Pages

Tuesday, April 27, 2010

3..2..1.get set GO!!

    Kadang-kadang,kita sentiasa fikir masa depan sehingga berjam-jam.Sedangkn dalam sedar  tak sedar,rupanya kita habiskan waktu sekarang kita.Alangkah ruginya..
Ayuh kita bangkit,hargailah masa sekarang sebab masa sekarang adalah penentu masa depan.

Contoh,.kita termenung fikir dekorasi rumah.fikir sahaja  tapi  tak gerak-gerak,hanya berfikir.

Alangkah ruginya sebab org lain dah maju kehadapan dengan pelbagai dekorasi dan sudah berapa kali tukar  tapi kita,.

Dari buku nota jutawan nota motivasi,satu strategi dalam mengurus masa adalah strategi 10/90.Maksudnya,10% masa digunakan untuk merancang masa,dapat menjimatkan 90% daripda masa kita dalam mencapai matlamat(jangka panjang atau pendek).
Jadi di sini,dapat diklasifikasikan jenis-jenis orang.
1)duduk sahaja tanpa buat apa-apa(malas)
2)duduk dan fikir nak buat apa
3)fikir sahaja sampai tak tahu nak buat apa(sebab byk sgt fikir)

Persoalannya,dimanakah kita?.

Ingatlah firman ALLAH yang bermaksud,"Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.kecuali orang yang beriman dan beramal soleh.Mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Tuesday, April 13, 2010

ku gagahkan diri

assalamualaikum w.b.t.,
apa khabar diriku?
apa khabar iman?
apa khabar semua?

(semangat anak kecil menimba ilmu)
saya?


    sudah sekian lama saya ingin menulis blog,keinginan itu semakin menjadi-jadi tatkala melihat keaktifan dan kesungguhan sahabat-sahabat mengasah bakat dalam bidang ini.saya merasakan masanya telah tiba untuk "turning point" iaitu membuat membuat suatu perubahan untuk diri dan hidup.potensi yang ada dalam diri tidak akan disia-siakan kerana ia adalah anugerah dari pencipta yang maha hebat lagi maha mengetahui.


    kesian blog ini :P..lama dah 'tak makan'..empunya tiada kekuatan lagi untuk menulis dan mengarang sehebat orang lain. Maaf ya.Tapi alhamdulillah,sekarang,saya percaya kejayaan pasti milik saya kerana janji ALLAH tak pernah dimungkiri.Lagi pula,tidak perlu membanding-banding diri dengan orang lain sebab setiap orang punya kelebihan da keupayaan masing-masing.

ku gagahkan diri dalam kesempatan yang ada untuk menjadi THE BEST!!
ku gagahkan diri  mencapai impian..
ku gagahkan diri.

(we are more than we think)

pernah sahabat berkata,"jangan ditanya apa diri ingin jadi,tapi tanyalah apa ALLAH nak kita jadi"..
3 most basic questions shouldn't take for granted as that are our purpose of being created.
where are you come from?
what is the purpose of life?
where is the end of life?
So,as life goes on,trace the answers till we go back to our eternal village and the Creator. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...