Pages

Saturday, October 29, 2011

Istimewa buatmu sahabat

Sahabat.
Di kala aku gembira, kau ada
Di kala aku resah gelisah, kau menenangkan
Di kala aku marah, kau rasionalkan
Di kala aku ingin meluahkan, kau mendengar
Di kala aku ………, kau sentiasa ada dan terus setia.

Ya Allah,
Betapa indahnya ukhwah ini.;)
Betapa hebatnya persahabatan ini.
Tiada kata dapat aku katakan melainkan syukur yang tidak terhingga kepadaMU.

Ya Allah,ampunilah dosaku, dosa keluargaku, dosa guru-guruku, dosa kawan-kawanku dan seluruh muslimat di atas dunia ini.
Ya Allah,  kau lindungilah mereka dan keluarga mereka dari bahaya dan malapetaka.
Kau limpahkanlah rezeki yang tidak disangka-sangka kepada mereka.
Kau makbulkanlah segala doa dan permintaan mereka.
Kau tegurlah mereka bila mereka melakukan kesilapan.
Janganlah Kau tinggalkan mereka walau dalam kadar sekelip matapun, dan bimbinglah mereka dalam membuat keputusan dalam kehidupan.
Ya Allah, kuatkanlah ikatan hati kami ini, semoga persahabatan kekal abadi dan kami terus menjadi sahabat di dunia dan di syurga..amiiinn Ya Rabb.

Ditujukan kepada; A----h, R-----a, A---e, A-a, A----h, S-----h,  dan semua kawan-kawan saya :)

Friday, October 28, 2011

Emosi- anugerah indah

    Bismillahirrahmanirrahim
    "Bila kita kenal diri, maka kita kenal Pencipta"
    Kenapa??
    Kerana kita dariNya. Mengikut psikologi Islam, manusia terdiri dari empat unsur; akal, hati/nafsu,jasad dan roh. Antara empat unsur ini,
    siapakah raja?-roh.
    Tentera?-nafsu
    Bendahara?- jasad
    Perdana menteri?-akal
    Raja memberi arahan, tentera mengikut arahan, perdana menteri pula menasihati. Jika tentera memberontak atau melakukan suatu perkara yang tidak selari dengan arahan,maka raja bertugas untuk terus berhubung dengan raja segala raja.Siapakah dia? Pastinya Allah Taala.Perhubungan secara langsung ini sebenarnya adalah satu nikmat yang tidak terhingga kepada manusia bergelar Muslim. Apabila seorang manusia itu berakhlak mulia, maka Allah mengatakan,"Aku sayang akan si fulan".Lalu, malaikat mendengar perkara tersebut dan berkata-kata antara satu sama lain, kemudian menyampaikan nya kepada alam-daun, pokok, haiwan dan sebagainya. Akhirnya, jika raja segala raja menyayangi si fulan, apakan tidak alam.Maka, seluruh alam menyayanginya. Oh indahnya.
    Psikologi Barat pula mengatakan, manusia terdiri dari dua unsur; jasad dan roh. Tapi mereka tidak mempercayai akan perhubungan secara langsung antara roh dan tuhan. Mereka percaya dunia ini adalah setakat ini sahaja tanpa adanya akhirat, maka mereka berusaha habis-habisan di atas dunia ini tanpa sekatan. Perikemanusiaan hilang, diktator menguasai.
    Setelah kita mengenali diri, maka,saya ingin berkongsi tentang dapatan dalam usrah semalam. Emosi manusia ada positif dan negatif. Rasulullah s.a.w adalah contoh terbaik  dalam mengawal emosi yang dianugerahkan Allah Taala ini.
    Marah
    Emosi negatif.keadaan marah yang paling bagus dan terpuji ialah lambat marah dan lekas hilang. Jika kita marah, seeloknya kita menukar posisi badan, contohnya dari berdiri kepada duduk, duduk kepada baring.selain itu, jika marah sudah tahap berapi, maka ambillah wudhu' untuk memadamkannya.
    Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.“ Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab:“Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”
    (Riwayat al-Bukhari)
    Sabda Nabi pada hadis yang lain: “Jauhilah kemarahan, kerana ia adalah bara api yang bernyala-nyala dalam hati anak Adam”. Cuba kita lihat bagaimana jika seseorang dalam keadaan marah. Kedua-dua matanya merah dan urat lehernya akan kelihatan timbul. Rasulullah pernah menerangkan: “Bahawa kemarahan itu dari syaitan. Dan sesungguhnya syaitan itu dijadikan dari api. Api hanya dapat dipadam dengan air. Apabila marah oleh seseorang kamu maka hendaklah ia berwudhuk”.
    Abu Dzar al-Ghifari berkata: Rasulullah pernah berkata kepada kami: ”Apabila marah seorang kamu yang sedang berdiri maka hendaklah ia duduk supaya hilang kemarahannya. Kalau masih belum juga hilang maka hendaklah ia berbaring”.
    Wallahu A’lam
    (sumber Hadith 40 , Mustafa Abdul Rahman)
    Sedih- Rasulullah s.a.w mengalami tahun kesedihan apabila bapa saudaranya meninggal (Abi Talib) diikuti dengan isteri tercinta (Siti Khadijah). Untuk menghiburkan hati yang lara, Allah s.w.t menghiburkannya dengan menjemput Rasulullah bertemu dengannya di Sidratul Muntaha pada malam Isra' dan Mikraj. Lalu, baginda menerima hadiah yang sangat hebat dan dinikamati oleh seluruh  umat manusia iaitu, solat. Solat adalah tiang agama dan solat adalah penghibur hati.
    Penat- Diceritakan pada suatu hari, Fatimah, anak kesayangan Rasulullah s.a.w mengadu kepadanya tentang kerja-kerja rumah yang sangat memenatkan dan dia meminta seorang khadam. Lalu Rasulullah  s.a.w menghadiahkannya zikir Fatimah- subhanallah (33x), alhamdulillah(33x), Allahu Akbar(33x). [rujuk sahih bukhari]
    Dalam konteks kita, gerakan aktivis, program datang tanpa henti, sehinggakan sampai satu masa kita rasa sangat penat. Muhasabah semula diri, apa sebab kita melakukan semua itu? Adakah kita berlebih-lebihan?
    Diriwayatkan daripada Aisyah r.a :” Ketika saya sedang duduk dengan seorang perempuan, datang rasulullah SAW dan bertanya kepada ku :”Siapa dia?” Aku menjawab :” Si fulanah” dan aku ceritakan kepada nabi SAW bahawa dia beribadah dengan berlebihan. Nabi SAW bersabda dengan memperlihatkan tanda tidak bersetujunya. “Perbuatan baik yang dilakukan secara berlebihan tidak akan membuat Allah letih (untuk memberi pahala) namun engkaulah yang akan letih dan ad-din (perbuatan baik-ibadah yang paling dicintai Allah SWT) adalah yang dikerjakan secara tetap.”
     (al-Bukhari)
    Maka, bersederhanalah kita.bagaimana? Pembahagian tugas dalam gerakan, tanya khabar kawan, bantu mereka.(sekadar menulis beberapa perkara)
    Tidak menyukai sesuatu- Apabila Rasulullah tidak menyukai suatu makanan, Baginda diam. Baginda tidak mencela atau menghina. Kita juga harus begitu. Jika makan terlebih masin atau terkurang gula, diamkan sahaja kerana jika kita mengungkit, kemungkinan kita mengaibkan orang yang bersusah payah menyiapkan makanan untuk kita.
    Ingatlah, emosi itu indah. Wanita selalu dikaitkan dengan 'keindahan' itu.
    "eii, perempuan ni emo r"
    "sikit-sikit merajuk, sikit-sikit marah"
    " orang cakap sikit, dia nak lebih-lebih pula"
    " terima kasih, sebab awak faham apa saya rasa"
    "terima kasih, apa yang awak cakap menyentuh hati saya"
    Oleh itu, wahai sebaik-baik perhiasan dunia, gunakanlah emosi dengan sebaiknya untuk mengimarahkan dunia. :)
    Lagi perkongsian, jika kita memasuki suatu program atau majlis, amalkan doa ini, moga-moga kita saling menyayangi.
    "ya Allah, kurniakan kecintaanku kepada orang-orang yang beriman dan kurniakan kecintaan orang-orang beriman kepadaku.amiin."
    Bagaimana kita ingin menjadikan dunia ini gembira dan bahagia?
    Lemparkan senyuman :) dan sampaikanlah salam (assalamualaikum).
    Sebelum menutup tirai, sila jawab soalan di bawah.
  1.  Burung apa? Murai.(lakukannya bersama kawan sebanyak 10 kali)
  2. (jika anda tinggikan suara, maka..:))
  3. Lihat pelangi, apa rasa?
  4. Lihat sampah, apa rasa?
    Lihat muka mak abah, apa rasa?
    (jika anda dapat rasa sesuatu, maka, TAHNIAH! Anda seorang manusia.:)
    Wallahua'alam.
    Sumber: perkongsian dari usrah perindu (28/10/2011)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...