Pages

Sunday, February 20, 2011

analogi: ubat-penyakit

Bismillahirrahmanirrahim

Hari yang cerah lagi indah, disimbahi cahaya rebulan yang terang menyerlah,.daku disini, bersama mesin taipku berangan-angan untuk menulis sesuatu yang sudah lama dipendam dalam hati sanubari. Ia bukan cerita, tapi rasa hati. Ia bukan dongengan, tapi realiti. Ia benar bagi diriku dan ku harap benar untuk dirimu.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang menggunakan  homoeopathy sebagai perubatan pilihan. Dari kecil, saya tidak pernah kenal apa itu panadol, antibiotik dan seangkatan dengannya. Saya hanya tahu Aconite, Belladona, Chamomila dan sebagainya. Saya selesama, abah cakap " makan belladona". Saya batuk, makan Chamomila. Pelik kan namanya?
Tapi itulah hakikatnya.

Semakin hari, semakin saya menginjak dewasa, homoeopathy semakin dekat di hati saya. Saya menjadi semakin tertarik untuk mendalami perubatan alternatif ini. Jadi, apabila ada peluang pulang ke rumah, saya sentiasa menanam azam untuk menelaah buku-buku homoeopathy di almari rumah. Ada yang tebal,nipis  dan buku ini sangat banyak. Tapi saya nak juga baca.

PERUBATAN HOMOEOPATHY.
Buku ini nipis sahaja. Dikarang oleh seorang doktor homoeopathy. Banyak yang saya pelajari dan saya semakin faham perkara-perkara asas perubatan ini. Di sini, saya ingin kongsi analogi yang saya dapat sepanjang menelaah buku ini.

  1. LELAKI-PEREMPUAN= PASANGAN HIDUP
Tidak dapat dipisahkan. Mereka pasti mahu yang serasi, saling memahami saling melengkapi, barulah hidup boleh aman dan damai. Jika mereka berbeza, tidak memahami, pasti akan berlaku pertengkaran. Ia bermula dari perkara kecil sahaja, kemudian diperbesar-besarkan. Jika berlarutan, maka menjadi semakin kronik dan akhirnya tidak dapat disembuhkan lagi.
UBAT & PENYAKIT
Juga tidak dapat dipisahkan. Cuba bayangkan seseorang itu sakit dan ubat yang diberi tidak serasi. Apa akan terjadi pada orang itu? SAKIT BERLANJUTAN, PENYAKIT LAIN DATANG,KRONIK, DAN TIDAK DAPAT DISEMBUHKAN LAGI.

  1. CARA BELAJAR YANG BERBEZA
Pelajar, semuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu AKU NAK A! CGPA 4.00 dan sebagainya. Tapi cara untuk mencapainya pasti berbeza antara satu sama lain. Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk memahami pelajaran. Ada yang menghafal, ada yang menghafal sambil buat peta minda, ada yang menghafal, buat peta minda dan diskusi, dan ada yang tidak buat apa-apa hanya sekadar fokus dalam kelas pun boleh jawab soalan. Dengan contoh ini sahaja, kita tahu bahawa setiap orang adalah berbeza.
UBAT & PENYAKIT
Semua orang bermatlamat untuk sihat sentiasa. Tapi, cara untuk mencapai sihat pasti berbeza. Lain orang, pasti lain rasa sakitnya dan ubat yang diberikan mestilah lain. Mana mungkin sakit yang berlainan dapat disembuhkan denagn menelan ubat yang sama.

  1. BADAN- ROH- MINDA
Manusia, orang, saya, kamu adalah holistik( menyeluruh)-terdiri daripada 3 elemen ini. Semua orang arif tentang ini terutama Muslim. Jadi, persoalan di sini, jika seseorang itu sakit, sebenarnya siapa yang sakit?? Cuba kita renung sebentar, jika seseorang mati/meninggal dunia, badan tetap ada depan mata, tapi kenapa tidak bergerak? Jadi, di mana diri sebenar?
Pastilah roh. Allah s.w.t meniupkan roh ke dalam jasad, barulah manusia hidup. Badan hanya karung  semata dan minda mengawal perlakuan.
Berbalik pada persoalan, jika seseorang itu sakit, kita perlu rawat siapa? Pasti roh-diri sebenar.
Tambahan lagi, peribadi manusia adalah seperti sebatang pokok yang mempunyai akar ( roh), batang/ranting dan daun (badan dan minda).
UBAT & PENYAKIT
Jika seorang doktor merawat apa yang ternampak sahaja, maksudnya dapat dilihat dengan mata kasar sahaja, adakah pesakit itu sembuh? Pasti tidak. Pasti tidak. Kerana akarnya/ punca sakit adalah roh-diri kita.

Sebagai kesimpulannya, ubat & penyakit mestilah serasi, kena pada orangnya dan terakhir, ingatlah siapa kita dan dimana diri kita yang sebenar.

Saya ingin berkongsi lagi di lain entri.wallahua'lam.

Thursday, February 10, 2011

CANTIK,sangat cantik

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,betapa lamanya daku meninggalkan blog ini..Kerja di alam realiti sangat menuntut fokus dan masa yang lebih.
but,
I AM BACK!
chapter 2/ sem 2/year 2 at UIA..
dengan semangat dan perspektif baru, keyakinan, kekuatan, keberanian baru, saya akan mengorak langkah, tanpa putus asa.

Untuk permulaan,
Ingin ajak semua berfikir, kita semua adalah manusia.Diciptakan olehNya dalam bentuk,rupa yang Dia suka. ALLAH MAHA CANTIK, YANG TERBAIK, MAHA BIJAKSANA.jika kita fikir secara logik, apa yang datang dari yang baik, pastinya baik.



 SUBHANALLAH.


Tapi,
Bila kita pandang sekeliling, pandang kawan,pandang alam semesta, ada je kadang-kadang yang buruk dan cacat. Aik, tadi kata baik, sekarang kata buruk pula.


Bagaimana boleh jadi begitu?.sebab..ALLAH MAHA BIJAKSANA dan TERBAIK..sebab,. Allah boleh cipta yang baik dan buruk dan Allah cipta sesuatu pasti ada sebab.

Kenapa Allah cipta yang buruk sedangkan Dia Maha Cantik?..


sebab yang buruk itu ada cantiknya....bagi orang yang berfikir dan memerhati. 

Selalunya orang segan untuk kata dia cantik,pandai dan seangkatan dengannya. Kenapa perlu segan? Kita datang dari MAHA CANTIK, jadi kita pun cantik :)

fikirkan-fikirkan..
p/s: isi dari karangan Imam Al-Gazali dalam Ihya' Ulumuddin, bahagian pengenalan..saya ambil input & mengolahnya dalam bentuk yang lebih santai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...