Pages

Thursday, July 29, 2010

my life your life...

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dalam 3-4 hari ini (cuti sem yang amat panjang), fikiranku berkecamuk.hati tidak tenang.kadang-kadang dirasakn seluruh fikiran dan semangat terbang melayang..aku ‘melihat’ tapi tidak memerhati..aku ‘mendengar’ tapi masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Diriku di sini tapi ‘diri’ sebenar berada di tempat lain.

Ya Allah,ia amat menyeksa diriku.aku seakan-akan tidak hidup.tenggelam dalam dunia yang direka sendiri demi menyelesaikan permasalahan yang bagiku amt rumit dan berat.Orang disekeliling aku abaikan,perbincangan jug amenjadi kusut dan berterabur,apa yang keluar dari mulut tidak difikirkan dahulu..teruknya keadaan aku.tidak pernah sekalipun seumur hidupku berada di dua persimpangan yang keadaanya lebih kurang,sama rata..di sebelah kiri ada duri,bunga,dan jalannya lurus.begitu juga jalan kanan.

Antara keluarga dan jemaah.antara keluarga dan umat.sebenarnya aku amat memerlukan kedua-duanya bukan sebaliknya.diriku hanya satu dan masa juga 24jam.dalam 1 masa,diriku hanya boleh berda di satu tempat dan satu kerja sahaja boleh dilakukan.tiada lain.ku harus memilih,mana yang terbaik untuk diri dan juga orang lain.
Jika ku pilih keluarga,ya.aku yang paling gembira,adik-beradik dan mak juga.walaupun mereka tidak luahkan tapi aku tahu mereka juga berperasaan seperti aku,ingin sentiasa bersama lagi pula masa semakin sedikit dihabiskan bersama kerana masing-masing punya rencana sendiri.malah,sekarang mak dan adik-beradik merencana yuntuk bersama-sama di tepi pantai,beristirehat,borak,meluangkan masa.sejujurnya,aku amat memerlukan mereka untuk menguatkan diri ini dan sebaliknya kerana kami sama-sama merinduinya.lagi pula,Rasulullah s.a.w pernah bersabda,”seorang perempuan tempatnya adalah di rumah”.Aku berusaha untuk meringankan kerja mak dan mendidik adik-adik.
Adakah tepat pilihanku?adakah aku menyusahkan orang lain?adkah aku memudahkan orang lain?
Jika ku pilih jemaah,aku juga gembira kerana aku telah menunaikan tanggungjawabku sebagai seorang insan.membantu orang lain,mendidik adik-adik yang baru merangkak,dan menguatkan kembali diriku untuk lebih tabah menghadapi dunia dengan mendengar pengsian-pengisian yang diberikan.Jemaah amat memerluka aku dari segi sokongan fizikal dan buah fikiran kerana kami sedikit.aku amat maklum tentang itu.adakah aku tdak menyahut seruan jihad di kala aku dipanggil?adakah aku ingin menjadi katak di bawah tempurung atau menghadapi krisis ‘3K’ di rumah?adakah aku seorang yng tidak takut cabaran?adakah aku tidak suka membantu orang lain?Jawapannya tidaaakkk.aku bukan orang sebegitu.aku kuat,aku boleh buat,aku pantas.
Aku tersepit dalam keadaan ini.Jika aku tanya pada diri,jawapannya tidak tahu.Kenapa?aku tidak pernah ada pengalaman seperti ini.mak tak pernah menghalang aku aktif berpersatuan,aku amat pasti tentang itu,tapi aku pula jadi ragu untuk membuat keputasan yang terbaik untuk diriku,bukan orang lain.tiada siapa yang menghalang dan tida siapa yang menyokong.neutral.tapi aku ragu-sangat ragu untuk membuat keputusan.
Manakah yang terbaik?


Sampai sekarang aku masih ragu.Ya Allah,berikanlah aku petunjuk.keadaan ini sangat membelenggu diri dan telah membawa aku jauh dari realiti.I’m not living in the moment.Allah,ini pengajaran untuk diriku.aku perlu tambah ilmu,pengalaman diri dan orang lain untuk menjadi orang yang lebih baik.mungkin bagi orang lain perkara ini remeh,tapi bagiku tidak.ia amat memberi tamparan hebat kepada diriku.Ya Allah,engkau telah tunjukkan bahawa penyerahan diri secara total dan tawakal kepadaMu adalah sebaik-baik perkara.ya,penyerahan diri.ISLAM AD-DEENI..
Wallua’alam.

p/s:sebenarnya tak nak post,tapi saya yakin pengalaman saya mungkin ada baiknya untuk orang lain..sharing is caring :)

still searching..

bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini PBL(22/7/2010).Kes yang kami dapat berkaitan dengan Di-George syndrome..Pelbagai penyiasatan(investigation) yang doktor laksanakan ke atas pesakit yang berumur baru 6 bulan.Dari segi ujian fizikal,immunologi,mikrobiologi,simtom-simtomnya amat dahsyat sehinggakan instructor PBL kami ngeri untuk membayangkannya. Saya juga sampai terfikir adakah bayi itu boleh selamat?Kawan-kawan juga begitu.Ditambah lagi dengan perubatan moden sekarang,saya dapat rasakn penyakit ini tidak akan ada ubat.Hanya rawatan dan bayi itu perlu bergantung kepada ubat seumur hidupnya. Betapa seksanya hidup seperti itu.Lagi pula,penyakit tersebut adalah dari lahir lagi(congenital defect).



Dalam membincangkan PBL,neuron-neuron di dalam otak saya berhubung satu sama lain memikirkan adakah perubatan moden sekarang adalah relevan atau tidak iaitu,perubatan yang menjadikan penyakit sebagai perkara utama bukan pesakit itu sendiri. Merawat sahaja tetapi tidak mengubati sehinggakan pesakit perlu berulang-alik ke hospital untuk mengambil ubat.Malahan,pelbagai ujian dijalankan ke atas pesakit tetapi kesimpulan terakhir oleh para doktor adalah 'tidak tahu','ini penyakit pelik',menambahkan lagi kekusutan dengan nama-nama penyakit yang lebih hebat(advance) dan sebagainya.


Sudahnya,tiada jawapan lagi untuk persoalan saya.


Setelah itu,saya menapak ke bilik instructor saya,bertanyakan pendapatnya tentang perubatan moden yang digunakan secara meluas sekarang di hospital,klinik dan dimana-mana. Bagaimana perubatan yang dikatakan moden tidak dapat memberikan ubat yang dapat membantu pesakit mengurangkan kesakitannya,malahan menambahkan lagi penyakit yang tiada sebelum ini,tetapi setelah makan ubat,penyakit lain pula datang(side effect).Contohnya,penyakit 3 serangkai,mula-mula darah tinggi,kemudian kencing manis dan sakit jantung.Akhir sekali,pergi tak kembali.Betapa kroniknya penyelewengan yang berlaku di dalam perubatan moden sayangnya ramai yang tidak mengetahui atau tidak sedar akan hal ini.


Instructor saya berpendapat,semua orang adalah unik,malahan dalam sekecil-kecil perkara mereka tidak akan sama seperti cap jari.Betul,semua orang adalah unik,tetapi mengapa doktor ingin memberikan ubat berdasarkan penyakit,bukan pesakit?.Tambahan lagi,instructor memberitahu bahawa kita perlu menjaga cara hidup kita kerana Islam juga mengajar umatnya dengan pencegahan.Misalnya,kes zina.."jangan kamu mendekati zina",bukannya "jangan kamu berzina".Betapa Islam memberitahu bahawa jagalah,cegahlah diri dari perkara-perkara buruk.Betul,tetapi bagaimana pula dengan orang yang telah terjebak dalam perkara tersebut?Contohnya,orang yang menghadapi kencing manis atau kanser.Pasti kita perlu membantu mereka kerana pencegahan telah terlewat. Walaubagaimanapun, ada satu pendapat instructor yang melegakan hati saya bahawa persoalan yang satu utarakan bukan satu perkara yang asing lagi.Alhamdulillah.Ini kerana dalam bidang farmaseutikal sekarang,mereka dalam keadaan tension atau stress kerana, ubat untuk penyakit yang sama diberikan kepada individu yang berlainan, tetapi pesakit memberikan respon yang berbeza iaitu ada yang sihat dan ada yang tidak. Jadi,mereka telah membawa usul ubat berdasarkan pesakit(patient-based).Ya,itulah yang sepatutnya. Ubat mengikut pesakit bukan pesakit yang mengikut ubat dan ubat yang serasi serta mengikut sunnatullah itulah yang akan menyembuhkan pesakit itu.


Ini kerana setiap orang adalah unik,tahap keimunan yang berbeza dan paling penting setiap manusia mempunyai respon yang berbeza walau dalam keadaan yang sama.Inilah salah satu asas HOMOEOPATHY. :)


Wednesday, July 21, 2010

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ini saya belajar tentang immunology.Satu subjek yang saya sangat suka kerana dapat melihat betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t,dari segi penyusunan,interaksi,kecekapan dan pembelajaran yang berlaku dalam diri kita. Kata Dr.Arifin,diri kita diibaratkan seperti sebuah Negara yang pasti mempunyai kelengkapan pertahanan.Terlalu hebat ciptaan Allah menjadikan tiga pertahanan untuk diri kita.Yang pertama adalah kulit atau epidermis iaitu bahagian paling luar.Yang kedua adalah……..dan yang ketiga adalah…

Dalam kelas tadi,saya kurang dapat memberikan perhatian kerana fikiran saya tidak dapat menerima kenyataan bahawa apabila musuh atau pun penyakit datang,kita@ perubatan moden menggunakan ubat dari luar untuk mempertahankan diri kita sedang kan kita sendiri telah mempunyai pertahanan badan yang sangat hebat.Kenapa tidak menguatkan sahaja pertahanan tersebut?kenapa perlu orang luar???

Saya bertukar pandangan denagn Dr.Arifin selepas habis pembelajaran.Katanya,bidang immunology ini baru diteroka dalam tahun 70-an.Jadi tidak ramai lagi yang terdedah dengan mekanisme perubatan moden.Nampak sangat perubatan menjadi satu perniagaan kerana apabila seseorang mengambil ubat,mereka hanya lega untuk seketika dan akan dapat pelbagai lagi penyakit yang datang menyebabkan meraka datang dan terus datang ke hospital.Boleh dikatakan,sekali kena penyakit,berkali-kali ke hospital tapi penyakit semakin banyak,,Astaghfirullah..

Penggunaan antibiotic penicillin telah bermula sejak perang dunia ke-2 dimana ramai tentera telah mengalami pelbagai jangkitan dan hidapan.Setelah mereka disuntik antibiotic tersebut,mereka sembuh,sehinggakan doctor pada waktu itu mengatakan “our war against germs is over”.Dr.Arifin berkata lagi,sekarang penicillin sudah tidak digunakan lagi sekarang kerana bacteria sudah lali dengan antibiotic tersebut.Jika difikirkan,secara tidak langsung, pembuatan dan penggunaan antibiotic sebenarnya menghasilkan atau mengajar bacteria menjadi lebih kuat dan bijak.Tetapi,mengapa perubatan sekarang MASIH menyuntik antibiotic???

Lagi pula,perubatan sekarang hanya merawat simtom bukan akar permasalahan atau punca penyakit.Sudah terang lagi bersuluh apabila ubat dihasilkan,doctor terus membentangkan kesan sampingan ubat tersebut.Disebut ubat tetapi istilah perubatan ialah DRUG.OMG!!!

Pertahanan diri kita juga bijak kerana setiap kali musuh (virus atau bacteria) datang,mereka akan mengingati musuh itu,dan dengan mudah mereka akan menangkap musuh jika ia datang untuk kali kedua.Jadi kenapa tidak kita menguatkan sistem pertahanan badan,iaitu merangsang antibodi melawan sendiri antigen?Cara itu lebih halus dan mengikut sunnatullah..Contohnya,kita ingin membantu kawan melawan perasaan takut bercakap di khalayak,jadi kita memberi semangat dan tip-tip berguna untuk diaplikasikan,bukan sebaliknya.

Sebagai kesimpulannya,perubatan moden sekarang ...........(fikirkan bersama) wallua'alam.

Tuesday, July 6, 2010

my ringtone




"Heal The World"

There's A Place In
Your Heart
And I Know That It Is Love
And This Place Could
Be Much
Brighter Than Tomorrow
And If You Really Try
You'll Find There's No Need
To Cry
In This Place You'll Feel
There's No Hurt Or Sorrow

There Are Ways
To Get There
If You Care Enough
For The Living
Make A Little Space
Make A Better Place...

c/o Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

If You Want To Know Why
There's A Love That
Cannot Lie
Love Is Strong
It Only Cares For
Joyful Giving
If We Try
We Shall See
In This Bliss
We Cannot Feel
Fear Or Dread
We Stop Existing And
Start Living

Then It Feels That Always
Love's Enough For
Us Growing
So Make A Better World
Make A Better World...

c/o

And The Dream We Were
Conceived In
Will Reveal A Joyful Face
And The World We
Once Believed In
Will Shine Again In Grace
Then Why Do We Keep
Strangling Life
Wound This Earth
Crucify Its Soul
Though It's Plain To See
This World Is Heavenly
Be God's Glow

We Could Fly So High
Let Our Spirits Never Die
In My Heart
I Feel You Are All
My Brothers

Create A World With
No Fear
Together We'll Cry
Happy Tears
See The Nations Turn
Their Swords
Into Plowshares

We Could Really Get There
If You Cared Enough
For The Living
Make A Little Space
To Make A Better Place...

c/o 3x

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me
For You And For Me 11x

 from



Sunday, July 4, 2010

berjaya..gembira

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari yang tidak dinanti-nantikan menjelang tiba.lagi 5 hari saya akan pulang ke tempat belajar.Suatu perkara yang agak berat untuk dilakukan tatkala 'memberatkan' diri di rumah.
'comfort zone to combat zone'
Positifkan minda..
Saya teringat satu kata-kata,
Ayatnya mudah tapi mendalam maksudnya.Keep moving forward! (teringat cerita meet the robinson :)

Saya mahu berjaya!saya pilih untuk berjaya!
Jika tidak memburu kejayaan,apa sebenarnya makna kehidupan?
Jika tidak memburu kebahagiaan, apa sebenarnya makna kehidupan?

Saidina Ali k.w pernah berkata,
Orang yang hari ini lebih teruk dari semalam adalah orang yang celaka,
Orang yang hari ini sama seperti hari semalam adalah orang yang rugi,
Orang yang hari ini lebih baik dari semalam adalah orang yang beruntung.

Semasa azan berkumandang juga,diseru seluruh umat manusia, 'haiiya a'lal falah', bermaksud mari menuju kejayaan.
ALLAH s.w.t juga suka dan menggalakkan hambaNya memburu kejayaan/kurnia.
'apabila solat telah dilaksanakan,maka bertebaranlahkamu di bumi;carilah kurnia ALLAH dan ingatlah ALLAH banyak-banyak agar kamu beruntung'(surah al-jumu'ah:10)

jadi,ikhlaskan diri,bulatkan tekad untuk laksanakan tanggungjawab sebagai anak,pelajar,hamba dan khalifah..
(walaubagaimanapun, ada hikmahnya berhibernasi di rumah jika kita berbakti pada mak dan keluarga.:)

aku nak jadi apa??

Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini saya berada dalam dilema lagi.Selepas baca kisah-kisah org berjaya dan buku 7 Habits,terfkir-fikir,aku nak jadi apa sebenarnya?Apa matlamat hidup @ misi peribadiku sebenarnya?


Dalam hati memang tak mahu Audio.Bukan apa,tak dapat nak bayang audio ni keje macamane.Sebab kepakarannya seperti Dr.ENT..Kalau begitu,lebih bagus amik degree ENT,lagi mantap.(sekarang,saya sedang mencari lagi kelebihan sebagai Audiologist)


Antara Homoeopathy dan Audio,di mana aku?


Ia sangat merumitkan.tidak nampak jalan.Malam ni saya meluahkan perasaan pada mak


Saya: mak,angah taknak audio.taknak jadi audiologist
Mak: angah nak jadi apa sebenarnya?
Saya: Dr Homoeopathy.
Mak: angah kena juga teruskan belajar audio ni.
Saya: kenapa? kalau belajar homoeopathy di kolejnya,sama juga pembelajarannya.anatomy,physio..
Mak: angah,homoeophaty ni,dr allopathy menekan mereka sekarang di malaysia.selalu timbulkan isu dan tak mengiktiraf mereka.Jalan berliku dan berduri sebenarnya.Sekarang baru ada dengar tentang fakulti homoeopathy yang akan dibuka di USM.
Cuba angah tengok pengamal perubatan homoeopathy,ada dalam kalangan meraka adalah dr allopathy,.mereka ada kerjaya yang kukuh.
Saya: (dalam hati)kalau begitu,homoepathy tak boleh dijadikan profesion.ia sebagai option.Maksud    mak,angah jadi audiologist + homoeopathy(pilihan perubatan untuk diri dan keluarga~org lain juga.

teringat kata-kata abah,"berpengetahuanlah dalam semua perkara dan jadilah pakar dalam satu perkara"
begitu lama abah meluahkan kata-kata ini,hari ini saya terasa maksud disebaliknya.

Ya Allah,hari ini terlalu banyak pengajaran dan hikmah yang Kau berikan kepadaku.


Masa lapangku yang banyak rupa-rupanya memuhasabahkan diriku untuk berfikir tentang misi peribadiku,mendekatkan diri kepada ALLAH untuk memilih jalan yang patut diambil,memberi peluang aku menambah ilmu dengan membaca buku.
(7 Habits of Influence people,12 wanita tauladan dunia akhirat, 9Nyawa,readers digest)

Ya Allah,segala perkara,perbuatan,masa dan sebagainya tidak akan jadi sia-sia bagi orang yang berfikir dan berusaha untuk menjadi lebih baik.
Hebatnya ciptaanMu,ALLAH Yang Maha Hebat..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...