harapan untuk turun dah harganya. Dapat pengalaman macam ni, haha..fikir semula.

Disebabkan sudah hampir 15 tahun tak rasa kenikmatan mandi hujan,
sambung di rumah pula.
Tenangnya jiwa, tenangnya otak dan minda..tenangnya.
Memang rasa macam diri ini adalah budak kecil yang dulu suka sangat mandi hujan, main di tepi longkang, cari katak. Tiada rasa geli-geleman pun sebab katak memang best, lagi-lagi kalau katak puru yang besar.
Wah, kenangan :)

opps,.kembali ke dunia sebenar.
Apabila kita tahu 'hujan itu rahmat' dan makbul doa semasa hujan, apa lagi?
Ya Allah, aku hamba-Mu yang lemah, memohon keampunan dariMu,.
Ya Allah, sesungguhnya hujan ini rahmat dan pembawa rezeki. Bantulah perniagaan hambaMu,
tunjukkanlah jalan-jalan rezekiMu itu. Aku tahu dan pasti rezeki setiap orang telah ditetapkan. Tiada istilah 'rebut rezeki' dalam perkiraanMu.
Ya Allah, bantulah hambaMu ini.



Hujan memang tak nampak nak berhenti sampai malam.
Wah, apa lagi, zzzzzzz..

Selamat malam semua..

Thursday, June 13, 2013

Bingkisan tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini diri terpanggil untuk berkongsi cerita tentang diriku dan seorang adik. Diantara semangat dan halangan, diantara keyakinan dan putus asa, diantara harapan dan cita-cita, adikku ini berkongsi rasa.

Ianya bermula setelah beberapa lama kami berjumpa di Bengkel Daie Muda anjuran Ikatan Pelajar Islam Pahang (IKATAN) di bangunan Majlis Belia, Pahang.

Satu malam, telefonku berdering.
Adik: Assalamualaikum kak, apa khabar? Ingat saya tak? Saya.......
Aku: Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat. Ingat,. Apa khabar?
Bermulalah ukhwah kami. Sampai satu waktu,
Adik: Akak,  saya nak buat program,ok tak? Tentang aurat.
Aku: Alhamdulillah, boleh saja. Kenapa tentang aurat?
Adik: Sebab saya sedih kak, tengok adik-adik, budak-budak sekarang yang tak tutup aurat dengan sempurna. Belajar agama di sekolah, tapi tak mempraktikkannya dengan baik. Sedih..Saya dah buat survey di sekolah tentang ini. Nampak kecik, tapi impaknya di akhirat nanti, macamana?
Aku: (dalam hati: subhanallah, terima kasih ya Allah kerana memberi jalan kepada adik ini untuk menyelesaikan salah satu masalah umat)
       Aah, betul. Bagus cadangan itu. Mungkin boleh bincang dengan ustaz dan kita boleh jumpa untuk perbincangan lanjut.
Adik: Saya nak jemput Ustazah Fatimah Syarha :)
Aku: Bagus, ok. :)

Malam itu, kami bercerita dan berkongsi pelbagai perkara. Dari bertanyakan khabar, apa nak jadi bila besar nanti, isu pendidikan, isu pelajar universiti sekarang dan lain-lain. Walaupun hanya dalam telefon, tapi ia bagai berborak secara realiti. Subhanallah, aku bermuhasabah sendiri, macam-macam cara Allah boleh atur dalam memulakan tali persaudaraan itu, walau apa jua halangan, bila Allah sudah tetapkan jodoh kita dengan sahabat, maka jadilah ia. Dalam pada itu, aku kagum dengan semangat adik ini yang tahu apa dia patut buat atau lakukan tatkala mendepani isu umat. Tahniah!


ustaz: YDP IKATAN aka ustaz adik

................................................................................................................................................................

Hari-hari mendatang, satu hari telefonku berdering lagi.
Adik: Assalamualaikum kak, saya nak minta tolong IKATAN. Ceritanya begini, saya nak adik-adik sekolah saya belajar cara mengendalikan program. Saya nak rekrut adik-adik untuk realisasikan program ini. Bukan apa, saya rasa sangat perlu untuk mereka tahu tentang jobskop dan cara berorganisasi yang bagus.
Aku: Waalaikumussalam, Bagus niat itu, alhamdulillah. Tapi, akak rasa kena bincang dengan ustaz dulu, bukan apa, IKATAN mempunyai kapasiti yang agak terhad, tapi kena bincang dulu.
Adik: Ok, boleh saja, nanti saya bincang dengan kawan-kawan dan ustaz.

..............................................................................................................................................................
Hari sabtu, pertemuan pertama IKATAN dengan sahabat adik. Kami memulakan perkenalan di sekolah mereka.
Kawan adik: Assalamualaikum kak, saya.............dan ini................Maaf kak, dia tak dapat datang sebab masih di tempat belajar. Saya dilantik untuk menjadi Penolong Pengarah dan sahabat saya menjadi setiausaha.
Aku: Waalaikumussalam, salam perkenalan :)
Ustaz: Alhamdulillah, bagus cadangan program ini. Niatnya nak ramai orang buat kerja baik.

Kami berbincang beberapa perkara demi memulakan langkah seterusnya. Kertas kerja dan penggerak perlu diatur dan disusun dahulu.
Kami berjanji untuk bertemu kembali, berbincang lebih lanjut tentang modus operandi, sasaran peserta, tempat, tarikh dan sebagainya.
.........................................................................................................................................................
Ada kala jatuh, ada kala bangkit. Begitulah semangat adik. Pelbagai cabaran dan halangan dihadapi olehnya demi menetapkan momentum dakwah dalam diri. Diri bagai dihempas, motivasi jadi luruh bila terlalu banyak tekanan. Semuanya dikongsi, aku hanya mampu mendengar dan berkongsi rasa dengannya. Keterbatasanku sebagai pelajar tahun akhir tidak mampu untuk membantu lebih. Projek tahun akhir, komitmen dengan persatuan, praktikal di klinik, kelas dan seminar kadangkala menyebabkan aku tidak sempat untuk meluangkan masa untuknya. Maafkan akak, dik. Akak bukan penolong terbaik, hanya Allah.
Aku hanya mampu mengingatkan adik tentang dapatannya dalam Bengkel Daie Muda. Kenali diri sebagai hamba dan khalifah Allah. Itu kunci kekuatan tarbiyah.
Aku hanya mampu berkata-kata, tapi adik ini berkata dan cuba sedaya upaya menyampaikan apa yang dia rasa dan fikir kepada sahabatnya dan adik-adik di sekolahnya. Aku kagum dengan kekuatannya. Walaupun jauh dia berada, tapi dakwahnya untuk Kuantan berkobar-kobar.

Terciptalah sejarah aku bersama adik. Pelbagai halangan, kerisauan, amukan emosi, kegusaran, tangisan dan macam-macam rasa dikongsi. Apa yang unik, kami jarang berjumpa, tapi telefon menjadi sahabat setia.
Adik sanggup menelefonku berjam-jam untuk meluruskan perbincangan. Wah, bukan mudah pengorbanan kredit telefon sementelah diri seorang pelajar. Aku belajar darinya tentang pengorbanan.

Kekangan adik-adiknya sebagai pelajar sekolah, pemergian sahabat seperjuangannya ke institusi pengajian, meninggalkan adik keseorangan. Ya, keseorangan. Tapi alhamdulillah, pertolongan Allah di mana-mana bila kita yakin seyakin-yakin denganNya. Itulah kekuatan adik. Pertolongan dari ibu bapa, saudara-mara, kenalan, dan lain-lain tidak adik duga. Syukran ya Allah. Hanya Engkau Pemberi rezeki dan bantuan terbaik. Adik ke sana ke mari menyelesaikan perkara-perkara yang tidak dapat dilakukan oleh adik-adiknya. Adik juga sedaya upaya tidak mahu memberatkan adik-adiknya dengan tugasan ini. Niat adik supaya adik-adiknya mengenali dunia berprogram dengan gembira, kerana ini kali pertama. Adik merasai keperitan, kesusahan untuk semuanya.

Adik sentiasa menelefonku, memberi perkembangan terkini. Aku menghulurkan bantuan setakat yang termampu, aku mengajak sahabat-sahabat yang ada di sekitar Kuantan untuk berjuang bersama. Akak minta maaf atas salah faham, kesilapan yang tidak disengajakan dan apa sahaja.
Banyak sangat perkara boleh kita muhasabah bersama, banyak sangat memori kita dapat bersama, paling penting, terlalu banyak tarbiyah Allah kirim untuk kita meneladaninya.


Dalam hatiku, Ya Allah, aku sangat bersyukur kepadaMu kerana mengurniakan adik ini kepada bumi Kuantan. Aku bermohon padaMu semoga dia mendapat ganjaran yang setimpal dengan niat dan perlakuannya. Aku juga bermohon semoga adik-adiknya mempunyai semangat seperti dia atau lebih hebat lagi. Semoga Islam terus subur di Kuantan dan tersebar ke seluruh Pahang. Amiiinn.

Teringat Allah s.w.t berfirman,

Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya. 
 (Surah al-Insan; 76: 28)


Ingatan untuk diri dan di luar sana,.
Islam pasti akan menang. Jika kita tak melakukannya, ada orang lain yang akan melakukannya. Allah ada pengganti kalau kita tak buat kerja. Jika Allah tak pilih diri ini, astaghfirullah, wallahu'alam apa akan jadi. Pilihan atas kita, samada ingin menjadi sebahagian dari gelombang kebangkitan ataupun tidak.
Di akhirat kelak, pabila ditanya, "apa yang kamu lakukan untuk Islam?" Harapannya kita ada jawapan untuk itu.

p/s: Akak sayang adik, dan adik-adik semua..demi Allah.
.........................................................................................................................................................

Hari yang dinanti semakin tiba.






Thursday, February 21, 2013

kenapa Audiologi?

Bismillahirrahmanirrahim...

"kenapa awak ambil kos Audiologi?"
1st year : err, sbb sy tak dapat kos yang saya nak dan tercampak ke sini..err( muka
serba salah)

"kenapa awak ambil kos Audiologi?"
2nd year : hmm, sebab rupa-rupanya Audiologi banyak peluang pekerjaan, di mana-mana
pun boleh. (jawapan slps observation) (muka yakin sikit, sengih sikit)

"kenapa awak ambil kos Audiologi?"
3rd year : sbb saya dah jumpa jawapan. kenapa Allah s.w.t sebut 'mendengar (sami')
dahulu kemudian 'mendengar' (basirr) dalam Al-Quran,. sebab rupa-rupanya organ
pendengaran (cochlea) matang dahulu(22-26 minggu dalam kandungan) dalam
tumbesaran manusia berbanding organ penglihatan (walaupun dah lahir, mata belum
matang lagi). (muka tersenyum lebar dan rasa sangat puas hati)

"kenapa awak ambil kos Audiologi?"
4th year: sbb saya jumpa jawapan lagi. Allah s.w.t sentiasa sebut dalam Al-Quran,
pendengaran sentiasa bergandingan dengan akal.
“And God has brought you forth from your mothers' wombs knowing nothing-but He has endowed you with hearing, and sight, and minds, so that you might have cause to be grateful”(16:78). Other significant verses (11:24, 67:23, 16: 108) as to reveal the value of hearing)

Rupa-rupanya, Allah s.w.t sebut bahawa seseorang akan mendapatkan ilmu dan memahaminya melalui
pendengaran..apabila telah mencapai ilmu dan memahaminya, seseorang itu dapat
mencari kebenaran hakiki seterusnya mengenali Allah s.w.t, penciptanya.

(subhanallah,begitu besar tanggungjawab ku ini..menyelamatkan medium/alat untuk mereka mengenali
Allah taala) (muka pelbagai perasaan)

muhasabah diri: "selama aku 4 tahun belajar Audiologi, apa yang aku dapat?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...