Pages

Thursday, August 19, 2010

note to God ^-^

If I wrote a note to God
I would speak whats in my soul
I’d ask for all the hate to be swept away
For love to overflow
If I wrote a note to God
I’d pour my heart out on each page
I’d ask for war to end
For peace to mend this world
I’d say, I’d say, I’d say
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it seems like so much is going wrong
On this road…… we’re on
If I wrote a note to God
I’d say please help us find our way
End all the bitterness
Put some tenderness in our hearts
And I’d say, I’d say, I’d say
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it looks like we haven’t got a clue
Need some help from you
Grant us the faith to carry on
Give us hope when it seems all hope is gone
Cause it seems like so much is goin wrong
On this road we’re on
No, no no no
We can’t do this on our own
So
Give us the strength to make it through
Help us find love cause love is over due
And it looks like we haven’t got a clue
Need some help from you
Grant us the faith to carry on
Give us hope when it seems all hope is gone
Cause it seems like so much is goin wrong
On this road we’re on
No, no no no
We can’t do this on our own
So, So
If I wrote a note to God
-CHARICE-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

p/s:  Kalau Allah menghendaki, nescaya dimusnahkanNya kamu semua wahai manusia! Kemudian Dia datangkan (umat) yang lain (sebagai penggantimu.Dan Allah Maha Kuasa berbuat demikian
(An-Nisa: 133)
sesungguhnya kita sangat-sangat memerlukan Allah.Allah tempat bergantung,Allah tempat mengadu,Allah adalah segalanya bagi kita.Jadi,sempena bulan Ramadhan ini, rebutlah peluang sebanyak mungkin kerana pintu-pintu syurga terbuka luas untuk kita dan pahala dibalas berlipat ganda dan paling utama,Allah menghadiahkan kita keampunan yang besar bagi sesiapa yang meminta. 

       Ramadhan ini akan memberi makna apabila kita memaknakannya dengan pelbagai ibadat yang segalanya kerana Allah azza wa jalla.
      Ya Allah,aku lemah, aku kikir, aku lupa.Sesungguhnya Engkau tuhanku, janganlah tinggalkan aku walau sedetik. Tiada daya upaya ku melainkan Engkau memberi mampu..
I LOVE ALLAH & RASULULLAH..

Monday, August 16, 2010

bukti di depan mata

Ahad(15/8/10)

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini ada seorang makcik datang jumpa mak bertanyakan ubat homoeopathy untuk anaknya.Anak yg baru berumur 3tahun setengah sudah lama mengidap tonsil.

Makcik : saya dah pergi klinik banyak kali sampai doktor sendiri larang untuk ambil antibiotik lagi.

Mak      : ya, antibiotik bukan ubat. perubatan allopati tiada ubat.ia hanya melegakan sakit hanya untuk sementara.sakit itu akan datang lagi.

Makcik : saya setuju.lega sekejap je.nanti lepas 3-4 jam datang semula.Makcik sebenarnya tahu cikgu dari makcik mah.anaknya kan dulu sakit lama juga.Lepas itu,dia dah sihat.lama juga nak sembuh,kan? Tapi sekarang ok dah,tak sakit-sakit. Katanya,ambil ubat dari Dr.Mat.Ingatkan ubat dah takde sebab klinik dah takde.

Mak     : (senyum) saya boleh tolong yang sakit biasa je macam demam,selesema,batuk.Yang kronik,kena tanya kawannya (kawan abah) dulu atau pergi ke kawan je.Kalau di sekolah, kawan-kawan minta ubat juga kalau sakit biasa ini. Aah, ubat ini ambil masa untuk sembuh, tapi alhamdulillah terus sembuh.

Makcik: itulah.saya pun tak suka nak ulang alik pergi klinik tapi ada juga sakit tersebut.

Mak     : kalau allopati,ia tidak membawa kepada kesembuhan hanya merawat. Lagi pula, tidak mengapa ambil masa untuk sembuh daripada kita terus bergantung kepada ubat sepanjang hayat.

Makcik: (setuju) Dr (allopati) pun tidak galakkan sangat ambil ubat.

Mak     : sebab dia pun tahu ada side effects.

Makcik: terima kasih ye cikgu.nasib baiklah dekat je kan.

Mak     : Sama-sama.alhamdulillah.

---------------------------------------------------------------------------------------- 

Mak: angah,kalau bengkak,sakit,merah …belladona

Saya: (senyum) oh,alhamdulillah mak,semakin ramai orang sudah menyedari hakikat ini.Kebenaran pasti terserlah.

Mak: yup,insyaAllah. Alhamdulillah, abah tinggalkan kita dengan perubatan yang mengikut sunnatullah ini. (senyum dalm syahdu)

Saya: aah,mak..alhamdulillah.

-------------------------------------------------------------------------------
Abah, walaupun abah sudah pergi jauh,namun ilmu yang ditinggalkan sangat memberi manfaat kepada kami semua.Teringat kata-kata abah,

"angah,abah tiada duit untuk tinggalkan hanya ilmu sahaja yang dapat abah bagi"

Syukran Ya Allah,kerana Engkau mengurniakan kami seorang insan yang tidak akan ada gantinya,Abah..

Friday, August 6, 2010

1 minute talk

Bismillahirrahmanirrahim
       Buku 'The Quick and Easy Way of Effective Speaking' oleh Dale Carnigale sangat memberi makna dan motivasi kepada saya dalam jangka waktu ini. Krisis keyakinan dan merasakan diri kekurangan ilmu berbanding orang lain menyebabkan saya selalu berfikir tetapi kurang bertindak.Banyak buah fikiran,kritikan, pandangan yang saya ingin kongsi dengan orang lain terbantut kerana menganggap diri kurang mampu dan lemah. Lagi pula, dengan keadaan dunia sekarang yang sedang berlakunya perang pemikiran a.k.a ghazwatul fikr ini memerlukan pemikiran dan idea-idea yang kritis lagi membina.
Alhamdulillah, buku ini tiba pada waktunya.Alhamdulillah.

       Terlalu banyak tips yang diberikan tetapi salah satu tip yang paling saya suka adalah,"project yourself into the future and then worked toward bringing that projection into reality"

Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Saya bercita-cita menjadi seorang public speaker yang dapat menarik perhatian semua penonton dengan cara yang berhemah dan berhikmah.Mutiara kata keluar dari bibir bagai air sungai yang suci,jernih,bersih mengalir tenang tapi hebat merempuh batu-batu yang merintanginya..

saya bercita-cita menjadi public speaker yang menceritakan kebenaran dan berkongsi pandangan secara kritis dan mantap pengisiannya demi menegakkan kalimah Lailahaillah.

Segalanya bermula dari sekarang.1 MINUTE TALK.
saya dapat idea ini dari pembacaan buku ini dimana ia menceritakan pelbagai rahsia kejayaan dan kisah suka duka yang dapat dijadikan pengajaran.teringat satu kata-kata,"kadang-kadang kita tak perlu melalui pengalaman,kerana pengalaman orang lain boleh kita ambil sebagai iktibar."

Signifikan 1 min talk ini adalah;
1)melatih seseorang untuk bersedia dengan apa sahaja soalan,maksudnya kita perlu sentiasa mencari dan menggali ilmu
2)melatih seseorang untuk berkomunikasi secara efisian,iaitu menyampaikan mesej dalam masa 1 minit sahaja tetapi pengisiannya ringkas,padat dan tepat.( Diri sendiri,Islam boleh dipelajari dari alam)
3)menghilangkan stage fright, kerana the top list of fear in the world is stage fright :)

berlatih..berlatih..berlatih..berlatih...dan terus berlatih
semoga kita semua berusaha menjadi seorang yang hebat skil komunikasinya seperti Rasulullah s.a.w..amiinn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...