Pages

Wednesday, June 22, 2011

destiny

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam cerita Megamind, konklusi terakhir, dia kata
"finally, I guess destiny is not the path given to us, but the path we choose for ourselves"

Bila kali pertama saya tengok cerita ini, saya yakin konklusi nya benar; iaitu kita pilih destinasi kita. Tapi bila saya tengok beberapa kali, baru terfikir,
KITA ADALAH MUSLIM.KITA SUDAH PUNYA DESTINASI.
KEREDHAAN ALLAH.
Untuk seorang Muslim, redha Allah menjadi matlamat hidup, hanya itu.

"tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku - Az-Zariyat:56

Sebenarnya, kita boleh pilih cara hidup tapi destinasi tetap satu.tiada piihan.Mendapat redha Allah.
Ini kerana Allah telah menciptakan setiap manusia itu berbeza antara satu sama lain;unik. Jadi, setiap orang mempunyai minat, kegemaran, kebiasaan tersendiri. Oleh itu, ada yang ingin menggapai redha Allah dengan berniaga, mengikuti golongan sufi, berada di jalan dakwah, menjadi guru yang terbaik dan macam-macam lagi.

Saya teringat kandungan dalam sebuah buku Dr Sidek Baba.
"Dalam sebuah taman bunga pasti ada bermacam-macam warna bunga. Nampak sangat cantik dan menarik. Tapi, jika hanya ada satu jenis sahaja, pasti kurang menarik."

Begitulah analogi manusia di atas dunia ini. Cuba bayangkan semua manusia sama sahaja, maka tidak mencabarlah hidup ini, tiada warna-warni.

Jadi, pilihlah jalan hidup yang disukai tapi tetap berada di atas landasan syariah kerana itu syarat utama untuk destinasi kita; mencapai Redha Allah.

Wallahua'lam.




AMANAH

Bismillahirrahmanirrahim.

 " kalau kita turun ke masyarakat, baru kita tahu banyak sangat perkara yang kita boleh buat untuk membantu umat dan kalau difikirkan, sampai tak menang tangan."


Kebanyakan manusia mengelak dari melalui  jalan yang dilalui  oleh Rasulullah s.a.w. jalan dakwah.Jalan itu berduri, penuh dengan onak, kepedihan, kesakitan dan macam-macam ujian lagi. Mereka lebih suka berada dalam suasana selesa dan berhibur sahaja.
 tapi dalam kebanyakan manusia, ada juga segelintir yang sanggup melalui jalan tersebut. Mereka meninggalkan keluarga, keselesaan untuk berada dalam jalan ini. Bagi mereka, kesibukan dan kepayahan adalah rehat manakala keselesaan pula menjadi  keresahan.

Apakah sebenarnya yang menjadi dorongan, motivasi untuk mereka memilih jalan yang penuh duri berbanding jalan yang padangnya menghijau terbentang luas?
Setelah beberapa tahun saya memerhati, mendengar,merasai, pelbagai jawapan diberi tapi semuanya mengarah kepada satu jawapan sahaja.
 AMANAH.
Satu tugas telah diberi kepada umat manusia sejak azali lagi oleh Maha Pencipta, iaitu menjadi khalifah untuk mentadbir  bumi ini, mengajak kepada ma'aruf dan mencegah kemungkaran.

Golongan ini sedar akan amanah ini, dan saya pernah membaca satu kata-kata oleh seorang pejuang Palestin di satu iklan.

"kami di sini telah menginfakkan diri dan tidak takut kerana kami sedang mengadakan perniagaan dengan Maha Pencipta."

Subhanallah.

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (61:10)


Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (61:11)


(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar (61:12)


Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman (61:13)

Subhanallah, pada ayat ke 13, Allah bakar lagi semangat golongan ini dengan janji pertolongan dan kemenangan itu pasti dan cepat waktunya.

Thursday, June 2, 2011

Kenangan itu..


Bismillahirrahmanirrahim,

Lagu ini, membangkitkan nostalgia masa kecil saya yang sedang mengaji di Iqra' 3.
Teringat lagi, buku iqra' berwarna hijau, belajar mengaji merangkak-rangkak lagi..:)
Pada masa itu, tidak mungkin saya putus asa untuk mengaji sebab along sudah mula memasuki al-Quran.( xleh jadi ni!, kena lawan)
Selepas habis mengaji, saya membelek buku kecil itu, kemudian di muka surat terakhir tertulis,.


AMAL APA( Lagu : Sedang apa )

Amal apa. Amal apa,
yang disukai Allah
Bersholatlah, bersholatlah, tepat pada waktunya
Apa lagi, apa lagi, yang disukai Allah
Berbaktilah, berbaktilah pada ibu dan ayah
Apa lagi, apa lagi yang disukai Allah
Sholawatlah, sholawatlah pada Nabi Muhammad
Apa lagi, apa lagi yang disukai Allah
Berjuanglah, berjuanglah, berjuang di jalan Allah

Saya: abah, ni apa ni?
Abah : ni lagu ni.
Saya: camane nk nyanyi?
Abah : cmni…

Kemudian,.

Abah mengajar saya menyanyi, kami menyanyi bersama-sama. Alangkah indahnya kenangan itu.

Pabila sudah besar, adik kecil saya menunjukkan semula lirik  lagu ini. Dan kami menyanyi bersama-sama.

 (Ya Allah, ampunilah dosaku dan keluargaku. Kau masukkanlah abah ke dalam syurga Firdaus dan semoga abah bersama dengan kekasihMu dan jua kekasih kami, Rasulullah s.a.w)..amiiinnn.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...